Monday, March 15, 2010

Pahit Manis Kehidupan

Pada petang 13 Mac 2010. Gua merasai kemasinannya. Memang masin. Dan malam itu tekak gua sakit.




Pesanan Ringkas Khidmat Masyarakat : Jangan buang minyak kat laut laa siakkk!

Sunday, March 14, 2010

maroon

"Dah bangun?" sapa satu suara. Baru Siew Meng perasan, ramai orang didalam bilik itu memiliki wajah yang seperti dia kenal. Tapi tak dapat dipastikan, dimana dia melihat wajah wajah itu.

"Bagaimana kamu?" tanya suara lain pula. Terpaling paling muka siew mencari punca suara. Matanya terhenti pada satu wajah bertopi maroon dan berseluar kakis dipotong paras lutut. Dahinya berkerut memaksa otaknya bekerja. Rupanya seperti..

"Ambil cermin muka" satu suara garau dan agak menyentak suasana. Terkejut S Meng dan melihat empunya suara. Tiba tiba satu cermin diletakkan dihadapannya. Siap ada pelekat doa melihat cermin. Dibawahnya tertulis 'Hak Milik Kera' dan beberapa huruf yang sukar dilihat.

"Siapa ni?" tanya Siew M sambil membelek wajahnya. "Sayap aku kecil, paruh aku pendek. Hanya sejemput rabut dan tulang" kata seorang gergasi diluar tingkap. "Siew Meng kah?" dia menjawab sambil terpinga-pinga.

"Kau bukan Siew Meng lah!" tempik wajah yang memakai topi maroon sambil membaling topinya ke lantai. Dia terus beredar dari bilik itu. Kemudian dituruti beberapa orang lagi. Yang duduk dekat, beranjak sedikit dan berdiri. Yang tinggal kelihatan berbisik bisik. Mungkin cerita pasal forex. Takpun takaful, mungkin harga emas atau mungkin cerita pasal drama indon 'Tasbih Cinta'. Siapa tahu.

Siew M tenung topi maroon tadi. "Kenapa ni?" bisiknya dalam dalam. Nadi kepalanya berdenyut denyut.

Thursday, March 11, 2010

Anda Tahu?

1. Piring astro mengadap kiblat.

2. Berlian berasal dari unsur karbon.

3. Otak burung unta, lebih kecil dari matanya.

5. Nombor 4 tak ada.

6. Jangan tanya Aiman, tanya Nabil.

Wednesday, March 10, 2010

alzheimers

Berakhirlah satu tingkat pengetahuan. Ingatan S Meng mengalir bersama air merah yang mengalir ditepi divider jalan itu. Habis hilang semuanya. Memori yang korup. Cerita yang bongok. Kisah merapik tak bergema. Mistik mistik khayal. Dongeng yang rekaan. Epik berpusing pusing. Habis. Berderu deru keluar.

...selepas beberapa ketika.

Siew M terpinga-pinga bila matanya celik. Cerah dan terang. Tangannya merayap rayap menyentuh kepalanya yang masih terasa pedih.

"Dia sudah sedar!" seorang berpakaian putih dan topi putih bersuara bila melihat Siew membuka mata. Tiba-tiba suasana bilik tersebut menjadi gelabah ayam. "Nama awak siapa?" tanya seorang nurse praktikal.

Diam.

"Aiseh, siapa saya ae?"

Tuesday, March 9, 2010

scene budak hardcore alam dan manusia

"kadang-kadang ideologi itu menjadi songsang bila kita terlalu kental berpegang dengan idealogi. pengalaman mengajar kita erti kehidupan dan ilmu yang tidak terdapat di sekolah. kita terlalu goblok untuk terus menerima ilmu di sekolah dan percaya bulat-bulat dengan berprinsip pandainya seseorang adalah diukur dengan nilai peperiksaannya. gred A melangkaui batas norma manusiawi dan kita sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan gred itu. tetapi adakah gred A itu menentukan kejayaan?" 
-Ustaz/Cikgu Geduk O'neill (Dex), SMKA, ex-editor TSFTS, bapak budak.


"F**K the system!"
-Barbara, Hide&Seek prod. founder/CEO, Persatuan Nelayan.






.

Monday, March 8, 2010

boleh mencuci longkang pun okey

Walaupun dia dah berpaling tadah. Tapi sedikit sebanyak sebelum berpaling tadah ada la sikit sikit sedut ilmu untuk kesinambungan. Masalahnya, dia pakai advance punya. Cilakak, sorce dia aku tak boleh bukak pulak.

Moga dengan kehadiran InDesign CS4 akan membuka mata. Kau jangan tak bawak besok, Nasir.

Sunday, March 7, 2010

new begining

#3

"Hei kamu, tolong saya" tiba tiba seorang brader yang menjaga gerai minta tolong. Pipit memandang sekeliling, tiong dah tak ada. Mungkin brader tu memanggil orang lain. "Hei, mari sini lah!" jerit brader penjaga gerai tersebut sambil menunjuk kearah Elly. Betullah, dia rupanya.

Maka tolong lah pipit. Tiada ia biasa dgn kerja kerana tiada pernah ia bekerja hatta mengemas pun. Bukan kerana sentimen anti semitic yang telah mencipta 'kerja' secara industri. Tetapi kerana dirinya.

Pengalaman yang diluar jangkaan. Apakah benar semua ini atau retorik sahaja. Pipit biarkan masa menjawabnya.

Itulah, pertamakalinya dia terlibat dalam menjayakan propaganda besar yang diketuai oleh sang belatuk.

Saturday, March 6, 2010

merong mahawangsa

Lagu; Sil Khannaz
Lirik; Jaie

Bentara hitunglah mimpi ini
Singgahsanku menanti di Gahla
Membuai ribut laksana sutera
Ku belai taufan di hujung bahtera

Paduka Andika Pra Ong Mahawangsa

Sujudlah engkau serahkan puterimu
Kesaktian pusar bentara jadi jentayu
Gah si naga lagi barang kenaikanku
Gelora di laut bercanda di awanan

Kuala Tawai saksi bencana
Dilanggar garoda Langkapuri
Engkau di puncak mengibar awan
Dipanah Andika Pra Ong Mahawangsa

hei garoda durjana
jika sungguh niatmu
ku panah kau menjalar mati
ku gantung dirimu di alang
keringlah engkau di Tiang Sula

hei panah saktiku
jika benar namamu Berana Pura
jika benar kau mempunyai kesaktian
tunjuklah

Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja Qalha Pra Ong Mahawangsa

---------------------------------------------------------------------

..petikkan dari Hikayat Merong Mahawangsa versi RJ Wilkinson

"Lalu datang menyembahlah Geruda meminta keampunan kepada Nabi Allah Sulaiman, dan diperintahkan oleh Baginda kepada Geruda supaya berpergian ke tempat yang jauh daripada manusia. Diperintahkan kepada Geruda utnuk menetap di laut yang bernama Kalzum yang tiada akan dihampiri manusia. Maka terbanglah ia ke situ.

Nabi Allah Sulaiman kemudiannya memerintahkan dibuat suatu surat di dalam bahasa cina menceritakan segalanya yang telah berlaku. Diperintahkan juga untuk menyampaikan berita kepada Raja Rum supaya dapat dipanggil kembali Raja Merong Mahawangsa. Sesudah itu nabi Allah memerintahkan raja jin Harman Shah supaya membawa seribu tentera menghantar kembali Puteri Benua China bersama tiga dayangnya dan anak Raja Rum ke Benua China untuk dikahwin sebaimana layaknya."

Thursday, March 4, 2010

Belia Contoh 1

Petang itu agak dingin walaupun matahari panas terik. Maklumlah En J (bukan nama ic) berada di dalam kereta berhawa dingin. Kipasnya dipusing maksimum. Kenderaannya menyusur terus ke Kompleks Nelayan untuk menghadiri mesyuarat minum minum buat pertama kalinya semenjak dia pulang ke tanah air.Lama benar dia tak bertemu dengan En R (bukan nama ic), En A (bukan nama ic) dan En B (bukan nama ic).

"Kalau nak buka kedai jamming, berapa modal bro?" En R membuka bicara. Topik itu dimulakan dengan atmosfera yang serius. En J mengingat kembali semasa sesi brainstorming besama En Bella (bukan nama ic) yang kini sudah menjadi usahawan muda.

"20 k" katanya. "20 k aje?" En R dan En A terperanjat. "Murah betul" kata mereka. En B tenang sahaja menjeling karenah mereka berdua seperti menjangkakan sesuatu. Kemudian menyambung bersembang dengan brader meja sebelah.

20 k sememangnya modal yang disediakan oleh En Bella untuk bisnesnya. Tu belum cerita studio kena pecah masuk. Kontraktor cekik darah. Sewa tempat. Tapi budak budak ni nampak komited. Bagus diorang ni. Usahawan muda macam ini la yang kita mahu. Belia contoh.

"Modal korang berapa?" tanya En J sedikit teruja. "We all ada 100 k beb" jawab En A sambil senyum sinis. En R sengeh dan angkat kening dua tiga kali. "Tapi beb.." sambungnya. "Kau doakan we all dapat first prize la beb" kata En A serius berharap.

En J dia bertakafur sekejap. Lalu dia hirup teh panasnya perlahan lahan. En B kelihatan tenang sahaja bersembang dengan brother meja sebelah. En J terkenang kampung halaman.

Wednesday, March 3, 2010

lari laju laju

Hinggalah disuatu ketika yang telah ditetapkan, pada masa yang telah ditulis, yang Siew M pun tidak ketahuan satu apa pun tentangnya. Tanpa pengaruh dari cerita final destination, Siew Meng pun berjalanlah menyusur divider menuju ke pasar lambak. Sambil tangan kirinya membawa bantal panjang dan sejambak bunga sebagai perfume dirinya.

Cuaca agak panas hari itu. Peluh menitik nitik juga mengalir. Ketiak pun jadi lembab. Angin agak statik. Siew cuba lari laju laju untuk mendapatkan angin. Tapi nampaknya makin berpeluh. Kelengkang pun rasa tak selesa.

Dengan tak disangka sangka, kakinya tersadung sesuatu dan terjatuhlah ia tersembam dengan muka menghadap tanah.

Untuk lebih dramatik, kepalanya tepat menghala ke bucu divider jalan  menghampiri bahagian ubun ubunnya. Slow montion.

bam!
Kena!

...

Pasar lambak berlangsung seperti biasa. Trafik pun agak sesak. Hujan mulai gerimis.

Monday, March 1, 2010

kira kira

Petang itu, ada sepuluh orang budak Kampung Sungai Boh pergi mandi di tepi sungai sebelah rumah Alang Zaini.

Setelah selesai mandi, sorang budak yang dikira sebagai abang, mengira semua yang ada di situ. Ada sembilan orang sahaja. "Ish, mana sorang lagi nih!" bentaknya.

"Mana sorang lagi?" dia bertanya sekali lagi. Sembilan orang yang lain buat slumber je makan nasi. Si abang berkerut dahi mengelabah tak tentu pasal.

Tiba-tiba, sorang budak berhenti mengunyah dan perlahan menghampiri dia. PAP! tengkuk di tepuk.

"Kau ni dah kenapa!!?"





***
counter ++
counter = 111

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...