Tuesday, November 16, 2010

Yuna - Gadis Semasa

Satu hari tu, masa gua kat JB. Adi selaku penasihat mekanik peribadi gua, menguji-pandu kereta gua. Zul Magpie Robin duduk sebelah pemandu. Gua duduk sandar kat belakang. Kasi rapat dengan speaker. Layan radio. Ada satu lagu. Telinga gua terus tangkap beat drum dan bass line dia. Masuk dalam hati.

Gua perati lagu ni pelan-pelan. Dari beat drum, kepada bass line. Kemudian kepada arrangement kepada guitar works. Dari atmosfera kepada vocal. Gua cuba tangkap butir-butir perkataan yang keluar dari suara Yuna. Tak semua gua dapat tangkap. Apa cerita.

Tapi apa apa hal pun, layan beb. Suka suka suka..

Besoknya, gua buat jenayah. Lepas riki-riki di youtube, gua type 'Yuna - Gadis Semasa free download' di google. Lepas tu gua burn.

Pasang CD dalam kereta kuat-kuat. Lalu jalan Lima Kedai. Bawak style racing.






Puh. Dunia, hai dunia.

Saturday, November 13, 2010

Monday, November 8, 2010

Chek List Techician IT

Hal-hal format;

(tukang format)
1. Tanya : Ada dokumen penting tak? Nak beckup tak?
2. Cakap : Tengok jap mana dokumen-dokumen penting tu. Simpan kat mana. ~chekitdot.
3. Sebaiknya, minta customer on laptop/pc dia dengan tangan sendiri. Means laptop/pc tu disahkan ok ketika sampai ditangan anda.

(requestor/customer/kawan)
1. TOLONG CAKAP KALAU NAK BEKAP DATA!







sekian. terima kasih.


Thursday, November 4, 2010

la la la

"Aiyoh cigu, saya kelija sangat banyak ley..!" kata sorang budak tingkatan 1.

"Cigu punya kelija kertas kertas saje lo.." dia sambung lagi.

Gua kecikan mata gua. Gua senyum. Teringat gua masa kecik kecik dulu..

Thursday, October 28, 2010

charging

"Besok jangan tak datang. Tolak markah nanti!"

"Oh yeah!" aku kata sambil terkebil-kebil. Pending kejap. Ya, recharge power. Lampu otromen pun dah blinking-red nowadays.


Besoknya..


Wednesday, October 27, 2010

habis

Ref: 5/5

Jabulani masih mencari jawapan. Apa kait mengait sungai ni dengan keadaannya. Matanya meliar melihat setiap inci perkara yang jelas dan nyata itu. Mungkin ada tanda untuk dia kembali. Keluar dari ke-tidak-keruan itu.

'Huh..' Jabulani mendengus kecil. Direndahkan pandangan matanya memandang aliran sungai yang menyenangkan. Ada ikan-ikan kecil bermain dengan arus. Tenang.

Tiada satu apa pun yang Jabulani dapat baca kerna kebodohannya itu sendiri mengakibatkan dirinya buta huruf buta kayu. Menitis juga air mata hatinya takut tak jumpa jalan keluar. Dia hendak mandi pakai sabun melembut kulit. Dia nak gosok gigi guna ubat gigi tanpa klorok.Dia nak tukar spender. Dia nak makan nasik lauk mak masak. Dia juga nak jumpa kawan-kawan. Samada kena bahan atau bahan mereka kembali.

Nak dijerit siapa nak dengar. Karang tak memasal kejutkan Raja Rimba. Loan Mybank bulan ni dia masih tak bayar. Parahlah kalau tengkuknya kena terkam.

Tunduk. Kemudian setelah kemelut itu, dia melangkah. Menuruti langkahnya dan hati serta matanya yang tenang melihat airan sungai itu.

Sambil mengerling kedalam isi sungai itu, Jabulani berhasrat juga untuk memancing.

Tiba-tiba muncul seekor ikan gergasi menangkap-gigit tangannya. Besar ikannya. Macam dalam cerita 'Monster Fish' kat astro. Puh..

Melatah lah Jabulani lalu melompat ke sisi. Di ambil ranting kayu yang dapat dicapainya dan memukul-mukul kepala ikan itu. Ikan itu menggelepar merentap-rentap tangannya.

"Hoii... hoi.." jerit ikan itu. Peh. Ikan menjerit?

"Hoiii..." jerit ikan tu lagi.

"Bangun la weii" sambungnya lagi.







LOL.

ah. busan.
--------------------------
AMARAN. Ini cerita rakaan beb. Tiada kait mengait dengan yang hidup atau yang mati

Sunday, October 24, 2010

hal salam

"Kenapa saya suruh kamu salam dengan saya guna alas tangan ini?"

"Sebab harammmm!!". kata mereka.

"Awat? Ingat saya ni babi ka?". Senyum.

Sentap. Senyum juga.

Thursday, October 21, 2010

tempat menunaikan qada hajat yang tertangguh

Ref; 4/5

"Eh, ade ke pulak mandi junub. Bingai! Bukan mandi.. apa eh..?" makinya sorang-sorang diri membetulkan sangkaannya itu.

"Takpe, kasi turun dulu".

Sampai dibawah, dia ingin menunaikan qada hajatnya. Hajat kecil. Dia menuju ke arah pangkal satu pokok besar di tepi sungai itu. Sebaik ingin di 'shoot' pangkal pokok itu, teringat pulak kisah kisah seram dimana ter'simbah' kepala anak jin mengakibatkan amarah jin tersebut membuak buak.

Dia dengar cerita tu masa dia duduk asrama kat sekolah dulu. Masa dengar cerita tu, terdetik juga dalam hati dia, apekejadah jin tu duduk kat situ. Pegi la main tempat lain. Tapi sekarang ni, dia berada dalam situasi itu. Dia berasa dalam delima.

Oh, dah berapa episod dah aku tak kasi lagi nama watak utama siri ni. Em.. Aku letak nama 'Jabulani' la.. hee hee hee...

Ok, kembali ke cerita.

Setelah berfikir pendek, Jabulani tak jadi meng'shoot' pangkal pokok balak tu. Dia ber alih tempat. Dari pangkal pokok tu dia bergerak ke tepi sungai.

"Fuu...." getus Jabulani memberi ekspresi kelegaan setelah menahan hajatnya dari tadi.








...bersambung--------------------------
AMARAN. Ini cerita rakaan beb. Tiada kait mengait dengan yang hidup atau yang mati

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...