rilis review : SM Amin - Amanat
Cover CD di atas dah jelas dah boleh tengok sapa artisnya. Masa aku on the way ke Shah Alam dengan Alip, aku berhenti isi minyak di Petronas area Melaka. Ada sorang budak perempuan bawah umur jual CD ni. RM10 je untuk jualan amal. Sebagai peminat muzik underground dan anti-establishment, pendekkan cerita, aku pun beli la. Aku rasa RM10 untuk rilisan ni agak berbaloi. Sound aku rasa kalau nak compare dengan demo band Al Azazhil yang di mix oleh Syaf, beza sikit la kut. haha..
Aku belek belek, dalam kepala aku yang tengah semak manjang aku cuba bayangkan genre yang bakal aku dengar. Ala-ala zapin kot. Irama melayu agaknya. Aku tengok helaian bullet. Lirik lagu 'Amanat' memang layan. Memang mengenang 45 tahun yang lalu. Fuh, boleh buat sondtrack ni.
Cerita banyak tak guna. Beli kalau tak dengar, baik gantung CD tu kat leher ala-ala 4U2C. So, aku sumbat ke dalam CD player. Syukur ada CD player. Masa dengan satria dulu, radio tak boleh on. Keset plak lemau. Keset apa je aku ada. Buat punca benci je.
Aku dengar lagu lagu dia. Aku jeling cover. Apasal macam tak selaras je genre dengan penampilan. Aku usha gambar line up. Oh rambut panjang, baju boria. Patutlah ada rasa rock. Tapi still pelik penampilan yang agak 'zapin' membawak melodi feel rock balada. Lantak la. Aku nak rip satu lagu je.
Perkara menarik -
1. Menurut Alip, jurujual adalah orang yang sama dengan jurujual di Petronas Shah Alam.
2.Delima, adakah kami sedang menyokong industri rock DIY tanah air atau sedang menyokong satu produk persatuan kebajikan masyarakat atau sedang menggalakkan sendiket jual beli guna budak budak?
3. Aku search kat google tak jumpa plak info artis ni.
4. Ada kait mengait dengan Pertubuhan Raja Sakti. Aku tak ada fakta untuk ni.
5. Bullet dia macam laporan aktiviti persatuan diorang plak (gambar tengah)
ps - CD nanti aku pulang. Masih dalam makmal ujikaji
Comments
Kebetulan..sy pun tgh cr info psl SM AMIN nih' alih2 terbukak blog anda'
Dr mane sy dpt Cd SM Amin? Dlm keadaan yg sama, di jual oleh seorg remaja lelaki dr sekolah tahfiz ketika sy berhenti mengisi minyk di Petronas Sg Penchala utk jualan amal'
Sekian info dr saya..
Wassalam
check diz link..saya rasa ini membantu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ajaran_sesat_Azhar_bin_Wahab
Dah lama dia di cari, tapi takde siapa tahu di mana dia sekarang, sbb diselindungkan oleh pengikut setianya...juga dahulu dikenali pengasas AL Mansur..skrg isinya dan pembawaanya sama cuma kulitnya berbeza..die masih bawa gerakannya yang sama cume bertukar nama..saya pn tak tahu kenapa dia masih belum dapat ditngkap..
dorg ni mengamalkan aurad muhammadiah mcm arqam, rufaqa n ikhwan global juga..
kesimpulannya, dorg ni ada masalah dari segi akidah..
Wallahu'alam..
dia bagitau utk rumah anak yatim something like that. malas nak layan lama2, lagipun i was curious to know what she's selling. so i just bought it.
lagu ok, suara tak sedap sgt. but, i feel really really disturbed when i look through the cd cover and inlay. raja sakti? kerabat raja sakti? wat the hell?
sm amin ni pun satu hal. lagu dakwah, tapi cover berpeluk dgn si sherly tu pulak. so much of inconsistency.
lirik lagu macam baik, tapi purposely matched it with R.A.J.A S.A.K.T.I. apa sakti-sakti ni? mental problem.
thanks to this blog that i know more about it. i think i'll just throw away the cd.
kena pikir panjang lagi nak beli barang ar..
semalam, aku hampir2 terkena kat Shell Wangsa Maju...sebelum beli, belek2 tengok nama SM Amin, pastu nampak muka lelaki misai tebal tersengih luas...sah la geng ni... dah pandai tukar nama pulak sekarang...SM Amin TCM Enterprise...
x jadi la 'sedekah' kalau dah tahu ajaran sesat...baik aku sms Bersamamu je...
disebabkan menghadapi kenikmatan yang maha hebat,aku lantas search pasal tukang bekam tu punye kompeni kat google.
pastu jumpe blog ni.
untuk pengetahuan,kompeni tu bernama SM Amin TCM Center.dalam pamphlete die ada tulis nama lain,iaitu Pusat Rawatan Cinta.
pastu kat kad die ade tulis Rawatan Damar Sakti.
aduh.
aku sangatsangatsangat kecewa.
terutama apabila ciri2 keislaman ditonjolkan.
damn.
doakanla dokrang ni dah tak sesat lagi.
but recently, skrg ni mintak2 derma pusat amal tahfiz ~~tu geng depa gak tuh..baru sat2 tadi kena approach, kali ni bkn cd lagi da dorg kasik..kalendar la pulok..huhu
seek for apology..i have never come across such a great
person in my life..long life man wherever u are.
Hmmm...confuse, confuse. SM Amin & YM Tuan Raja Azhar bin YM bla bla ni orang yang sama? @ si Azhar ni pakai nama samaran orang lain yang memang dah terkenal utk famouskan diri sendiri? Lihat wiki siapa SM amin & siapa pulak Raja Azhar ni dan buat sedikit perbandingan & anda akan tahu!! Trekejut saya bila mendapati dia pernah terlibat dalam ajaran sesat tapi berani pulak berniaga secara terbuka di pasaraya besar (booth) di bawah label produk pati minda sakti & rawatan berbekam. Saya salah seorang yang tertipu terbeli pati minda saktinya yang dikatakan akan mencerdaskan minda anak2 malah suami pula terbeli ubatan kapsul yg dikatakan akan membuang toksik dari badannya...Hingga rasa curiga saya ini tertulis di sini, suami telah 4 kali buang air besar hari ini sahaja, tak pasti esok kerana hari ini baru saja mencuba. Hmm bila buka tutup botol 'pati' tersebut, hati saya tercuit mengatakan betapa tidak bersih cara 'seal' nya kerana 'pati' tersebut meleleh di sekitap mulut botol plastik tersebut biar kali pertama membukanya...Anak pula menzahirkan rasa peliknya akan rasa pati tersebut yg dikatakan dibuat dari madu tapi manis seperti ditambah gula!! Membaca komentar penulis2 di atas mencetuskan saya satu andaian yg org ini memang licik menggunakan anak2 yatim & pengamal perubatan tradisional (bekam) lain sebagai salesperson x rasmi beliau utk menjaja 'pati sakti' dan cd lagu ntah apa2 tersebut. Sungguh memualkan! Bagi mereka yang dah terkena baik dirujuk kpd pihak yang berkenaan & sesuatu harus dilakukan agar semua pembeli tidak tertipu!!!
cerita saya lg sedey...berbekam pastu tertipu...ternganga...manis mulut diaorang smpikn kita x tertanya ttg bayaran...main ikut jer apa yg disarankan...kata suami saya...x penah org berbekam sampai 25 botol...(mana le saya tau cr berbekam sebenar2nya..sbb x penah buat dan x teringin pun, entah camana bl berdepan dgn diaorg ni mula2 tu nk urut kaki jer..pastu trs setuju berbekam, sesuatu yg sgt ditakuti seblm ni)...silap2 dpt penyakit lain, kata suami lg, lain kali minta tgk diaorg punya lesen perniagaan dulu, tny dulu kos sblm buat bla,bla,bla,bla...dh le kita tu darah pun x cukup...nk buat camana dah terbuat pun...bayarannya termasuk ubat yg langsung saya x kata ya @ tidak...RM400..2 lg mmber saya sorang RM250 dan RM300 + kos mengurut saja rasa2nya kt tmpt sy tu setgh ari jer diaorg kt ctu dpt le diaorg hampir seribu ringgit...selepas 2 3 ari baru kami2 yg dh terkena ni bercakap pasal tu dan rasa ditipu idup2 dpn batang idung sendiri....uish pandai betoi diaorg ni cari duit..tp masa belek bil yg dihulurkan terasa sesuatu di hati.."macam penah tengok muka org ni..tp dimana ya"...itulah pengalaman ditipu berubat sehingga beratus2 ringgit...memang rasa TERBODOH seketika...
Saya mohon maaf kerana setakat ini bahan dalam blog saya ini tidak berunsurkan ilmiah. Juga meminta maaf kerana tidak dapat mengumpul serta menyelidik hal ini dengan terperinci buat pembaca.
Sekiranya tuan-tuan dapat berkongsi sedikit sebanyak fakta berkenaan hal ini, dipersilakan.
Saya tidak menyatakan sokongan saya kepada mana mana penilaian terhadap SM Amin sebaliknya hanya curious dan suspicious atas sebab keterbatasan maklumat berkenaannya di internet.
Walaubagaimana pun, saya mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang telah membaca dan memberikan komen disini.
"Semaikan ilmu bukan kebencian"
Terima kasih.
http://ms-my.facebook.com/sm.amin.productions/posts/308574825847922
ini alamat email nya
zihan@jais.gov.my
dipersilakan pembaca blog yang mempunyai masalah berkenaan dengan perkara ini untuk membuat aduan kepada en zihan melalui email beliau zihan@jais.gov.my
"Semaikan ilmu bukan kebencian"
Terima kasih.
mohon utarakan bersama bukti kiranya ada untuk membantu kajian En Zihan terhadap perkara ini.
Masing-masing ada pendapat & cara sendiri itu pasti.
Sharing is Caring....
Aku pun terkena jugak kira2 7-6 bulan lepas....Harap2 derma aku tue diterima Allah....InsyaAllah....
Terdetik hati aku nak share sbb tengok majalah 3 semalam...minta sedekah jer sehari rm 900-1200....mengalahkan org kija akauntan...
Selalunya taktik/modus operandi diorang nie kat area kedai makan, stesen minyak and pejabat pos dan byk tempat2 strategik. Menggunakan budak lelaki atau perempuan..selalumya budak lelaki akan pakai ketayap...and budak pompuan pulak pakai tudung cute2 ja...pandai diorang nie...tak taulah niat sedekah atas sebb kesian atau kerana Allah...mudahan kerana Allah...
Nie aku nk citer...Masa tue aku tgh makan ngn wife aku kat sri gombak area restoran taqwa tue....tetiba datang sorang adik nie pakai ketayap putih minta derma....aku kasi la...sekali dia ckp if derma rm 10 dpt cd if lebey dpt "pati sakti"..botol dia kecik jer kaler putih..besar sikit dr botol eye mo....siap ader receipt pulak tue.....haha kelakar betul...aku pun amik la da org bagi....cd pun dpt jugak....sekali belek cover cd memang curioslah mcm bro2 kat atas bercerita..tajuk nasyid tapi dressing pakaian merah 'vogue' cover pompuan cam dangdut ala2 boria.....confius aku...bini aku memang xamik port la siap marah aku amik cd and pati sakti tue..hehe.....tapi aku memang xpernah buka pun CD and air pati sakti tue....cm pelik jer tengok...baik buat air yassin sendiri....xsangka pulak diorg nie ada agenda nk menyesatkan org....Subhanallah...
Kesimpulannya...
Kalu nak sedekah better sedekah ditempat sepatutnya....masjid ker..pondok2 agama.. (kalu nak sgt sedekah odw gi kija tue singgah la surau or masjid memaner..haa masukkan duit baper nak sedekah kerana Allah..alang2 wat dhuha skali...)..Bukan aper byk org ambil kesempatan atas keprihatinan kita...nak sedekah pun kena ada ilmu...jgn main kasi jer..Wallahualam..
http://www.mazidulakmal.com/2013/03/raja-sakti.html
Buat pengetahuan semua, saya pn pernah kena tipoo...! Dua bulan lepas saya ada buat rawatan berbekam di Tingkat 1, dalam Ampang Park.
Pada mulanya, saya nak buat 5 cup je. Nak try la konon. Harga RM20 satu cup. Mahal siot! Perawat (perempuan) tu kata bole tapi kena tengok belakang dulu. Dah bukak baju, tunjuk belakang kat dia, dia kata kena buat banyak, lebih 20 cup. Saya ulang balik, saya nak buat 5 cup je. Nk try. Dia bertegas tak bole, sakit adik dh teruk ni, kena buat banyak. 30 cup baru ok. Dia dah tekap cup kat belakang saya. Masa tu, saya tak kuat untuk membantah.
Pas siap berbekam, dia promote pulak set ubat herba tonite, bagi buang penyakit katanya. U all tau berapa harganya? Lebih RM500.00!! Bekam sj RM600.00. Bayangkan saya zap kredit kad saya RM1,150.00 (sebahagian derma kt anak yatim, katanya). Sampai ari ni lum abis bayar. Saya bendul je time tu, bayarkan aje. Al maklum la..'orang sakit', tubuh lemah...
Semalam, saya pergi berbekam di tempat lain. Menurut jurubekam ni; perempuan kalau nak berbekam kena tanya harga betul2.Harga biasa RM5 je. Kalo harga dah sampai RM20 satu cup, maksudnya perawat tu hanya mahukan @ pikirkan duit anda. 1 lg kalau period takleh bekam, tapi saya tanya pompuan penipu tu, dia kata bole aje. Nasib masa tu saya tak period.
Hari ni, saya tergerak hati nak cari entri SM Amin, baru sedar, mmg sah saya kena tipu!!Frust sungguh.
Bagi peminat bekam, saya ingin mempromosi syarikat Aura Bekam di Johor Bahru. Facebook pagenya penuh dengan informasi berkenaan kebaikkan berbekam.
disini;
https://www.facebook.com/pages/Aura-Bekam-Nusajaya/160744390800521
Sy nk tya,pati minda ni klu mkn boleh buat kita jd sesat ke?
Sy kali pertama beli sbb katanya boleh utk kuatkn rahim..
Almaklumlah sy hamil ank pertama slps hmpir 10 tahun kahwin..
Just nk tahu maklumat sbnar..
Sblum ni pernah refleksi je..
Diorang ajak bekam sy tolak mentah2..
Rekleksi sbb kaki selalu sakit..
Walaubagaimanapun, sekiranya tuan-tuan mempunyai maklumat lanjut mohon berkongsi. Sekiranya ada kumpulan SM Amin yang membaca blog ini, saya mohon tuan supaya tampil menjelaskan sekiranya fitnah negatif terhadap tuan tidak benar.
Terima kasih.