Sunday, February 7, 2010
rilis review : SM Amin - Amanat
Cover CD di atas dah jelas dah boleh tengok sapa artisnya. Masa aku on the way ke Shah Alam dengan Alip, aku berhenti isi minyak di Petronas area Melaka. Ada sorang budak perempuan bawah umur jual CD ni. RM10 je untuk jualan amal. Sebagai peminat muzik underground dan anti-establishment, pendekkan cerita, aku pun beli la. Aku rasa RM10 untuk rilisan ni agak berbaloi. Sound aku rasa kalau nak compare dengan demo band Al Azazhil yang di mix oleh Syaf, beza sikit la kut. haha..
Aku belek belek, dalam kepala aku yang tengah semak manjang aku cuba bayangkan genre yang bakal aku dengar. Ala-ala zapin kot. Irama melayu agaknya. Aku tengok helaian bullet. Lirik lagu 'Amanat' memang layan. Memang mengenang 45 tahun yang lalu. Fuh, boleh buat sondtrack ni.
Cerita banyak tak guna. Beli kalau tak dengar, baik gantung CD tu kat leher ala-ala 4U2C. So, aku sumbat ke dalam CD player. Syukur ada CD player. Masa dengan satria dulu, radio tak boleh on. Keset plak lemau. Keset apa je aku ada. Buat punca benci je.
Aku dengar lagu lagu dia. Aku jeling cover. Apasal macam tak selaras je genre dengan penampilan. Aku usha gambar line up. Oh rambut panjang, baju boria. Patutlah ada rasa rock. Tapi still pelik penampilan yang agak 'zapin' membawak melodi feel rock balada. Lantak la. Aku nak rip satu lagu je.
Perkara menarik -
1. Menurut Alip, jurujual adalah orang yang sama dengan jurujual di Petronas Shah Alam.
2.Delima, adakah kami sedang menyokong industri rock DIY tanah air atau sedang menyokong satu produk persatuan kebajikan masyarakat atau sedang menggalakkan sendiket jual beli guna budak budak?
3. Aku search kat google tak jumpa plak info artis ni.
4. Ada kait mengait dengan Pertubuhan Raja Sakti. Aku tak ada fakta untuk ni.
5. Bullet dia macam laporan aktiviti persatuan diorang plak (gambar tengah)
ps - CD nanti aku pulang. Masih dalam makmal ujikaji
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Qasyira Noristiqa
Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...
-
Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.
-
Doktor apabila sakit pun akan berjumpa doktor. Kenapa pula guru tidak perlu kepada guru? SYAIR TUNJUK AJAR Terhadap guru hendaklah hor...
37 comments:
Salam,
Kebetulan..sy pun tgh cr info psl SM AMIN nih' alih2 terbukak blog anda'
Dr mane sy dpt Cd SM Amin? Dlm keadaan yg sama, di jual oleh seorg remaja lelaki dr sekolah tahfiz ketika sy berhenti mengisi minyk di Petronas Sg Penchala utk jualan amal'
Sekian info dr saya..
Wassalam
Oh, thanks for the info.
Nak tahu siapa SM AMIN??
check diz link..saya rasa ini membantu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ajaran_sesat_Azhar_bin_Wahab
Dah lama dia di cari, tapi takde siapa tahu di mana dia sekarang, sbb diselindungkan oleh pengikut setianya...juga dahulu dikenali pengasas AL Mansur..skrg isinya dan pembawaanya sama cuma kulitnya berbeza..die masih bawa gerakannya yang sama cume bertukar nama..saya pn tak tahu kenapa dia masih belum dapat ditngkap..
ya betoi..aku ada pengalaman kena ajak masuk..time dorg berubat pn dorg ada tawassul pada nama-nama yang aku pn tak pasti..kononnya dapat beri karomah jugala..dorg ni kebanyakkanya yg ikut bekas-bekas pengikut ARQAM..
dorg ni mengamalkan aurad muhammadiah mcm arqam, rufaqa n ikhwan global juga..
kesimpulannya, dorg ni ada masalah dari segi akidah..
Wallahu'alam..
http://e-fatwa.intranetportal.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-ajaran-azhar-wahab-0
semalam, kat stesen petronas jln wong ah jang, kuantan, aku beli cd sm amin & sherly, dari budak perempuan bawah umur.
dia bagitau utk rumah anak yatim something like that. malas nak layan lama2, lagipun i was curious to know what she's selling. so i just bought it.
lagu ok, suara tak sedap sgt. but, i feel really really disturbed when i look through the cd cover and inlay. raja sakti? kerabat raja sakti? wat the hell?
sm amin ni pun satu hal. lagu dakwah, tapi cover berpeluk dgn si sherly tu pulak. so much of inconsistency.
lirik lagu macam baik, tapi purposely matched it with R.A.J.A S.A.K.T.I. apa sakti-sakti ni? mental problem.
thanks to this blog that i know more about it. i think i'll just throw away the cd.
thanks for all of your info and thought.
kena pikir panjang lagi nak beli barang ar..
aku dah kena sekali dgn Geng Azhar Wahab nih kat stesen minyak kat mana tah...kelantan kot...lama dulu..sekali terbeli tiger bam..takpe la, at least bole pakai...
semalam, aku hampir2 terkena kat Shell Wangsa Maju...sebelum beli, belek2 tengok nama SM Amin, pastu nampak muka lelaki misai tebal tersengih luas...sah la geng ni... dah pandai tukar nama pulak sekarang...SM Amin TCM Enterprise...
x jadi la 'sedekah' kalau dah tahu ajaran sesat...baik aku sms Bersamamu je...
aku baru lepas bekam kat giant tadi.mmg layan,ringan jerk rasa.
disebabkan menghadapi kenikmatan yang maha hebat,aku lantas search pasal tukang bekam tu punye kompeni kat google.
pastu jumpe blog ni.
untuk pengetahuan,kompeni tu bernama SM Amin TCM Center.dalam pamphlete die ada tulis nama lain,iaitu Pusat Rawatan Cinta.
pastu kat kad die ade tulis Rawatan Damar Sakti.
aduh.
aku sangatsangatsangat kecewa.
terutama apabila ciri2 keislaman ditonjolkan.
damn.
doakanla dokrang ni dah tak sesat lagi.
a'a..betui2..dorg ni tonjolkan islam..tu ar yang sadis tu..
but recently, skrg ni mintak2 derma pusat amal tahfiz ~~tu geng depa gak tuh..baru sat2 tadi kena approach, kali ni bkn cd lagi da dorg kasik..kalendar la pulok..huhu
Inilah masalah orang melayu kita... Suka bercakap perkara2 yang akan merugikan diri sendiri baik untuk dunia atau baik untuk akhirat... Ingat berfikir dahulu sebelum bercakap atau lebih baik diam... Saya nak tanya kamu semua dalam blog ni... Kalau la tak ada orang minta derma tabung, budak pusat tahfiz amal yang hampa cakap tu dan lain yang dari badan2 kebajikan tu tak datang pada kita.. Contohnya 5 tahun tak ada satu pun dalam malaysia ni orang yang datang pada kita minta sedekah... Agak2 hampa adakah kita akan ingat pada mereka2 yang lebih susah dari kita... Saya rasa kita akan menjadi lebih sombong dan ego... Sebab tidak ada ajakan dari orang lain kepada kita untuk berbuat kebaikan, rasa2nya cukup ke dengan hanya sekadar kebajikan yang telah kita lakukan akan menjamin masa depan kita di akhirat kelak... Setiap perkara yang Allah jadikan di dunia ni ada hikmahnya.. Inilah didikan Allah pada manusia... Supaya manusia tidah lupa diri dan ego...
Even i have heard about this person, but wat i heard is totally opposite from wat u people have heard..n im not just writing wat i have heard..only after doing investigation about this person im writing this..let me tell you something pls don write about a person without any investigation on blogs because its jus like people reading your personal diary..the children who are selling those things are from very poor family who have more than 10 siblings in their family so as the parents could not afford their children they send to him and ask them to take care of them..can u guys take care of all those unfortunate kids?this is wat people call social service for those who have never heard of this term in their life..im an indian journalist from a very well known media and i have also did the same mistake before..but after i have found out about him..i dont know who should i
seek for apology..i have never come across such a great
person in my life..long life man wherever u are.
Assalamualaikumm..
Hmmm...confuse, confuse. SM Amin & YM Tuan Raja Azhar bin YM bla bla ni orang yang sama? @ si Azhar ni pakai nama samaran orang lain yang memang dah terkenal utk famouskan diri sendiri? Lihat wiki siapa SM amin & siapa pulak Raja Azhar ni dan buat sedikit perbandingan & anda akan tahu!! Trekejut saya bila mendapati dia pernah terlibat dalam ajaran sesat tapi berani pulak berniaga secara terbuka di pasaraya besar (booth) di bawah label produk pati minda sakti & rawatan berbekam. Saya salah seorang yang tertipu terbeli pati minda saktinya yang dikatakan akan mencerdaskan minda anak2 malah suami pula terbeli ubatan kapsul yg dikatakan akan membuang toksik dari badannya...Hingga rasa curiga saya ini tertulis di sini, suami telah 4 kali buang air besar hari ini sahaja, tak pasti esok kerana hari ini baru saja mencuba. Hmm bila buka tutup botol 'pati' tersebut, hati saya tercuit mengatakan betapa tidak bersih cara 'seal' nya kerana 'pati' tersebut meleleh di sekitap mulut botol plastik tersebut biar kali pertama membukanya...Anak pula menzahirkan rasa peliknya akan rasa pati tersebut yg dikatakan dibuat dari madu tapi manis seperti ditambah gula!! Membaca komentar penulis2 di atas mencetuskan saya satu andaian yg org ini memang licik menggunakan anak2 yatim & pengamal perubatan tradisional (bekam) lain sebagai salesperson x rasmi beliau utk menjaja 'pati sakti' dan cd lagu ntah apa2 tersebut. Sungguh memualkan! Bagi mereka yang dah terkena baik dirujuk kpd pihak yang berkenaan & sesuatu harus dilakukan agar semua pembeli tidak tertipu!!!
ASSALAMUALAIKUM...
cerita saya lg sedey...berbekam pastu tertipu...ternganga...manis mulut diaorang smpikn kita x tertanya ttg bayaran...main ikut jer apa yg disarankan...kata suami saya...x penah org berbekam sampai 25 botol...(mana le saya tau cr berbekam sebenar2nya..sbb x penah buat dan x teringin pun, entah camana bl berdepan dgn diaorg ni mula2 tu nk urut kaki jer..pastu trs setuju berbekam, sesuatu yg sgt ditakuti seblm ni)...silap2 dpt penyakit lain, kata suami lg, lain kali minta tgk diaorg punya lesen perniagaan dulu, tny dulu kos sblm buat bla,bla,bla,bla...dh le kita tu darah pun x cukup...nk buat camana dah terbuat pun...bayarannya termasuk ubat yg langsung saya x kata ya @ tidak...RM400..2 lg mmber saya sorang RM250 dan RM300 + kos mengurut saja rasa2nya kt tmpt sy tu setgh ari jer diaorg kt ctu dpt le diaorg hampir seribu ringgit...selepas 2 3 ari baru kami2 yg dh terkena ni bercakap pasal tu dan rasa ditipu idup2 dpn batang idung sendiri....uish pandai betoi diaorg ni cari duit..tp masa belek bil yg dihulurkan terasa sesuatu di hati.."macam penah tengok muka org ni..tp dimana ya"...itulah pengalaman ditipu berubat sehingga beratus2 ringgit...memang rasa TERBODOH seketika...
arghh... tensi... terkene lg aku. br je bli. call nombor yg dia kasi tu x dpt tp sbb kesian tgk budak tu dok tunggu dpn bank sket punye lame aku dermala rm10. blk ofis cek credentials brand 'air sakti' ni. adehhh
salam editor...stakat ni ko je yg ada maklumat pasal SM amin nie, ak pun penah terkena dengan sindiket2 dia nie. byk kali da ak jumpa budak2 tahfiz lat petrol pump jual CD dia n kalendar dia. kalo nak buat welfare, buat apa nk syok sendri buat album lagu pastu letak gamba besar2? cuma sekarang ni dia da ada wisma dia sendiri kar seksyen 26, shah alam. pada aku dia kaya pun sebab makan duit anak2 yat8m nie je. bukan atas usaha dia sendiri.
Pelawat blog sekalian yang mencari maklumat berkenaan dengan SM Amin.
Saya mohon maaf kerana setakat ini bahan dalam blog saya ini tidak berunsurkan ilmiah. Juga meminta maaf kerana tidak dapat mengumpul serta menyelidik hal ini dengan terperinci buat pembaca.
Sekiranya tuan-tuan dapat berkongsi sedikit sebanyak fakta berkenaan hal ini, dipersilakan.
Saya tidak menyatakan sokongan saya kepada mana mana penilaian terhadap SM Amin sebaliknya hanya curious dan suspicious atas sebab keterbatasan maklumat berkenaannya di internet.
Walaubagaimana pun, saya mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang telah membaca dan memberikan komen disini.
"Semaikan ilmu bukan kebencian"
Terima kasih.
sedikit perkara yang dapat setakat ini;
http://ms-my.facebook.com/sm.amin.productions/posts/308574825847922
mari lah kita bersama - sama membuat aduan ke pihak jabatan islam . Agar membuat siasatan
ini alamat email nya
zihan@jais.gov.my
terima kasih Tuan Zihan,
dipersilakan pembaca blog yang mempunyai masalah berkenaan dengan perkara ini untuk membuat aduan kepada en zihan melalui email beliau zihan@jais.gov.my
"Semaikan ilmu bukan kebencian"
Terima kasih.
salam saya minta maaf ye ...kalau kita nak menuduh kita kena ada bukti..apa yg saya boleh katakan takkan org yang buat ajaran sesat boleh luaskan empayar ke seluruh dunia bertahun2 lamanya termasuk mekkah.. kadang2 kite kena pikir yang tersirat daripada yang tersurat...bila orng melayu bangkit berjaya berjuta orng cuba jatuh kan....ape2 pun satu hari nnti kebenaran terungkai..masa tu sapa salah sapa yg benar akan terjawab.. kita yang ada tak mampu menilai takdir allah...
cuma pandangan saya secara general..setiap orang ada pandangan masing2....terpulang setiap individu...kalau anda rasa tak nak bg jgan bagi...keikhlasan tu yang penting....
benar kata 'orang-yang-tidak-dikenali' tersebut iaitu "kalau kita nak menuduh kita kena ada bukti"
mohon utarakan bersama bukti kiranya ada untuk membantu kajian En Zihan terhadap perkara ini.
Masing-masing ada pendapat & cara sendiri itu pasti.
kalau sapa2 pernah lalu jalan seksyen 26,shah alam,bersebelahan petrol kiosk Shell..bgnan Perwaja steel dulu. SM AMIN ni sewa bngan tu..napelah takde pihak bertindak kerana dia ni exploit budak2 jual CD,balm,pati minda lah dan ajar budak2 tak bersalah tu suruh jawab kalau sesiapa tanya kenapa menjual brg2 ni,kenapa tak gi sekolah..?'saya berniaga kerana saya nak ikut sunnah rasullullah..mak dan ayah tahu dan benarkan..'' sunnah dan agama menjadi bahan untuk eksploit budak2 mentah..kasihan sungguh
Salam....
Sharing is Caring....
Aku pun terkena jugak kira2 7-6 bulan lepas....Harap2 derma aku tue diterima Allah....InsyaAllah....
Terdetik hati aku nak share sbb tengok majalah 3 semalam...minta sedekah jer sehari rm 900-1200....mengalahkan org kija akauntan...
Selalunya taktik/modus operandi diorang nie kat area kedai makan, stesen minyak and pejabat pos dan byk tempat2 strategik. Menggunakan budak lelaki atau perempuan..selalumya budak lelaki akan pakai ketayap...and budak pompuan pulak pakai tudung cute2 ja...pandai diorang nie...tak taulah niat sedekah atas sebb kesian atau kerana Allah...mudahan kerana Allah...
Nie aku nk citer...Masa tue aku tgh makan ngn wife aku kat sri gombak area restoran taqwa tue....tetiba datang sorang adik nie pakai ketayap putih minta derma....aku kasi la...sekali dia ckp if derma rm 10 dpt cd if lebey dpt "pati sakti"..botol dia kecik jer kaler putih..besar sikit dr botol eye mo....siap ader receipt pulak tue.....haha kelakar betul...aku pun amik la da org bagi....cd pun dpt jugak....sekali belek cover cd memang curioslah mcm bro2 kat atas bercerita..tajuk nasyid tapi dressing pakaian merah 'vogue' cover pompuan cam dangdut ala2 boria.....confius aku...bini aku memang xamik port la siap marah aku amik cd and pati sakti tue..hehe.....tapi aku memang xpernah buka pun CD and air pati sakti tue....cm pelik jer tengok...baik buat air yassin sendiri....xsangka pulak diorg nie ada agenda nk menyesatkan org....Subhanallah...
Kesimpulannya...
Kalu nak sedekah better sedekah ditempat sepatutnya....masjid ker..pondok2 agama.. (kalu nak sgt sedekah odw gi kija tue singgah la surau or masjid memaner..haa masukkan duit baper nak sedekah kerana Allah..alang2 wat dhuha skali...)..Bukan aper byk org ambil kesempatan atas keprihatinan kita...nak sedekah pun kena ada ilmu...jgn main kasi jer..Wallahualam..
Assalam, sy tengah cari info pasal co & produk ni & terjumpa blog ni. sy baca comment Anonymous dated Dec 9 2011 which is similar to my case.Sy tak pasti adakah sy tertipu atau mmg macam tu caj untuk berbekam & ubat2 herba yg diberikan. saya hanya bayaran je yg amt nya quite banyak juga. dah balik baru saya realise tak pernah nampak pun produk2 ni dipasaran. saya tak menudah apa2 tapi macam was2 nak teruskan makan ubat/supplement yg diberi.
Dekat dgn kilang proton kan ada bangunan besar WISMA SM AMIN. Tp gelap dah byk tahun cuma bila lalu mlm, muka dia n nama wisma je bercahaya lampu.
review dari en mazidul
http://www.mazidulakmal.com/2013/03/raja-sakti.html
Saya baru aje terkena...x pernah berbekam..tiba2 buat lepas dengar macam2 dia cakap...huhu banyak jugak habis...dah balik umah rasa macam pelik aje...baru terfikir...td dia buat guna cara yg hygeine n selamat ke...huhu....tawakkal ajelah
Tengah google pasal SM Amin saya terjumpa blog ni. Menarik isunya.
Buat pengetahuan semua, saya pn pernah kena tipoo...! Dua bulan lepas saya ada buat rawatan berbekam di Tingkat 1, dalam Ampang Park.
Pada mulanya, saya nak buat 5 cup je. Nak try la konon. Harga RM20 satu cup. Mahal siot! Perawat (perempuan) tu kata bole tapi kena tengok belakang dulu. Dah bukak baju, tunjuk belakang kat dia, dia kata kena buat banyak, lebih 20 cup. Saya ulang balik, saya nak buat 5 cup je. Nk try. Dia bertegas tak bole, sakit adik dh teruk ni, kena buat banyak. 30 cup baru ok. Dia dah tekap cup kat belakang saya. Masa tu, saya tak kuat untuk membantah.
Pas siap berbekam, dia promote pulak set ubat herba tonite, bagi buang penyakit katanya. U all tau berapa harganya? Lebih RM500.00!! Bekam sj RM600.00. Bayangkan saya zap kredit kad saya RM1,150.00 (sebahagian derma kt anak yatim, katanya). Sampai ari ni lum abis bayar. Saya bendul je time tu, bayarkan aje. Al maklum la..'orang sakit', tubuh lemah...
Semalam, saya pergi berbekam di tempat lain. Menurut jurubekam ni; perempuan kalau nak berbekam kena tanya harga betul2.Harga biasa RM5 je. Kalo harga dah sampai RM20 satu cup, maksudnya perawat tu hanya mahukan @ pikirkan duit anda. 1 lg kalau period takleh bekam, tapi saya tanya pompuan penipu tu, dia kata bole aje. Nasib masa tu saya tak period.
Hari ni, saya tergerak hati nak cari entri SM Amin, baru sedar, mmg sah saya kena tipu!!Frust sungguh.
Lately sejak artikel ini di tulis (3 tahun lepas), banyak produk yang pelbagai dari jenama yang sama dijual secara agen-agen yang tak berapa jelas statusnya. Kebanyakkan kanak-kanak.
Bagi peminat bekam, saya ingin mempromosi syarikat Aura Bekam di Johor Bahru. Facebook pagenya penuh dengan informasi berkenaan kebaikkan berbekam.
disini;
https://www.facebook.com/pages/Aura-Bekam-Nusajaya/160744390800521
Sy baru kene tipu rm300 wuaaa kat aeon big wangsa maju...bekam 300 kawwww yg pntg aq dh haramkan ape yg die amek!!!!!! Xguna xguna xguna!!! Die ckp 150 sekali 300!!
Saya pon ditipu di aeon big seksyen 23 shah alam dipaksa bekam smpai 20 cup kene bayar rm300...harap orang lain tidak ditipu oleh tabib yg gelar dirinya pak aji...asal dari kedah...penjelasan yg tentang penyakit kita pon samar2 terus nk buat bekam je..dan slalu ulang perkataan "bekam itu sunnah"
Hai...
Sy nk tya,pati minda ni klu mkn boleh buat kita jd sesat ke?
Sy kali pertama beli sbb katanya boleh utk kuatkn rahim..
Almaklumlah sy hamil ank pertama slps hmpir 10 tahun kahwin..
Just nk tahu maklumat sbnar..
Sblum ni pernah refleksi je..
Diorang ajak bekam sy tolak mentah2..
Rekleksi sbb kaki selalu sakit..
sy tergerak hati nk cari info ttg sm amin ne coz tadi siang dua org suami isteri dtg skh buat rawatan refleksologi dgn byrn rm10 then promote produk sm amin. sy bli pati minda coz wanita tu kata boleh kuatkan rahim untuk dptkn zuriat coz sy slpas bersalin 6 thun xde rezeki lgi. rupanya kena tipu pula.
Bagi saya tak payah la beli produk ke pati ke daripada diorg ni. Semua penipu besarla. Makan supplement lagi bagus. Contoh shaklee. Halal & setiap vitamin hasil dr detail research. Cuma kena google fungsi supplement la. Walaupn agak mahal tp bole kumpul duit & beli. Lagi berbaloi dr kena tipu cmni.
Sekarang sudah tahun 2016. Pengetahuan kita berkenaan SM Amin masih lagi kabur. Walaubagaimanapun, saya berlepas dari segala tuduhan 'sesat' terhadap SM Amin seperti yang pernah dinyatakan oleh beberapa blog yang mengambil gambar dari blog ini (dibenarkan selepas meletak kredit), ini kerana saya kekurangan fakta bagi membuat tuduhan berat seperti itu.
Walaubagaimanapun, sekiranya tuan-tuan mempunyai maklumat lanjut mohon berkongsi. Sekiranya ada kumpulan SM Amin yang membaca blog ini, saya mohon tuan supaya tampil menjelaskan sekiranya fitnah negatif terhadap tuan tidak benar.
Terima kasih.
Post a Comment