Saturday, August 31, 2013

merdeka

Dato Onn Jaafar:
Perjuangan baginya mestilah mengikut landasan undang-undang.
Dalam ucapannya di Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Kelab Seremban, 1-2 Mac 1947, beliau membangkitkan isu ini:

Kepada pemuda-pemuda Melayu, terutama sekaliannya saya suka mengadapkan percakapan bahawa masa ini kita selalu mendengar perkataaan MERDEKA – mengajak kepada pemuda-pemuda itu bermandi darah dan mengorbankan jiwanya.

Apakah gunanya 10 orang pemuda terbaring di dalam tanah?

Bukankah baik seorang pemuda berdiri dengan sihat bersedia bekerja bukan kerana faedah dirinya sendiri melainkan kerana bangsa dan tanah airnya?

Ini bukan masanya bersorak-sorak tatkala Melayu dihimpit oleh segala bangsa di negerinya.

Ini bukan masanya berkorban.

Orang Melayu tua atau muda ialah hak bangsanya hari ini.

Kehendak bangsanya bukan berkehendakkan pemuda-pemudanya yang tiada bernyawa tetapi yang ada bernyawa.

(Mohamed Abid, 2003;119-20)


repost

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...