Thursday, October 17, 2013

Pluralism is marching

"Saya rasa mungkin sukar untuk menyatakan perkara ini (isu) sebagai satu agenda terancang mereka (non muslim) dengan ketiadaan fakta. Tapi saya rasa ramai akan bersetuju tentang perkara itu, terutama yang tidak suka kalimah itu digunakan oleh mereka. Adalah jelas dalam tempoh beberapa puluh tahun, pluralisma akan berjaya jika masyarakat muslim masih ada yang merasakan isu ini hanya picisan terutama dikalangan berstatus pemimpin.
Kadang kala saya terfikir, dimasa ini mungkin memerlukan tindakkan diktator demi mengelak kejadian ini diabaikan, walaupun setelah kemenangan oleh pihak kerajaan bagi mendapatkan hak eksklusif penggunaan perkataan tersebut, kerana ada lagi yang bersuara sumbang dalam kalangan kita sendiri (masyarakat muslim malaysia). Kita menghadapi masalah penyatuan umat Islam kerana perlaksanaan fatwa tidak bersepadu di negara ini kerana ada 'kebocoran' pada sistem iaitu 'perlaksanaan mengikut negeri masing-masing.
Isu ini adalah satu perspektif baharu untuk diteliti. Jika perlaksanaan penggunaan kalimah Allah tidak ekslusif di tempat lain dan didapati tiada masalah, tidak bermakna kita tidak perlu melaksanakan hak ekslusif perkataan ini sebelum ia menjadi masalah.
Sebenarnya saya berpendapat ia telah menjadi masalah di tempat lain dimana penghayatan Islam menjadi kucar kacir dalam individu muslim di luar sana menyebabkan kesan yang besar kepada tanah air mereka. Kita di sini lebih baik dari itu. Mungkin dia (seperti yang dilaporkan oleh malaysian insider) berpendapat perkara kalimah ini tidak ada kaitan dengan pemantapan masyarakat muslim di negara lain yang memberi kesan kepada ke makmuran dan keamanan sesebuah negara. Mungkin pada saya bukan isu kafir mengkafir, tetapi lebih kepada memerlukan sokongan penuh dari semua umat muslim.
Jika harmoni itu bermaksud kita boleh pakai apa jua istilah yang sama tetapi berbeza maksud sesuka hati, maka sesiapa yang mendakwa perkara ini salah perlu menunggu hingga keadaan kucar kacir baru dapat membuktikan bahawa mereka benar. Jadi, kita kena tunggu 13 Mei versi baru terjadi la nampaknya. Saya secara peribadi tak sanggup. Tetapi saya tiada daya untuk 'memaksa' masyarakat muslim untuk mengeksklusifkan perkataan ini (tambahan lagi ada cerdik pandai agama bersijil berasa tidak perlu mengekslusifkannya), maka saya sampaikan begini sahajalah. Terpulang kepada kita sendiri."


Dark clouds shredding.

http://my.news.yahoo.com/isu-kalimah-allah-bukan-islam-ada-agenda-tersirat-025647739.html?.tsrc=samsungwn

http://my.news.yahoo.com/tidak-wajar-kata-muslim-kafir-kerana-soal-penggunaan-105208141.html?.tsrc=samsungwn

Banyak bulan perkara bulan,
Tidak semulia bulan puasa,
Banyak Tuhan perkara Tuhan,
Tidak semulia Tuhan yang Esa.
(Kumpulan pantun Melayu, hlm 60)

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...