Friday, December 6, 2013

Sebarkan

Sebarkan.
Jom cuba nie.. mn tau dpt rezeki x disangka2 dariNya...          
................................................         
Assalamualaikum..saya nak menyampaikan amanah seorg ustaz. Cuba kita buktikan insya Allah. Bismillah hirahmannirahim: Innaka la minal mursalin a'la siratim mustaQim tanzilal azizir rahim Litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun. Tolong kirim potongan ayat dr surat yasin ini minima 13 org, Insya Allah 2 jam kemudian awk akan mendengar kabar baik & mndapat kebahagiaan, demi Allah dan jgn di hpus sblm di sbarkn. Kita berbagi doa sesama muslim. (Bukti rakan saya yg dah buat,2 jam sdh dia laksanakan tnyata rzeki dtg subhanallah. Dgn izin Allah SWT.Jgn lengah lagi trus buat...)


Demikian message yang saya terima semalam melalui aplikasi whatsapp. Dalam dunia semakin mencanggih ini tahap kemanusiaan itu tiada banyak bezanya. 

Sekitar tahun 2001-2002 saya ada dapat surat layang/surat berantai. Isinya yang hendak disampaikan saya tak berapa ingat. Tapi sesuatu yang Islamik la. Cuma bezanya dengan message di atas, surat berantai itu menggunakan kaedah mengugut. Kalau saya tak sebarkan dalam jumlah tertentu, saya atau orang terdekat dengan saya akan ditimpa musibah.

Saya tak percaya perkara-perkara semacam itu. Jadi saya tak pos. Nak jadi cerita, 3 hari lepas tu mak saya kemalangan motosikal. Saya pun cuak la. Kemudian fotostat surat tersebut, beli stem, beli sampul surat, kenal pasti alamat dan kemudian pos. Time tu zaman 'zine' memang tak rasa sangat buat kerja-kerja pos mengepos ni.

Dalam hati, was was juga. Bimbang apa yang saya buat ini salah. Jadi saya niatkan sahaja untuk sebarkan maklumat tersebut. Termasuk ayat ugutan itu.

Tak percaya tapi buat juga. Kerana bimbangkan musibah akan berlaku. Oleh kerana bimbang itu timbul maka ia sabit 'percaya'. Jadi niat kononya menyebar maklumat baik itu tak terpakai sebab tak relevan dengan tindakkan. Apa yang berlaku hanyalah proses menipu diri sendiri. Just make believe. Kerana dalam keadaan keliru dan hanya untuk 'selamat diri' atau playsafe atas kekeliruan tersebut. Bagi yang first time layan benda benda macam ini mungkin terjebak juga. Bagi yang mulanya tak percaya jadi percaya sebab musibah akan berlaku.

Kemalangan berlaku (Shits happens). Lihat dalam tempoh 7 hari dari anda membaca posting ini, apa yang berlaku kepada anda atau orang terdekat dengan anda. Pasti ada sesuatu yang dikira 'unfortunate'. Tetapi hanya dan hanya kerana 'amaran' (atau ugutan) dalam surat tersebut sudah dinyatakan dengan ayat tricky, maka secara taksengaja manusia akan menyandarkan kemalangan tersebut dengan amaran trrsebut. Walaupun sebenarnya tiada kaitan. Minda anda hanya mereka reka cerita.

Kaedah ini walaumacamanapun terbukti berkesan untuk menggerakkan manusia menyampaikan sesuatu maklumat walaupun tidak tepat. Maka dalam dunia yang canggih ini, provider sms menggunakan kaedah ini untuk menaikkan kadar penggunaan servis mereka. 

Jadi prinsipnya mudah. Jika anda dapat maklumat, selidik dahulu asal usulnya. Dari siapa kita terima. Kalau kita kenal org yang bagi tu, kena tanya pula darimana pula dia dapat. Kalau hujungnya dari sesuatu yang sahih, barulah boleh pertimbangkan untuk terima atau tidak. Macam aktiviti Radio Rosak tu.


Watch "Ust Azhar Idrus- Surat / SMS Berantai |' Kalau Ustaz Bukan Islam '" on YouTube
- https://www.youtube.com/watch?v=ovk6G8ZbaFA&feature=youtube_gdata_player

Watch "Jangan Dilayan Surat/SMS Layang - Ustaz Azhar Idrus" on YouTube
- https://www.youtube.com/watch?v=xeu5FStdHVg&feature=youtube_gdata_player

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...