Oleh kerana bintang bintang itu sangat indah dilihat dari jauh iaitu dari muka bumi ini, tetapi nyatanya sifat dan rupa sebenar bintang itu sendiri tidak mampu kita dekat dengannya. Maka, jarak itu sebenarnya mencipta keharmonian dan keindahan.
Namun begitu dari semua bintang itu, tetap ada satu juga ditentukan buat kita. Dan bila sampai masa itu kita tetap kena menerimanya. Walaupun kita berkeluh kesah ianya panas. Itulah matahari.
Tiap kita akan ada bintangnya sendiri nanti. Biar panasnya bintang itu akan ada yang ditentukan sesuai untuk berpasang dengannya.
Dan semua bintang itu telah ditetapkan atas landasannya masing-masing.
Kerana nikmat yang dizahirkan pada suatu amanah itu amat enak sekali kerana ada amanah yang berat sekali di sebaliknya. Dan sesuatu amanah itu disertakan dengan keberatan yang amat berat sekali kerana ada nikmat besar yang dirahsiakan.
Jadi, ia berjalan pada orbit masing masing. Supaya tidak berlaga sesama sendiri. Tertib mengikut ketetapan itulah dinamakan akhlak. Kalau ada meteor yang menghempas, itu memang kerja dia. Jangan lari dari landasan. Dan jika 'coalition' itu memusnahkan, itu kehendak Dia. Hingga akhir hayatnya ia tetap dalam garis putarannya sendiri. Tidak sesekali berganjak.
Dan manusia sahaja berbeza dengan semua makhluk. Ia perlu berlawan untuk memastikan dirinya tetap dalam landasan yang ditetapkan. Sedaya upaya mencontohi akhlak Nabi semampu mungkin.
Kerana ketidak sempurnaan itu lah yang menjadikan perjalanan ini. Jika sudah sempurna, nak berjalan mana lagi. Tesco?
No comments:
Post a Comment