Thursday, November 14, 2013

Pasti

‘’Mereka hanya mengikuti prasangka, padahal psasangka itu tidak akan memberikan kebenaran apapun’’ (Surat An-Najm – 28).

Allah SWT berfirman :‘’Bila kamu muhammad mengikuti kebanyakan manusia yang berada di muka bumi, maka mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Karena mereka hanya mengikuti prasangka ‘’ (Surat Al-An’am – 116).

Bahkan Allah tidak menganggap dzan sebagai ilmu (pengetahuan yang pasti). Allah SWT berfirman ;“Mereka sama sekali tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu. Mereka hanya mengikuti prasangka, padahal prasangka itu tidak akan memberikan kebenaran apapun’’ (Surat An-Najm – 28).

Untuk lebih mikro, adalah perlu kepada rujukkan bersanad.

Nasihat abang-abang sekian lama "Jangan prasangka" sow knowledge not hatred.

Jalan mendapatkan pasti kadang kala sukar hingga sesetengahnya meninggalkan jalan tersebut. Barangkali ('barangkali' kerana saya bukan ahli kepada topik) ditinggalkan kerana akibat berasa kerasnya jalan itu. Lalu menjadikan pasti bukan tabiat hidupnya. Mungkin diturunkan dengan banyak percentage nya. Menjadikan ulat was was berhabitat dalam keterbiasaan tabiat hatinya.

Mungkin ada sesetengahnya berjaya melunakkan jalan itu hingga boleh dihadam sesiapa sahaja (dengan izinNya). Jalan menukar tabiat itu pula memerlukan masa dan kesungguhan pula. Boleh diubah. Boleh. Malaysia boleh.

Ketidakpastian pula samada dipastikan atau ditangguhkan atau ditinggalkan.
Maka jalan memastikannya seperti yang tersebut.
Kemudian ditangguhkan pula kerana akibat kesukaran mendapatkan fakta dan tiada keperluan buat masaketika itu.
Ditinggalkan samada kerana ia tidak perlu langsung atau boleh jadi memudaratkan sesuatu.

"Banyak kecewa itu tanda kurangnya kebergantungan hati kepad Allah"

Selamat menyambut 10 Muharram 1435h

*randomly plagiarised

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...