Monday, January 20, 2014

See the loosing grip?

Berikut adalah serba sedikit dialog yang ditulis oleh Mana Sikana (1997) :

LAKSAMANA : Kau mati rupanya Anum, kau meninggalkan aku, Anum. Oh! Anakku, Apa kesalahan isteri dan anakku?

TUN ARIA : Simpan rahsia ini Datuk. Kalau tidak, mati hamba dibunuh baginda.

LAKSAMANA : Apa? Dibunuh baginda? Tidak Aria, aku sanggup menggalang leher berdepan dengan keris baginda kerana Anum dan anakku. Aku mesti membela. Aku sanggup hantarkan nyawaku ke hujung mata keris Sultan. Oh Tuanku. Sultan yang ku junjung, sampai hati Tuanku membunuh isteri dan anak patik yang tak berdosa. Alangkah kejam dan zalimnya Tuanku. Mana janji Tuanku akan memberikan perlindungan pada isteriku? Ya, Pepat diluar rencong di dalam, Mulut manis hati beracun.

TUN ARIA : Melayu derhaka kepada raja, Datuk? Tidak, tidak, jangan Datuk. Berfikirlah dua kali sebelum melangkah, melangkah berdepan dengan keris raja. Hamba berharap Datuk beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Carilah jalan lain, Datuk. Lebih baik kita undur dengan teratur daripada mara mendapat bahaya. Ingat Datuk, sumpah Melayu dari zaman-berzaman, berpantang Melayu derhaka kepada Raja.

LAKSAMANA : Tidak! Darah Bentan berpantang maut sebelum ajal. Kali ini tetap Melayu derhaka kepada Raja. Sia-sia peluhku mengalir di Haru dan Jambi. Kalau ku tahu begini rendahnya budi Raja, aku tetap menolak titahnya.

Selepas itu, terjadilah pembunuhan Sultan oleh Laksamana Bentan. Keris Laksamana Bentan membuat riwayat, memutuskan darah keturunan raja-raja Melayu Melaka yang berdaulat. Sebab baginda tidak berputera dan berputeri, Bendahara Abdul Jalil dilantik menjadi Sultan. Hutang Darah dibayar darah, hutang jiwa dibayar dengan jiwa, kerana anak isteri menderhaka.

Rujukan : Mana Sikana (1997). Keris Laksamana Bentan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Isu semasa;
http://my.news.yahoo.com/kangkung-kini-topik-panas-komedi-dan-sindiran-223840367.html?.tsrc=samsungwn

Tinggal berapa sahaja jenis Tun Aria?

Yang mana hendak digadai untuk memuaskan nafsu rakyat? Yang mana hendak digadai untuk nafsu pemerintah?
Yang mana hendak dikorban yang mana akan terkorban? Kemudian yang mana akan menerima akibatnya? Kubur siapa akan dikencingkan?

I wish I mayI wish I might, Have this wish I wish tonight, I want that star, i want it now, I want it all and i don't care how,
Careful what you wish, Careful what you say, Careful what you wish, You may regret it,
Careful what you wish, You just might get it,
Then it all crashes down, And you break your crown, And you point your finger, But there's no one around..
-Metallica, King Nothing.

See the Arab Spring marching to Malaysia?

3 comments:

m taufiq a aziz said...

Sejarah itu berulang.

Teringat peristiwa kecil yang memberi sedikit gambaran bagi pandangan yang terlalu luas.

Disebuah IPT dimana situasi organisasi kelab, saorang AJK yang telah menyifatkan pemimpin organisasinya berpewatakkan lembut dan disenangi orang ramai serta mendengar pendapat umum (lebih kepada pendapatnya sendiri kerana pendapatnya biasa tidak diterima oleh bakal pemimpin yang telah dinamakan oleh pemimpin tertinggi).

Demi keharmonian, bakal pemimpin ahli fikir yang telah disifatkan keras (oleh si-polan tersebut) telah menolak jawatan tersebut. Kemudian ditentukan olehNya pemimpin yang berfikiran sama dengan 'si polan bakal pemimpin' tersebut tetapi berperwatakkan lembut dijadikan pemimpin. Hujung ceritanya sama juga, si-polan AJK tidak membuat kerja sebenar. Sipolan melaksanakan amanah mengikut kehendak dirinya sendiri, bukan pemerintah. Sama sahaja.

Manusia berkehendak menurut nafsunya sendiri.

Ini hanya satu perspektif kecil bagi situasi kecil tersebut.

Ingat bagaimana mereka tidak berpuas hati dengan saidina Abu Bakar, kemudian diganti dengan saidina Umar alKhattab yang telah dikatakan kasar. Kemudian Dia yang Maha Penyayang menggantikan dengan saidina Uthman Affan yang lembut kemudian dikatakan kronism. Kemudian saidina Ali meneruskan dengan bersusah payah. Mereka tidak akan pernah berhenti untuk memecah belah dan mempromosi melawan pemimpin.

Kisah yang sama berulang tetapi dalam konteks yang mungkin lebih kompleks.

Antara hak rakyat dan hak pemerintah serta hak generasi akan datang?

m taufiq a aziz said...

..dan Dia adalah sebaik-baik perancang.

Terpulang kepada kesepakatan masing-masing. Buat mana yang mampu. Buat, bukan cakap.

m taufiq a aziz said...

Ada pembetulan ayat;


Sejarah itu berulang.Teringat peristiwa kecil yang memberi sedikit gambaran bagi pandangan yang terlalu luas.Disebuah IPT dimana situasi organisasi kelab, saorang AJK yang telah menyifatkan pemimpin organisasinya yang akan datang mesti berpewatakkan lembut dan disenangi orang ramai serta mendengar pendapat umum (lebih kepada pendapatnya sendiri kerana pendapatnya biasa tidak diterima oleh bakal pemimpin yang telah dinamakan oleh pemimpin tertinggi). Demi keharmonian, bakal pemimpin ahli fikir yang telah disifatkan keras (oleh si-polan tersebut) telah menolak jawatan tersebut. Kemudian ditentukan olehNya pemimpin yang berfikiran sama dengan 'si polan bakal pemimpin' tersebut tetapi berperwatakkan lembut dijadikan pemimpin. Hujung ceritanya sama juga, si-polan AJK tidak membuat kerja sebenar. Sipolan melaksanakan amanah mengikut kehendak dirinya sendiri, bukan pemerintah. Sama sahaja.
Manusia berkehendak menurut nafsunya sendiri.
Ini hanyalah satu perspektif kecil bagi situasi kecil tersebut.

Ingat bagaimana mereka tidak berpuas hati dengan saidina Abu Bakar, kemudian diganti dengan saidina Umar alKhattab yang telah dikatakan kasar. Kemudian Dia yang Maha Penyayang menggantikan dengan saidina Uthman Affan yang lembut kemudian dikatakan kronism. Kemudian saidina Ali meneruskan dengan bersusah payah.
Mereka tidak akan pernah berhenti untuk memecah belah dan mempromosi melawan pemimpin. Kuat komplen.

Kisah yang sama berulang tetapi dalam konteks yang mungkin lebih kompleks.

Antara hak rakyat dan hak pemerintah serta hak generasi akan datang?

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...