Sunday, March 23, 2014

Blackwar Dreamer

Seluas lautan bergelora
Gunung-ganang runtuh menghempas bumi
Bulan bintang berkecaian
Malapetaka besar melanda bumi

Dalam suasana yang huru-hara
Dunia hancur dalam sekias pandangan
Kemabukan manusia dan mencari tempat melindung diri
Melarikan diri di dataran luas dan tak bersisi

Tiupan pertama sangkakala bergema
Merebahkan segala yang bernyawa
Dan kemudiannya dibangkitkan semula
Untuk dihitungkan segala amalannya

Maka terhimpunlah umat sejak purbakala
Menanti giliran perhitungan amalan dunianya
Dalam debaran meniti titian
Yang belum pasti sampai ke seberang

Pahala dan dosalah penentu segala
Samada di humban ke neraka
Atau akan bertahta di syurga
Sebagaimana yang telah dijanjikan

Mereka yang lalai pasti 'kan tersungkur
Nun di gerbang neraka jahanam
Di sana api hitam yang membakar tubuh
Hingga menjadi abu
Nah! Terimalah balasan Nya


Derita yang melanda tidak terkata
Di bakar di siksa setiap masa
Dan tak pasti bilakah kesudahannya
Di kala itu penyesalan sudah tiada berguna

Kedurjanaan syaitanlah punca segala
Memesongkan setiap umat manusia
Yang tak beriman 'kan menjadi mangsa
Lemas dan hanyut di lautan dosa

Band : Kremation
Title : BlackWar Dreamer
Muzik: Nasth Sheir
Lirik : Nasth Sheir
https://www.youtube.com/watch?v=4RjwZ3db91w




 *******

Akhirnya, aku dapat menyayikan lagu ini dengan tepat sebutannya. Setelah meng-cover lagu ini sejak 2003 bersama Izhar Idris dan Fazli Rozali. Terima kasih NaSheir J.M (via youtube)

Tetapi, aku rasa ada beberapa perkataan yang aku rasa macam tak tepat.
Misalnya pada rangkap ke 2 baris ke 2 (minit 0:53 - 0:56 lebih kurang)
Dunia hancur dalam sekias pandangan
Perkataan yang bergaris tu aku rasa kurang tepat, dan aku pun tak ada perkataan untuk dicadangkan.

Rangkap ke 6 (minit 2:29 - 2:40 lebih kurang). Setelah aku mencuba, aku rasa bunyinya macam ni; (kot)
Mereka yang lalai pasti 'kan tersungkur ke neraka
Api hitam menjalar kan kau rasa
membakar tubuh hingga menjadi abu
Nah! Terimalah balasan Nya 
Kecuali yang bergaris tu aku tak dapat. tak ada perkataan untuk dicadangkan.

Lagu ini memiliki arrangement, mood, atmosphere sangat terbaik. Agak tepat pada aku maksud feelingnya. Menggambarkan isi cerita. Liriknya puitis tetapi straight to the point. Cuma title lagu aku tak dapat relatekan pula.

*******

Walaubagaimanapun, bagi yang masih menghadkan definisi musik sedap, aku rasa susah nak layan lagu ni kerana terlalu heavy, drum trashing yang banyak, suara growl yang terlalu kasar (tetapi tidak sekasar brutal-death-grind). Itu tidak menjadi hal.

Anyway, dengan lirik dan lagu sebegini, telah mengecilkan skop pendengar yang telah terus menolak musik mainstream. Malah ada yang anti-nasyid. Boleh jadi ia berfungsi sebagai pengingat dan memprogramkan minda bawah sedar mereka. Walaupun awalnya mereka (mat metal) hanya melayan riffing gitar dan blasting drum sahaja, bagi peminat musik underground yang jumud mereka akhirnya akan menggali isi lagu yang mereka dengar dan mereka akan teruja untuk cuba keluar dari kepompong pemikiran negatif dan balik kepada agama mereka (terutama Melayu Islam). Bagi penggemar musik underground, mereka akan di cop posser jika hanya melayan musik tetapi tidak mengetahui makna lagu tersebut. code of conduct yang terjadi sendiri. dan selama mana pula mereka hendak menjadi posser dalam dunia yang mereka cintai itu? Jika tidak, mengapa masa kini ramai yang dahulunya ahli rockers/mat metal sekarang sudah mengubah cara hidup mereka. Malah ada yang ekstrim dengan jemaah mereka sendiri (perbezaan jemaah/aliran adalah isu yang lain-isu ni mikro sikit) What is their spark on their turning point. Pemograman ini bukan sebagai spark, tetapi lebih kepada memasang sumbu dan menunggu masa percikkan 'api' menyala melalui sesiapa atau apa sahaja. Terpulang kepada kehendakNya.

Mungkin ini juga bukan jawapan perdu bagi pendakwah-pendakwah aliran 'konventional'. Ini hanya bahagian-bahagian ranting yang perlu dilihat signifikannya, terutama dizaman ini. Untuk bercerita tentang ini, aku memerlukan posting dilain kali.

Sekian terima kasih.

Selamat mendengar lagu ini.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...