Bab ni susah gua nak explain pandangan gua. Tak jumpa perkataan. Yang pastinya, ada sesuatu yang tak kena dengan semua keadaan ini.
Bila gua tengok respon orang Islam Malaysia terhadap perkara ini (kelompok menyokong) gua boleh kata yang bab ini duduk di pertengahan pengetahuan mereka. Mereka juga adalah orang-orang yang penyayang kepada binatang. Mereka juga adalah pengamal agama Islam melalui kaedah yang tak mantap. How fragile their mind to be twisted.
Saya juga percaya, kelompok yang menyokong kempen ini mempunyai pandangan yang sama bila diajukan soalan kedudukan diantara kepentingan Agama & Budaya.
Itu analisis satu.
Kemudian persoalan lain yang lebih besar pula..
Bermula dengan fenomena beberapa individu Islam memegang khinzir dahulu, kemudian anjing, kemudian ada seorang individu (gadis Islam) yang menyelamatkan anjing mendapat perhatian kemanusiaan dan kini KEMPEN MEMEGANG ANJING. Kemudian kita lihat pula isu Kalimah Allah, penghinaan dari yang bukan beragama Islam terhadap Nabi Muhammad SAW, kemudian provokasi menghapuskan Akta Hasutan dan pelbagai isu semasa lainnya.
Sekarang ni, soalnya bagaimana idea ini tercetus? Apa tujuan mencetuskan fenomena ini? Mengapa mendapat publisiti dari media massa? Apa yang 'sesuatu' tidak kena dengan semua ini?
Saya teringat bahawa, memang ada satu puak tu sedang mencuba sensitiviti masyarakat Islam Melayu Malaysia. Mereka sedang melihat, mengkaji, memahami latah orang kita.
Kalau berlaku Perang Agama dalam jangka masa hidup kita ini, ke mana kita hendak tuju? Bukan hendak menakut-nakutkan, cuma fikir realistik dan logik sikit. Ambil kira kemungkinan. Jangan main-main kata 'Aku Serah Kepada Allah' begitu sahaja. Be sure about that.
"Sebab itu kita kata, kita perbetulkan yang biasa, biasakan yang betul. Kalau tidak nanti, yang tak betul pulak jadi kebiasaan dan orang rasa itu betul."
En. Yusof Bin Husain. Forum Budaya Mentransformasi Kecemerlangan Insaniah. 22 Oktober 2011. Dewan Gemilang Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institut (UniKL BMI)
No comments:
Post a Comment