Thursday, November 13, 2014

Budaya dan Signifikannya

"Para pendakwah dan mubaligh Islam boleh berceramah dan berkempen dengan berapi-api tetapi tanpa wadah atau wasilah, pelaksanaannya tidak akan berkesan. Hal ini demikian kerana kita perlu membudayakan syariat Islam ini agar ia boleh dilaksanakan secara berkumpulan atau berjemaah (beramai-ramai). Di sinilah peranan persatuan, pertubuhan atau jemaah diperlukan dalam menerapkan dan melaksanakan saranan para pendakwah."

"Pada zaman awal perkembangan Islam di Nusantara, para pendakwah yang memiliki pondok pengajian (pensantren) juga merupakan para pendekar agung yang menggunakan ilmu persilatan dalam berdakwah demi untuk menjaga diri dan agama dari serangan musuh musuh Islam (Hanafi, 1985; Abdul Halim, 1996; Abdul Majid, 2011). Berlandaskan fakta-fakta sejarah, pada zaman moden yang serba mencabar inilah kaedah penerapan dan pelaksanaan syariat Islam perlu dilaksanakan dengan lebih berhikmah dan bersistem terutama menerusi budaya persilatan."

"Metodologi ini perlu diteruskan kerana ramainya bilangan anak muda yang secara semula jadi memang meminati silat atau ilmu bela diri khusus untuk kecergasan fizikal mereka.
Sebenarnya, kepatuhan yang diterapkan secara halus menerusi pantang larang persilatan secara tidak langsung membawa mereka untuk melaksanakan hukum-hukum Islam ini. Oleh itu pernyataan yang mendakwa bahawa ahli silat hanya patuh pada peraturan Islam semata-mata untuk mendapatkan ilmu silat tidak benar dan meleset sama sekali, kerana cara, alat dan saluran berdakwah perlu pada kepelbagaian bukan menerusi satu cara yang telahpun begitu jumud dan mungkin tidak berupaya menjangkaui kumpulan sasaran."


"Pendidikan Akhlak Menerusi Pantang Larang dalam Seni Silat Cekak Malaysia"
Prof. Madya Ar.Dr. Hj.Abdul Majid Ismail & Ustz. Khaharuddin Abdul Rahman.
Regional Conference on Local Knowledge 2014 (RCLK 2014), 12-13 Oktober 2014, Riverside Majestic Kucing, Sarawak, Malaysia
Abstrak

Pantang larang merupakan sebahagian daripada peraturan hidup rumpun Melayu di Nusantara suatu ketika dahulu. Ia dijadikan sebagai salah satu garis panduan dalam bentuk kaedah pencegahan atau batasan agar ahli masyarakat tahu menghindarkan diri atau tidak melakukan sesuatu tindakan atau gerak laku yang dianggap negatif dan memudaratkan. Namun, kini kebanyakan pantang larang ini telah dipinggirkan daripada kehidupan kita kerana ia diterjemahkan secara luaran tanpa difahami maksud yang tersirat di dalamnya. Malahan lebih dikesali, ia dianggap pula tidak sesuai lagi dengan cara hidup moden yang lebih berteraskan sains dan teknologi. Sebenarnya, sumbangan pantang larang dalam pendidikan akhlak amat banyak dan begitu berkesan, namun keghairahan kita menerima elemen permodenan tanpa batas telah meleraikan ikatannya. Dalam dunia persilatan Melayu terutamanya, pantang larang ini amat mustahak dalam usaha mendidik akhlak ahli-ahlinya. Pantang larang silat ini dirungkai oleh pengarang yang juga pengamal silat agar sumbangannya yang positif dapat dilihat kembali dan peranannya sebagai salah satu alat mencegah yang telah sedia ada terterap dalam budaya Melayu dapat difahami. Lima pantang larang Seni Silat Cekak Malaysia iaitu tidak boleh derhaka kepada guru, ibu dan bapa, tidak boleh bergaduh sesama ahli, dan tidak boleh mencaci segala rupa silat Melayu asli yang lain dikupas berdasarkan kehendak agama Islam, pengekalan adat dan adab yang positif, alat yang menjadi tunggak keperibadian bangsa Melayu, keperluan untuk melestarikan kehidupan bermasyarakat atau berjemaah yang telah kian pupus dan sebagai komponen pendidikan rohani pengamal silat dan keluarganya serta seluruh ahli masyarakat dikupas dan diperjelas secara ilmiah. Hasil daripada kupasan ini jelas terbukti bahawa kesemua pantang larang ini didapati amat positif peranannya dalam kehidupan masyarakat Melayu-Islam kini. Diharapkan semua ahli masyarakat akan lebih memahami dan seterusnya menerima kembali peranan pantang larang dalam kehidupan seharian agar salah faham, kekeliruan dan kecelaruan dalam berbudaya di negara ini akan reda dan kehidupan bermasyarakat akan menjadi lebih harmoni dan murni.


Dewasa kini, mula adanya satu sentimen yang memegang 'benar' kebebasan pendapat dalam agama di promosi sehingga memerangkap kepada keterbukaan kepada perkara pokok. Golongan ini juga mempunyai pandangan yang memutuskan keberkatan ilmu melalui kefahaman yang disebarkan dalam perkara 'taklid buta' seta taasub. Juga mereka menafikan hak guru lebih utama dari ibu bapa.

Sesungguhnya mereka yang tidak pernah MEMPELAJARI untuk taat dan tidak pernah mengamal taat tidak akan mengenal erti ta'asub dan taklid buta. 

Tak tahu jangan kata tak ada.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...