Tetapi apa yang merisaukan, terjadi pula kesan sampingan kepada masyarakat iaitu gejala hukum-menghukum dan mendorong kepada perpecahan lagi dalam masyarakat umat Islam terutamanya di Malaysia. Mengapa ia terjadi?
Pada pandangan saya, ia adalah akibat daripada wujudnya sejenis pemikiran yang tercela dikalangan ulama-ulama terdahulu dan kewujudannya hari ini lebih matang mengambil tempat dikalangan generasi muda..
Bila ilmu semakin mudah diperolehi, maka menjadilah satu kesan sampingan kepada masyarakat umum yang mencari agama untuk kepuasan dirinya sahaja atas sebab ilmu yang diperolehi adalah berpunca dari dorongan 'kehendak' diri bukan 'keperluan' diri.
Kita akui terlalu banyak perbezaan pendapat. Maka dengan itu, ikutlah pendapat yang kamu rasakan betul pada tahap fikiran kamu. Jangan ditambah perbuatan yang tidak perlu seperti menjadi hakim kepada masyarakat pula - sedangkan tiada hak kepada kita dalam masyarakat. Perbuatan itu hanya menjadikan masyarakat caca marba dan pening serta was-was kepada agamanya sahaja hanya akibat dari pemikiran kononnya ingin 'berdakwah' dan ingin menambah pahala. Niat yang baik menjadi kerosakkan kepada orang ramai.
Permasalahan perselisihan pendapat antara ustaz-ustaz pula menambah sakit kepada perihal masyarakat. Maka dengan itu kita harus memahami tindakkan kita dalam hal ini.
Ramai penyokong dan pengikut ustaz-ustaz tertentu marah apabila ikutannya menjadi cercaan orang lain. Lalu mereka bertekak di khalayak umum menyebabkan orang yang tidak mencapai tahap tertentu dalam ilmu agama menjadi keliru dan mewujudkan was-was. Ini menambah lagi kacau bilau dalam permasalahan umat hari ini.
Maka dengan itu, pilihlah apa pandangan pun sedapat yang kita boleh pada tahap akal fikiran kita, untuk diri sendiri dan untuk orang-orang yang berhak kepada diri sendiri (pimpinan sendiri). Jika ada perselisihan antara ustaz-ustaz dalam pendapat mereka, itu adalah urusan mereka atas ilmu yang diperolehi oleh mereka dengan usaha mereka sendiri. Jangan pula kita yang tidak tahkik terhadap permasalahan tersebut menyebar pula kekeliruan itu di tempat yang salah. Place everything at the right place. Menuding jari kepada orang lain sebagai bukan orang yang patut berbuat begitu adalah kesedihan saya. Lebih-lebih lagi diantara sesama Islam. Islam sudah lama berpecah belah. Mengembalikan penyatuan amatlah berat jika aliran pemikiran yang jumud dan ekstrim ini menjadi dominasi dan trend pemikiran dalam masyarakat.
Kalau kita kata ia adalah ia adalah hukum Allah dan kita wajib ikut, itu adalah pernyataan yang benar. Tetapi kenapa ada ulama' yang berkata perkara yang sama tetapi mempunyai pendekatan yang lebih lembut dan tolak ansur? Apa pula pendirian mereka? Ayat yang sama berbeza pula pemahaman mereka. Sanggupkah kita yang belajar ilmu agama (yang sekerat-sekerat ini dan setakat ambil mana yang suka dan sesuai dengan 'kehendak' diri) menjadi penghukum kepada perselisihan tersebut? Lagi, oleh kerana seseorang ustaz itu (yang menjadi ikutan kita) tidak bersetuju dengan seseorang ustaz yang lain, kita menjadi penokok dan penyebar serta pembesar isu terhadap pemusuhan dan perselisihan pendapat tersebut?
Setuju atau tidak kita dalam sebarang permasalahan khilaf tidak perlu dibincangkan dalam ruang yang tidak sesuai dan bukan tempatnya. Perkara furu' letakkan di tempatnya. Syariat, hakikat, makrifat.
Kerana itu awal agama itu mengenal Allah. Ulama mengatakan; "Kenal diri rata-rata". Apakah sikapnya kita ini baru mencedok sedikit sahaja ilmu syariat kemudian ingin keluar kepada masyarakat mengatakan ini tak boleh itu tak boleh tanpa hak? Mufti Negeri Sembilan mengingatkan jangan ambil ringan perkara tauliah dalam menyampaikan. Apakah sikapnya kita ini baru menuntut ilmu tanpa disiplin berguru lalu ingin keluar kepada masyarakat mengatakan ini bid'ah itu bid'ah?
Kasihan umat Islam. Sejak kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah (kejadian 3 Mac), lambang perpaduan umat Islam iaitu sistem khalifah, perpaduan orang-orang Islam semakin rosak. Itu sudah berapa kurun yang lalu. Kini umat Islam berterabur dalam kesepakatan dengan ustaz pilihan masing-masing. Bila Islam hendak menyatu kembali, ada pula fahaman yang entah dari mana datangnya menjadikan isu-isu kecil dan khilaf sebagai pokok akidah lalu menjadi mereka puak yang mengkafirkan sebahagian umat Islam yang lain.
Sejak penghijrahan Nabi Muhammad, perkembangan agama Islam yang berusia 1437 tahun telah dibantutkan oleh satu aliran pemikiran orang Islam sendiri, yang bersifat jumud, rigid dan ekstrim. Mereka sangat cenderung mewujudkan perbalahan diantara umat Islam sendiri dengan memperalatkan alQuran dan Hadith. Kias dan Ijma' ulama mereka berani pertikaikan. Dengan beraninya aliran pemikiran ini mengajar pengikutnya untuk memberi hukum kepada ulama'-ulama' dahulu dengan alasan 'Mereka juga manusia tidak terlepas dari kesilapan'. Tiada adab terhadap orang yang berilmu. Itu adalah perkara yang lebih menyakitkan.
Tunggu nanti mereka (orang-orang Islam yang menganut pemikiran ini dan tidak bertauliah) mencari rujukkan ijma' ulama, copy dan paste hanya untuk menunjukkan sebahagian umat Islam yang lain adalah dalam kesesatan dan menghendakki pemikiran mereka sahaja diikuti. Tunggu nanti mereka (pemilik aliran pemikiran ini) akan menafikan mereka jumud dan keras dengan mewujudkan satu bukti sebagai sandaran atau backup atau bayangan terhadap pemikiran sebenar mereka. Taqiyyah mereka yang menyesatkan. Tunggulah nanti kita lihat mereka berkata bahawa mereka tidak mengikut mana-mana mazhab, hanya mengambil mana yang difikirkan sesuai dengan mereka menurut aqal mereka. Tunggulah mereka kata kepada umat Islam lainnya supaya berlapang dada untuk menerima pandangan mereka sedang mereka menyekat pandangan umat Islam yang lainnya. Tunggu nanti mereka akan kata jangan buat tahlil, itu bid'ah dan Nabi tak pernah buat tetapi bila mereka berbuat sesuatu yang Nabi tak buat, mereka akan bidas dengan hukum aqal. Ya. Hukum aqal dan logik adalah landasan mereka dalam memahami agama. Hanya kerana mereka tak pernah jumpa, mereka berkata itu tak boleh. Mereka cenderung untuk memperolok-olokkan ilmuan agama Islam yang memiliki ilmu yang lebih dari mereka. Inilah golongan yang menganuti pemikiran ini. Malangnya, yang mengetuai pemikiran ini adalah orang yang memiliki ilmu agama di peringkat tertinggi kononnya. Nyatanya, ilmunya itu hanya diperolehi dari sistem penskemaan pendidikan sekular.
Ingatlah iktibar dari kisah Nabi Musa a.s. dengan Nabi Khidir a.s. dalam surah al Kahfi. Bukankah kita diminta untuk membacanya terutama dalam masa akhir zaman ini? Guru berpesan; "Kalau tak pernah jumpa jangan kata tak ada".
Jadi dengan itu, berhenti bicara agama dikhalayak umum tanpa kamu mengerti keseluruhannya. Berhenti memperolokkan golongan alim dan ulama yang tahkik dalam ilmu agama sesuka hati. Berhentilah menyebar pemikiran yang merosakkan ini. Ilmu yang kamu perolehi itu hanya untuk kamu bukan untuk orang lain. Sebarkan kebaikkan (perbuatan) bukan ilmu yang tak matang. Hentikan perbuatan khianat yang memecahbelahkan. Berhenti melakukan perbuatan yang bersabit dengan sifat gunting dalam lipatan, api dalam sekam dalam umat Islam.
Ilmu kalau bertalaqqi pun belum tentu boleh disampaikan kepada isi masyarakat sesukahati (terutamanya bab yang bersabit kepada keharmonian masyarakat Islam) inikan pula ilmu yang setakat diperolahi dari penceramah bebas, internet, youtube (yang dikatakan kononnya sangat sourceful itu). Tak salah hendak mempelajari Islam hanya dengan ceramah-ceramah, internet dan tidak bertalaqqi. Zaman ini manusia sangat terhad dari segi masa ruang dan peluang untuk itu. Tetapi menjadi salahnya tidak tahu had limitasi Ilmu yang diperolehi sedemikian rupanya. Dan hukum alam memang menyatakan belajar jika tiada bimbingan guru sangat cenderung untuk sesat, terutamanya zaman yang penuh fitnah ini.
Ilmu itu sifatnya didatangi. Fahami konteks keseluruhan tulisan ini.
Hendakkan ilmu perkara kalam,
Hingga terlupa diri sendiri;
Apa dah jadi dengan umat Islam,
Mengkufur sesama sendiri sudah sebati.
Tengok dengan mata tak boleh percaya,
Dengar dengan telinga pun sama juga,
Hendaklah fikir luas dan sedalamnya,
Hendaklah bersihkan hatinya pula.
Hari-hari memakan jamu,
Direndam air barulah dimakan,
Hendaklah tahu apa itu ilmu,
Ilmu itu adalah kebenaran.
Kalau kata kita tak tahu,
Jangan kita memandai-mandai,
Kalau kita malas baca buku,
Banyak tanya tak boleh pakai.
Banyak tanya fikiran tak menentu,
Banyak pertikai lagi merugikan,
Kalau kita malas baca buku,
Ikutlah saja orang tolong bacakan.
Baling ke atas kena kepalamu,
Sebab itu memberi biarlah ke bawah,
Hendaklah tahu usul dan dudukmu,
Kalau kaduk jangan menjadi sirih.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan kita makan,
Suruh mengaji kita tak mahu.
***
Banyak bintang perkara bintang,
Bintang terang yang mana satu,
Banyak alim orang yang alim,
Hendak bertanya yang mana satu?
Tengok bintang di tanah wakaf,
Jangan salah mengguna teropong,
Tanyakan soalan kepada yang arif,
Hendaklah tanya arif dalam bidang.
Kalau belayar melihat bintang,
Hendak dilihat yang mana satu,
Kalau rujuk tak mahu pening,
Hendak merujuk pakai yang mana satu?
Sejarah Nabi banyak tak tahu,
Sebab saya malas baca buku,
Kalau sudah ada guru,
Ikutlah saja janganlah buntu.
Kalau hendak membaca buku,
Hendaklah mula muka satu,
Kalau benar hendak menuntut ilmu,
Taatlah kepada pimpinan guru.
Sudah mengaji membaca kitab,
Jangan pandai memandai-mandai,
Sudah pandai berdiri tegak,
Jangan lupa langit yang tinggi.
Pisang emas di atas peti,
Dibawa berlayar ke laut Sulawesi,
Perkara lupa diri selalu terjadi,
Hendaklah kita berhati-hati.
Tanam emas dalam dalam,
Supaya tidak dijumpa orang,
Baik kita jangan dipandang,
Buruk orang jangan dikenang.
Anak teruna menjaga sempadan,
Menjaga rata segala ceruk negeri,
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.
Suruhan Tuhan mengikat silaturrahim,
Ada tertulis dalam alQuran juga,
Macamana katanya mengaji ilmu Islam,
Lidahnya bercabang memecah belah pula.
Hendaklah benar bila berkata,
Kalau membenar biarlah yang sebenar,
Bukan sangkaan dan mereka-reka,
Kalau tak tahu diamkan sahaja.
Macamana kalau hendak menyampai,
Tidak mengenal yang mana menyampai-nyampai,
Sebelum itu hendaklah sampai,
Supaya cakap tidak memandai-mandai.
Berburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
****
Hingga terlupa diri sendiri;
Apa dah jadi dengan umat Islam,
Mengkufur sesama sendiri sudah sebati.
Tengok dengan mata tak boleh percaya,
Dengar dengan telinga pun sama juga,
Hendaklah fikir luas dan sedalamnya,
Hendaklah bersihkan hatinya pula.
Hari-hari memakan jamu,
Direndam air barulah dimakan,
Hendaklah tahu apa itu ilmu,
Ilmu itu adalah kebenaran.
Kalau kata kita tak tahu,
Jangan kita memandai-mandai,
Kalau kita malas baca buku,
Banyak tanya tak boleh pakai.
Banyak tanya fikiran tak menentu,
Banyak pertikai lagi merugikan,
Kalau kita malas baca buku,
Ikutlah saja orang tolong bacakan.
Baling ke atas kena kepalamu,
Sebab itu memberi biarlah ke bawah,
Hendaklah tahu usul dan dudukmu,
Kalau kaduk jangan menjadi sirih.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan kita makan,
Suruh mengaji kita tak mahu.
***
Banyak bintang perkara bintang,
Bintang terang yang mana satu,
Banyak alim orang yang alim,
Hendak bertanya yang mana satu?
Tengok bintang di tanah wakaf,
Jangan salah mengguna teropong,
Tanyakan soalan kepada yang arif,
Hendaklah tanya arif dalam bidang.
Kalau belayar melihat bintang,
Hendak dilihat yang mana satu,
Kalau rujuk tak mahu pening,
Hendak merujuk pakai yang mana satu?
Sejarah Nabi banyak tak tahu,
Sebab saya malas baca buku,
Kalau sudah ada guru,
Ikutlah saja janganlah buntu.
Kalau hendak membaca buku,
Hendaklah mula muka satu,
Kalau benar hendak menuntut ilmu,
Taatlah kepada pimpinan guru.
Sudah mengaji membaca kitab,
Jangan pandai memandai-mandai,
Sudah pandai berdiri tegak,
Jangan lupa langit yang tinggi.
Pisang emas di atas peti,
Dibawa berlayar ke laut Sulawesi,
Perkara lupa diri selalu terjadi,
Hendaklah kita berhati-hati.
Tanam emas dalam dalam,
Supaya tidak dijumpa orang,
Baik kita jangan dipandang,
Buruk orang jangan dikenang.
Anak teruna menjaga sempadan,
Menjaga rata segala ceruk negeri,
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.
Suruhan Tuhan mengikat silaturrahim,
Ada tertulis dalam alQuran juga,
Macamana katanya mengaji ilmu Islam,
Lidahnya bercabang memecah belah pula.
Hendaklah benar bila berkata,
Kalau membenar biarlah yang sebenar,
Bukan sangkaan dan mereka-reka,
Kalau tak tahu diamkan sahaja.
Macamana kalau hendak menyampai,
Tidak mengenal yang mana menyampai-nyampai,
Sebelum itu hendaklah sampai,
Supaya cakap tidak memandai-mandai.
Berburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
****
Pilihan itu kita yang buat,
Dipandu oleh nafsu atau aqal fikiran,
Kepada Allah kita mohon petunjuk,
Sudah dibaca dalam sembahyang.
Dipandu oleh nafsu atau aqal fikiran,
Kepada Allah kita mohon petunjuk,
Sudah dibaca dalam sembahyang.
No comments:
Post a Comment