Saturday, March 14, 2015

Memasyarakatkan Pendidikan




Hasil dari beberapa pembacaan;

Antara aktiviti yang dikira sebagai memasyarakatkan pendidikan adalah seperti
Hari Terbuka Sekolah, Hari Bersama Pelanggan, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Sukan Sekolah, Program Khidmat Masyarakat dan sebagainya. Ia adalah program yang bersifat penyampaian maklumat mengenai pendidikan agar maklumat pendidikan dapat disebar secara meluas, cekap dan lengkap.

"Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, suasana pembelajaran pada masa ini telah berubah dan penilaian pelajar tidak lagi bergantung kepada pencapaian mereka dalam peperiksaan bertulis semata-mata.
Malah, katanya, amalan dan akhlak peribadi perlu juga menjadi ukuran untuk menilai sejauh mana keberkesanan pembelajaran yang mereka terima."
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm


“Menyedari pentingnya usaha untuk melebarkan akses pendidikan, falsafah pendekmokrasian pendidikan tinggi diperkenalkan agar semua lapisan masyarakat agar lebih ramai orang mendapat peluang dalam pendidikan tinggi yang berkualiti,” kata Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim semasa menyampaikan syarahan bertajuk “Universiti Memasyarakatkan Pendidikan” dalam Program Profesor Bersama Masyarakat di Hotel Zenith Kuantan baru-baru ini.


"Memasyarakatkan PPP bermakna sanggup menerima perubahan walau pun kadang kala kelihatan seperti tidak menguntungkan kita." - Che' Yahya Che'Soh (Pengetua SMKSB@STAR) Sabtu 7 September,2013.



================

Setakat ini, kebanyakkan individu rasmi dalam industri pendidikan negara menyifatkan memasyarakatkan pendidikan itu bersifat mendekatkan masyarakat yang anggap sebagai 'pelanggan' dan pastinya anak-anak yang dididik sebgai 'produk keluaran' yang menghampiri sebagai 'benda metarial' yang statik.

Pendidikan alternatif.

Kini kita telah lihat pelbagai pendekatan pendidikan alternatif yang diusahakan oleh organisasi lain yang tidak mahu terlibat dalam proses pendidikan kerajaan kerana melihat kepada kegagalan 'produk' yang dihasilkan atas kaedah-kaedah dan pendekatan yang semakin hilang arah.

Nampaknya pendidikan silat masih jauh untuk masyarakat melihat signifikannya. Tapi saya berpendapat pendidikan silat ini mempunyai peranan penting dalam 'memasyarakatkan pendidikan' ini.

Saya akan cuba kupas dan teliti perkara-perkara yang bersabit di masa akan datang.


No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...