Adalah sebaiknya kita menerima setiapnya itu dan letak ditempat sesuainya. Oleh itu terimalah semuanya dan letak ditempatnya. Cuma meletakkannya itu tak semudah meletak gelas di atas meja, menyusun buku di rak, menuang air ke dalam cawan. Ini lebih rumit.
Oleh itu ramai yang menolak salah satu ciptaanNya itu bertindak meninggalkannya terus dari mengambil dan meletakkannya di tempat patutnya. Itu sangat sukar.
Itu pun tidak mengapa. Kerana untuk menerima semuanya tidak akan tertanggung kerana manusia itu hanya manusia. Walaubagaimanapun, bagi tiap-tiap yang ada ditangan janganlah dibuang, kerana itu kurnia. Maka letakkanlah ditempatnya.
Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan
No comments:
Post a Comment