Wednesday, May 18, 2016

Sembang dengan pelajar semalam

Bila dah hujung waktu, sembang kosong memang dinanti-nantikan pelajar. Sambil itu aku menyuntik sedikit tentang prinsip-prinsip asas kehidupan sejahtera.

"Cikgu, mengapa sesetengah keluarga bermasalah?"

Soal seorang pelajar. Aku sedikit terkedu. Perasaan bercampur baur juga. Tetapi sebagai cikgu lelaki yang maco dan cool, aku cuba beri jawapan terbaik.

Di kawasan luar bandar ini, banyak keluarga yang tidak berapa berfungsi. Penceraian. Anak luar nikah. Malah terdapat beberapa orang pelajar diketahui memang anak luar nikah. Aku tak pasti samada mereka tahu ke tidak.

Ada pula yang ibu ayah bercerai. Ayah kemana tak tahu. Ibu kemana pun tak tahu. Nenek yang menjaganya. Entahlah.

Ada pula yang hidup seorang diri. Makan pakai semua diuruskan sendiri. Mak ayah tak tahu kemana selepas bercerai.

Apa hendak aku tanamkan kepada mereka ini?




Aku bercerita (mungkin membebel)..

Ada orang, dilahirkan kaya. Hidup mewah dan senang. "Makan mee 5 pinggan cigu" sampuk mereka. Adui, makan mee 5 pinggan pun sudah di anggap mewah.
Aku sambung lagi. Ada pula orang dilahirkan miskin. Hidup susah. Rumah sempit. Tetapi akhirnya kedua dua orang ini jadi penjenayah. Walaupun dilahirkan mewah atau miskin.

Kemudian, ada juga yang dilahirkan mewah dan senang. Juga ada yang dilahirkan susah. Berkeluarga miskin. Tetapi akhirnya kedua-duanya menjadi orang baik. Disenangi orang ramai. Suka membantu dan tolong menolong. Walaupun dilahirkan mewah atau miskin.

Aku bertanya kepada mereka, "Jadi apa yang penting dalam hidup ini?"
"Bersyukur" kata ku...

Janganlah mengejar A sahaja. Tetapi kejarlah kefahaman. Apa bila kamu faham, kamu tak perlu mencari A, tetapi A akan mencari kamu.

Sekadar itu sahaja sempat aku ulas untuk mereka. Masuk atau tidak aku doa cerita itu menjadi catatan hidup mereka.

Kita lahir bagaimana, itu takdir. Bukan salah kita. Kita harus bersyukur.
Tetapi bagaimana kita mati kelak, itu salah kita.

2 comments:

cekkeya said...

Lama xsinggah sini...! Harap sehat-sehat selalu Cikgu! Eh. Selamat Hari Guruuuu!

Moga terus mencurahkan bakti dan ilmu dan moga tugas amanah mendidik menjadi asbab penyebab ke syurga! ;)

m taufiq a aziz said...

Terima kaseh atas doanya. Kita pun semua cikgu. Cuma mengajar secara langsung atau tidak langsung. Secara formal atau tidak formal.

:-)

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...