Saya kira ramai manusia akan melewati saat ini. Mungkin kerana tidak memahami perdu permasalahan menyebabkan karyawan barat beranggapan, tiada jawapan untuk itu.
Everybody has its breaking point. Mungkin kerana itu Superman mengungkapkan "No one stays good in this world" dalam filem Superman V Batman. Juga Batman mengungkapkan "You either die a hero, or you live long enough to see yourself become the villain." dalam filem The Dark Knight, satu idea yang diambil dari Harvey Dent.
Saya terfikir, kenapa la filem Melayu tak buat filem-filem sebegini.
Rupa-rupanya lagenda genius filem Melayu sudah pun buat plot filem sebegini. Tonton filem P Ramlee - Sumpahan Orang Minyak.
Seorang yang hina. Rupa hina miskin. Tetapi baik budi. Namun diberi peluang untuk merasai sedikit nikmat dunia, ia berubah. Oleh itu nikmatnya ditarik semula.
Ia tidak habis disitu. Oleh kerana tersangkut hatinya dengan nikmat yang telah ditarik balik itu, dia terperangkap dengan perjanjian syaitan. Satu tipu daya.
Akhirnya ia pun kecundang dengan keadaan yang tidak baik. Walaupun asalnya beliau seorang yang baik.
Demikian juga satu kisah tentang dua adik beradik. Abangnya adalah ahli ibadah sedang adiknya seorang ahli maksiat. Si abang beribadah siang dan malam selama bertahun-tahun. Si adik bermaksiat tanpa rasa canggung selama bertahu-tahun.
Hingga suatu hari, terdetik dihati si abang "Aku ingin berseronok merasai dunia ini bersama adikku. Sedang aku duduk di rumah sahaj, adikku sendiri pula keluar bergembira. Apalah salahnya hanya satu hari sahaja aku merasainya. Kemudian aku akan kembali beribadah. Bertaubat kepadanya."
Dimasa yang sama, terdetik dihati si adik "Aku rasa ingin duduk mengadap Tuhan bersama abangku. Aku telah puas merasai semua maksiat ini semua. Aku harus kembali kepada Tuhan"
Dalam perjalanan mereka menuju destinasi masing-masing mereka terserempak di muka pintu rumah. Abang sedang ingin meneruni tangga. Tanpa disangka-sangka ia tersadung lalu terjatuh hingga menghempap adiknya dibawah. Lalu kedua-duanya mati.
Apakah pengakhiran mereka?
Inilah kisah dramatik dalam hidup manusia yang sering berlaku. Dan kita tertanya-tanya, bagaimana pula diri kita?
tonton filem Sumpah Orang Minyak
No comments:
Post a Comment