Wednesday, March 1, 2017

Ibu dan Ayah

Jasad ini..
Datang dari mereka.
Darah ini..
Mengalir dari mereka.
Jantung ini..
Berdegup dari mereka.



Hari lahir ini.
Syukur ke atas kurniaan Mu.
Terima kasih kepada ibu yang mengandungkan.
Membawaku ke sana ke mari.
Mempertaruh nyawa untuk melahirkan.
Terima kasih kepada bapa yang mendewasakan.
Membina keluarga ini.
Dari cinta yang tak terlihat dengan mata.

Membesar bersama adik beradik yang lain.
Dua kakak dan seorang adik.
Dari mereka jua aku belajar.

Hari ini.
Aku di sini.
Masih bernafas.
Hidup dengan jasad hak ibu bapa.
dan Roh dari Mu.

Aku tiada apa.
Hanya ruang hidup.
Yang sedang dirasai.
Yang sedang dijalani.
Melalui puing-puing kesilapan diri.

Semoga aku di ampunkan oleh mereka yang pernah aku aniaya.
Sedar atau tidak.

Semoga aku di maafkan oleh mereka
Sepanjang perjalanan ini.

Tiada daya dan upaya.
Aku dalam hidup ini.
Hanya kerana belas kasihMu.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...