Thursday, July 30, 2026

Demensi ke 4

Kebenaran itu tak duduk dalam dunia 3 Demensi. Dia duduk dalam dimensi yang lebih tinggi. Ke 4 ke, ke 5 ke, tu tak tau.

Tetapi keberadaannya dapat difahami dan dirasai oleh makluk yang duduk dalam ruang 3 dimensi. Ia boleh dicapai. Tapi sukar di capai.

Sukar. Kerana makluk 3 dimensi tertakluk kepada hukum adatnya. Hukum komunikasinya. Apabila hendak diterjemah 4 dimensi ke dalam 3 dimensi ia selalu tak holistik. Hampir mustahil kecuali yang menekuninya.

Maka apabila makluk 3d nak bercakap tentang kebenaran tanpa melalui hukum hukum tertentu, maka kebenaran itu akan jatuh bias. Dan ia jadi sesat. Kerana kecenderungan bias makhluk 3d hendak kebenaran itu terbit dari hukumnya sendiri. 

Jadi hal-hal kebaikan pula adalah hukum adat. Baik buruk ini semua. Kebiasaannya makhluk 3d beranggapan kebenaran itu baik. Tapi baik itu subjektif kepada hukum adat makhluk. Sedangkan kebenaran itu malar. Tak akan tertampung kebenaran itu dalam satu justifikasi kebaikkan. Maka yang baik itu belum tentu benar.

Maka jadilah kaum Yahudi. Yang menunggu kebenaran. Tapi ia mesti datang dari kaumnya. Tetapi akhirnya kebenaran itu datang dari jalur yang lain.

Maka dengan itu, hal kebenaran itu malar. Cuma bila makhluk yang cuba menerangkannya, ia tertakluk kepada keadaan makhluk 3d itu dan tidak akan dapat difahami benar itu dengan hanya tertumpu kepada makhluk.

Sebab tu, aku kata tu, bukan dia yang hang nak dengar. Dia tak duduk pada peraturan hendak engkau yang mengharap aku cakap cara baik. Aku ni tetap boleh diganti. Tapi hal benar tu malar. Sama sahaja. Tak kisahlah siapa yang menyebutnya. Ia bukan milik makhluk.

Oklah. Kalau engkau boleh terima kebenaran itu apa bila aku digantikan, gua ok je. Tapi sejarah ada tercatat, ada jenis yang macamana pun kebenaran tu sampai, dia tetap tolak juga.. sebab apa tuan tuan? Tak ikut selera dia.

Faham ke? Kalau faham memang bodoh la..

Sebab yang dok terangkan ni, dok tulis ni pun makhluk dalam ruang 3D. Pun tertakluk samada ass hole ke pundek.

"Huruf adalah sebuah rumus yang pada mulanya tidak memiliki erti apa-apa. Kemudian disusun menjadi sebuah kata dan dari susunan kata menjadi sebuah kalimat dan dari kalimat terkandung sebuah pengertian, dan pengertian itu bukanlah sebuah kalimat." 

Ah. Tapi kalau makhluk yang mendengar itu, dengar dan lihat perkara bukan dengar dan lihat pem-pekara, gua rasa, he will do fine. With or without me.

Sekarang, gua risau gua je ni.

No comments:

Demensi ke 4

Kebenaran itu tak duduk dalam dunia 3 Demensi. Dia duduk dalam dimensi yang lebih tinggi. Ke 4 ke, ke 5 ke, tu tak tau. Tetapi keberadaannya...