Wednesday, September 11, 2013

claimed term

"Sebagai perumpamaan mudah, perkataan kereta adalah merujuk kepada kenderaan bermotor. Oleh itu, tiada makna bagi orang yang menggunakan perkataan kereta untuk merujuk kepada alat menjahit pakaian. Sekiranya ia masih menggunakan kereta tetapi merujuk kepada alat yang salah, ini bermakna penggunaan perkataan itu adalah sia-sia dan tidak bermakna."


Saturday, August 31, 2013

merdeka

Dato Onn Jaafar:
Perjuangan baginya mestilah mengikut landasan undang-undang.
Dalam ucapannya di Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Kelab Seremban, 1-2 Mac 1947, beliau membangkitkan isu ini:

Kepada pemuda-pemuda Melayu, terutama sekaliannya saya suka mengadapkan percakapan bahawa masa ini kita selalu mendengar perkataaan MERDEKA – mengajak kepada pemuda-pemuda itu bermandi darah dan mengorbankan jiwanya.

Apakah gunanya 10 orang pemuda terbaring di dalam tanah?

Bukankah baik seorang pemuda berdiri dengan sihat bersedia bekerja bukan kerana faedah dirinya sendiri melainkan kerana bangsa dan tanah airnya?

Ini bukan masanya bersorak-sorak tatkala Melayu dihimpit oleh segala bangsa di negerinya.

Ini bukan masanya berkorban.

Orang Melayu tua atau muda ialah hak bangsanya hari ini.

Kehendak bangsanya bukan berkehendakkan pemuda-pemudanya yang tiada bernyawa tetapi yang ada bernyawa.

(Mohamed Abid, 2003;119-20)

Thursday, July 25, 2013

Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Tuesday, July 9, 2013

Tuesday, May 28, 2013

Akhirnya

Selesai satu perlaksanaan keputusan yang kritis terhadap permasalahan mengawal kayu yang mengeleding dan bending.

Sunday, May 12, 2013

Portable Document Format

Mungkin tak ramai pentingkan dokumen pdf ni. Walau bagaimanapun ia sangat memudahkan. Ingin baca salah satu review yang mudah, boleh baca kat blog kakak it sorang ni kat sini.

Cuma bagi yang mempunyai kelebihan internet yang 24/7 & laju, tak perlu nak instal-instal. Boleh je cari online apps untuk convert word kepada pdf.

Salah satu aku cadangkan ni -;
  • http://www.pdfonline.com/convert-pdf/
dan
  • http://www.freepdfconvert.com/

upload sahaja file dan tunggu kejap untuk download.

Wednesday, May 1, 2013

out of box and in the box

Pemikiran dengan pandangan yang berbeza perspektif kebiasaan, dapat memberikan sesuatu yang apa sebenarnya? Kemudiannya mendapat pula daripadanya itu melihat 'penuh' (keseluruhan) pada perkara tersebut. Apakah dapat dicatit cerita 'rasa' itu dengan susunan perkataan atau sebutan kalam lidah manusiawi? Kemudian, dapatkah pula ia disampaikan kepada yang lain dengan kehendak diri sendiri? Macamanapun, ia dapat memenuhi sifat azali manusia yang ingin tahu. Iaitu ilmu dan cabang-cabang rantingnya. Dengan bentuk pemikiran yang dimodelkan dengan pelbagai tafsiran dan label, maka dapat memenuhi kehendak nurani manusia yang ingin tahu.

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...