Sunday, April 4, 2010

bersyair

#6
Seketika kemudian, ranting tempat injak si pipit pun patahlah. Jatuh tersembam ia ke bumi. Tiadalah ia larat untuk terbang kerana kepaknya sudah krem.

Si pipit terasa sangat bingung. Kerana tongkatnya pun perlahan lahan ghaib saat dan ketika itu. Maka sedih menyelubungi seketika kerana kehilangan tongkat yang sekian lama membantu menapung bebanannya.

Tiba tiba bergemalah telinganya terdengar kalam serentak terpancar cahaya putih kekuningan megah disegenap ruang. Katanya "Berusaha bersungguh sungguh. Jangan putus asa!" Itulah suara benar lagi mursyid.

Kemudiannya merangkaklah ia sambil menyanyikan syair syair penghibur jiwa seperti yang dinyanyikan oleh gergasi merah yang telah mengambil melodi itu dari kutub utara. Bernyanyilah juga si pipit mengikut rentak gergasi merah.

Kemudian, dia berpantun pantun pula..

Manakan ranting menjadi kecewanya.
Rapuh patah terjatuh pula.
Janganlah sedih kerana jatuhnya.
Pangkal sudah berada di depan mata.

Katanya alah bisa tegal biasa.
Sekali angin bertiup tergamam pula.
Diam setempat kadang menjadi bisa.
Demikian bumi berputar pada paksinya.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...