Pada suatu hari bermasyhadatlah sekelian burung-burung di rimba membincangkan nasib dan keadaan mereka. Mereka merasa kecewa melihatkan kekacauan di masyarakat mergastua yang tidak mempunyai pemimpin. Walhal tiada suatu kaum pun yang di bawah langit yang teratur masyarakatnya kalau tidak mempunyai raja.
Maka dalam satu perhimpunan bersama rakyat, warga mergastua bermusyawarah tentang melantik ketua mereka. Akhirnya sekelian hadirin bersetuju memilih Sang Belatuk untuk menjadi imam mereka. Menurut sang-sang burung, Sang Belatuk dipilih kerana beliau mempunyai pengalaman yang paling luas di kalangan mereka. Ini kerana Sang Belatuk pernah berkhidmat dibawah kerajaan Nabi Sulaiman a.s. sebagai peninjau kerajaan Puteri Balqis; dan juga pernah bersama Nabi Nuh a.s. semasa ditugaskan untuk mencari daratan (kampong baru) selepas peristiwa banjir besar itu.
***
Si pipit benar benar bersemangat untuk bersama mengelola gotong royong membaiki turapan jalan raya yang sudah pecah pecah. Dengan sedikit pengalaman dan minat dalam bidang ‘jalan raya’, si pipit terus menerus membantu. Kalau ada cangkul, mencangkullah dia. Kalau ada air, membancuh airlah dia. Kalau ada mop, bermop lah dia. Kalau dahulu dia menurap dijalan yang salah. Kini dia amat lega, walaupun dia masih baru, tetapi kepak jiwanya seperti telah menjumpai sarangnya. Tidak perlu lagi dia melalui laluan pejuang pejuang manusiawi yang berliku liku itu.
Hingga pada suatu ketika, gerombolan new comers akan dipanggil untuk diberikan ujian bertulis. Maka dikumpulkan setiap yang ada dari yang ada. Bila dikira kira ada yang tidak hadir. Dengarnya begitu takut akan dia ujian tersebut.
Dengan bantuan dan sokongan rakan rakan mereka, mereka pun datanglah juga. Si pipit tiba tiba terpandang kepada seekor merpati yang kesedihan. Duduknya ditepi parit menunggu gilirannya untuk dipanggil. Si pipit pun menemaninya bersembang seketika mengembalikan semangat yang hilang.
Terdetik dari dalam dirinya setelah beberapa tahun daripada peristiwa itu. "emm... ada karan" bisik kalbunya perlahan.
No comments:
Post a Comment