Friday, April 30, 2010

tunduk

Berkata Sang Kenari; “Aku adalah Imamul Asyikin, imamnya seluruh orang yang rindu dendam. Segala hati ingin mendengar nyanyianku. Maka bagaimanakah aku akan sanggup berpisah dengan kembang-kembang mekarku?".

Berkata Sang Kakaktua; “Ambillah ikhtibar daripada nasibku. Seluruh insan terpedaya oleh warna bulu SIMURAQ itu, lalu badan diriku telah mereka kurung. Maka penuhlah hidupku dengan kerinduan, rawan dan kesedihan hati. Pada hal terbang dibawah kipasan sayap SIMURAQ itu saja pun, aku tidak sanggup".

Berkata Sang Merak; “Dulu aku hidup bersama Nabi Adam a.s. di dalam syurga, tetapi akhirnya aku pun sama terusir dari sana. Keinginan aku ialah untuk pulang ke asal tempat diamku itu. Kerana itu tidaklah ada keinginan aku hendak mengembara mencari Maharaja SIMURAQ".

Berkata pula Sang Itik; “Aku telah biasa hidup di dalam kesucian dan biasa berenang di dalam air. Tiada lain yang aku rindukan lagi. Aku tidak sanggup keluar dari dalam air dan tidak biasa hidup di tempat yang kering".

Berkata pula Sang Rajawali; “Aku sudah biasa hidup di pergunungan. Di sanalah duduk-ku. Bagaimana aku akan sanggup meninggalkan sejauh itu".

Berkata pula Sang Jelatek; “Aku hanya seekor burung yang kecil dan lemah. Bagaimana akan sanggup makhluk sekecil aku mengembara sejauh itu?".

Akhir sekali berkatalah pula Sang Helang; "Saudara-saudara sudah tahu bagaimana kedudukan aku disisi raja-raja. Maka tidaklah sanggup aku meninggalkan tempat semulia itu".

***

Wabak taun semakin menular. Walaumacamanapun, perasaan bimbang dan takut meresap kedalam dada dan jiwa Elly si pipit kerana mereka yang dilanda wabak tersebut tiadalah punyai tanda yang jelas.

“Tiadalah berbau besi bagi yang merapati penjual minyak wangi.”

Antara mereka itu ada yang mencari buah tembikai yang duduknya di atas tanah tetapi mereka mendapati hanya buah berangan di atas pokok. Hairanlah dirinya si pipit yang kedapatan perkara itu.Seram. Jadi, si pipit hanya tinggal satu harapan sahaja...

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...