Taqwacore is a subgenre of punk music dealing with Islam, its culture, and interpretation, originally conceived in Michael Muhammad Knight's 2003 novel, The Taqwacores. The name is a portmanteau of hardcore and the Arabic word Taqwa, which is usually translated as "piety" or the quality of being "God-fearing", and thus roughly denotes reverence and love of the divine. The scene is composed mainly of young Muslim artists living in the US and other Western countries, many of whom openly reject traditionalist interpretations of Islam, and thus live their own lifestyle within the religion or without.
read more at ; http://en.wikipedia.org/wiki/Taqwacore
CULTURE
Read Living the Punk Lifestyle in Jakarta at http://www.jeremywallach.com/wp-content/uploads/2008/09/Living%20the%20Punk%20Lifestyle%20i.pdf
Read story in Banda Aceh at http://dissidentvoice.org/2011/12/punk-is-not-a-crime-and-neither-is-islam/
Read Jakarta Punk Muslim scene report at http://komunitasdjuanda.wordpress.com/2010/04/16/punk-muslim/
KNOWN BAND: PUNK MUSLIM
Punk Muslim adalah satu dari sekian banyak band yang menyerukan perbaikan diri atas tirani kejahiliyahan.
reff;
http://www.reverbnation.com/punkmuslim
http://www.worldvideofans.com/en/video/1973543/BEBASKAN-PALESTINA-Punk-Muslim-Suara-Anak-Jalanan-Untuk-PALESTINA-
DOCUMENTARY FILM
Taqwacore: The Birth of Punk Islam (2009) a 80 min Documentary. Been released at Canada on 3 October 2009 in Vancouver International Film Festival, 16 October 2009 at Toronto, Netherlands on 19 November 2009 in IDFA Festival, at Sweden on January 2010 in Göteborg International Film Festival, at USA on April 2010 at Newport Beach International Film Festival, at Australia on 30 July 2010 in Melbourne International Film Festival and at Poland on 12 October 2010 in Warsaw Film Festival
reff;
http://muzlimbuzz.sg/review-taqwacore-the-birth-of-punk-islam/
http://www.imdb.com/title/tt1519402/
CATATAN GUA
Lama rasanya sudah tidak menjenguk langsung budaya anak remaja sekarang ini. Teringat zaman gua mencari identiti dahulu.
Setelah melibatkan diri dalam scene pendidikan, nak tak nak gua akan ter'reflash' balik zaman gua dan kawan-kawan baru nak up dan akan membandingkan keadaan sekarang ini. Kerana gua nak mengajar bebudak, gua kena faham pola atau trending culture bebudak ni.
Secara kasar, trending ada dua aliran. Aliran komersial dan undergrund. Di tempat gua sini, gua lihat agak (rasa aku tak ada) aliran underground. Mungkin disini kawasan kampung yang tersekat sedikit saluran media. Walaupun banyak bebudak yang mahir dengan alatan muzik, tetapi influence mereka banyak band commercial, lagu-lagu cinta dan paling tak bagus adalah k-pop. Even budak lelaki yang gua nak train main bass ni pun dok sumbat earphone dengan k-pop. What the fish. Gua rasa trending aliran komersial ni lagi mudarat berbanding aliran underground. Ok, itu review pendek sahaja.
Artikel ini gua tulis kerana semalam bebudak sekolah jupa cikgu muzik sekolah gua nak pinjam cajon dan tamborin. Katanya nak buat busking di bazar Ramadhan untuk kutipan dana Palestin bersama sorang ustazah sekolah rendah tempatan. Gua dengan member (cikgu muzik tu) teruja dengan semangat diorang. Jadi gua pun surf-surf la internet mencari lagu tambahan diorang bertemakan kemanusiaan dan Palestin. Sebenarnya gua dan member gua memang plan nak train bebudak ni satu dua lagu. Tapi, benda kita suruh ni kalau mengharap bebudak tu buat, letih. Kadang-kadang sakit hati je. Tapi ni diorang request, jadi kami pun ambil kesempatan la bagi suntikan sedikit bersama pesanan nada keras'MAIN MUZIK DENGAN DISIPLIN. JANGAN ABAI PELAJARAN, BUAT AKADEMIK SAMA SEMANGAT MACAM KAMU MAIN MUZIK'. At least gua tak nak bebudak ni main muzik macam gua dulu - selain gitar, semua gua ambil lewa. Gua tak expect diorang ni tip-top cemerlang, cuma cukup lepas tahap diorang ada ambil berat pasal pelajaran. Ok, cukup dulu cerita pasal bebudak tu. Nanti gua sambung lain.
Sambung cerita gua sedang surf-surf tu, gua terjumpa satu band nama PUNK MUSLIM. Gua curious dan start susah nak tidur. Googling. Kemudian gua jumpa filem dokumentari TAQWACORE. Pergh, demmit. Dan gua cari key word dengan sub-culture yang baru gua tau ni di muka google. So far, hasil yang gua dapat ada gua state di atas.
Sub-culture muzikal seperti metal (trash, black, death, heavy etc) aku banyak nampak perubahannya terutama dari segi content dan penghayatan mereka terutamanya local band Malaysia semenjak hal-hal Timur Tengah yang bergolah (Palestin, Gaza, Mesir, Libya). Antara yang gua boleh catatkan disini (sebab ni je yang gua tau) adalah seperti One Barchiel AsSahar yang mengorak langkah baru dalam mencorakkan isi muzik metal selepas bersama asSahar mencipta album Intifada, Bentara dari band Langsuyr juga dengan cara hidupnya berserta band-band projeknya, kewujudan band alFarabi, silKhannaz dengan album Berdiri Antara Panji-panji dan lain-lainnya. Scene muzikal metal memang gua into.
Selain itu, kita boleh lihat gelombang perubahan juga meresapi artis-artis komersial Malaysia. Ramai yang berhijrah. Tak kurang pula ditambah dengan penghijrahan rohani ditambah dengan unsur politik. This part, I rest my case.
Sub-culture PUNK yang gua ketahui adalah satu sub-culture 'cara hidup' dan dipromosikan dengan cara muzikal dan penampilan selain zine-zine yang radikal. Sub-culture ini adalah antara sub-culture yang gua minat satu masa dahulu (kira pukul rata sama dengan idealogi HC/Punk la kira..) kerana ideologinya yang radikal dan kritis dan merangsang aku berfikir pada peringkat awal remaja aku. Sebab tu pada aku antara trending komersial dengan underground bagus sikit underground (but at the end of debate, sama je) in term of faktor 'penggalakan berfikir dengan kritis', scene underground lebih menggalakan remaja berfikir dengan kritis.
Setelah gua jumpa (insya'allah) dengan hala tuju hidup gua, gua mula pelan-pelan tinggalkan scene underground. Hanya muzik-muziknya sahaja jadi hiburan persendirian gua. Tapi selepas malam tadi terjumpa 'Taqwacore' ni gua rasa kena juga ikut perkembangan trending remaja masa kini dengan lebih dekat - hanya pemantauan. Kerana, selain gua yang terlibat dengan pendidikan ni, gua juga jika di izinkanNya, gua akan jadi bapak. Dan gua tak tau apa pula trending anak-anak gua.
Berkenaan dengan 'Taqwacore', walaupun dengan tiket Islamik, gua rasa kena juga bersifat curious terlebih dahulu buat satu tempoh masa. Semenjak Rasulullah wafat hingga sekarang, banyak serangan saraf terhadap kefahaman Islam. Jadi, dalam tempoh 50 tahun lagi apakah Taqwacore ini akan menjadi satu aliran kefahaman baru pula? Apa pula pola pemikiran mereka? Walaupun permulaan ini Ahmad Zaki menggunakan kaedah yang bijak untuk meredakan masalah kefahaman Islam di Jakarta, adakah ia rasional disetiap zaman? Apakah komuniti ini ampuh dari serangan-serangan kefahaman serong Islamik? Selama mana? Apakah ada cara lain mendekati jiwa hati anak muda sekarang ini?
Saya menulis setakat yang saya tahu sahaja. Tidak perlu mengambil kata-kata saya sebagai pegangan. Teguran dan perbincangan dibuka. Mana yang mengenali saya boleh pm saya. Oleh kerana perkara ini baru, mungkin esok lusa saya mempunyai perspektif baru pula. Keep our sense open. World we see today isnt safe anymore.
Semoga kita di pelihara olehNya.
No comments:
Post a Comment