Mind is like a big complex coding. Sometime we can
see the algorithm by output pattern and guessing the code arrangement
(decision regulation
or likely to mind plotting). -me.
Semalam aku berbual dengan seorang brother. Asalnya melayan
movie "Son of God" dengan dia. Kemudian meleret-leret. Lama dah aku
tak pekena sembang ecrita kosong dan dalam macam tu. Tak ada apa pun, sembang-sembang
je. Aku cerita idea aku, yang aku perolehi dari sesuatu tempat. Dia cerita idea
dia yang setiapnya ada pangkal "pada pendapat aku".
Brother ni baik. banyak tolong aku tanpa komplen. setiap
kali makan pasti masakkan sekali untuk aku. Almarhum Ust Hj Hanafi pernah
pesan, anjing yang manusia bagi makan pun tau mengenang jasa, inikan manusia.
cuma terdapat beberapa perkara asas kefahaman yang amat aku tak bersetuju
dengan pandangan dia. kefahaman dia dengan aku sangat berbeza dan aku sorokkan
kerana aku tak nak ada perselisihan. beginilah hidup diperantauan. aku tak rugi
apa apa pun kalau di'kata' atau di'ulas' belakang-belakang oleh mereka-mereka
ni. bukan buruk sangka, sebab mereka kerap buat 'ulasan' pasal orang lain depan
aku. termasuk orang yang lebih jelas lebih tahkik dari pada diorang. kalau
masuk bab-bab tu aku buat muka 'berkecuali' je la sambil senyum kerang. baru
nampak bodo sikit. just saving the atmosphere. no offence. kalau aku kata
diorang tak betul, aku pun belum tentu lagi. huhu..
Hasil dapatan yang aku perolehi dari sesi itu untuk aku sendiri;
- *pemerhatian pada ayat "pada pendapat aku" itu menguatkan lagi bahawasanya, penstrukturan pemikiran memerlukan bimbingan orang yang tahkik akan hal itu.
- *dapat mengenal pasti satu line coding bernama "pada pendapat aku" jika diletakkan dalam 'kernel' pemikiran, berpotensi menjadi virus kerana sebarang iktikad yang diganerate padanya tiada asal-usul yang jelas. hanya mengenal pasti, belum ada pembuktian hands-on.
- *gua mendapat kesedaran yang baharu yang sebenarnya gua perasan yang gua paham sebelum ni, sebenarnya tidaklah faham pun. still in a journey. inilah part yang kita takut, jika kita tak sedar yang kita tak sedar. rasa betul dimasa kita salah. jadi aku berlepas dari segala sangkaan aku kepada orang lain dan lebih meneliti diri sendiri.
- *sesi perbincangan 'agama' tu sebenarnya tidak dalam kedudukan yang betul pun sebab tak ada asas ilmu. lebih kepada sangka menyangka. sembang kosong.
- *kebenaran yang hak itu bukan mudah nak dihadam jika 'coding' otak kita dibina tidak tersusun.
- *kebenaran total (absolute truth) itu juga bukan semua orang layak menyampaikan. guru yang mursyid lagi siddiq sahaja dapat membuka kejumudan pemikiran kita.
- *truth always bitter how much sweet we try to deliver. (aku memilih untuk tidak mempertahankan pendapat aku kerana bimbang mencetuskan permusuhan dan memutuskan silaturrahim. aku pastikan diri aku juga tidak akan berlaku khianat pada dia. sebab brother ni baik, banyak tolong aku - kes terhutang budi juga la ni). Sememangnya ada manusia itu memilih 'penipuan yang manis' dari 'kebenaran yang pahit'.
- *tabiat gua yang selalu berfikir sebelum tidur memburuk kerana terlalu aktif malam itu memikirkan berkenaan percanggahan kefahaman tersebut dan alhamdulillah akhirnya perang mata dimenangi oleh tidur yang entah pukul berapa. percanggahan itu juga dapat jua gua 'let it go' je la.
- gua catatkan seringkas-ringkas intipati cerita ini dalam otak aku supaya bila cuti nanti aku dapat minta pandangan dari orang yang lebih 'alim' berkenaan situasi ini.
---------------------------------------------------
"Jangan ambil ilmu (agama) sembarangan sahaja, tetapi
tengok-tengok sama siapa penyampainya baru dapat 'berkat' " - Dr Majid
Ismail, 2014.
------------------------------------------------------
Sebuah hadith sohih yang ertinya :
Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat
janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :"Wahai Rasulullah bersikap
takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap
pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),
Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai
Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."
Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata :
"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada
pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad)"
Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih
menunaikan solat".
Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat
dan lidahnya berkata seusatu yang tidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk
kepada orang munafiq)"
Baginda membalas : "Aku tidak diperintahkan untuk
meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut
mereka"
(Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )
--------------------------------------------------------
“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau
pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).”
(an-Nahl: 43)
Al-Hujuraat ,ayat 6 :“Wahai orang-orang yang beriman! Jika
datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah
(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
“Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat
kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang
yang dilaknati Allah dan ditulikanNya telinga mereka, dan dibutakanNya
penglihatan mereka.”
(QS Muhammad :22-23).
“mereka tuli, bisu dan buta (tidak dapat menerima
kebenaran), maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)”
(QS Al
BAqarah [2]:18)
“mereka tuli (tidak dapat menerima panggilan/seruan), bisu
dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti.
(QS Al Baqarah [2]:171)
“maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka
mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga
yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu
yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.”
(al Hajj 22 : 46)
“Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya
di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan
(yang benar).”
(QS Al Isra 17 : 72)
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka
bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain
hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta
(terhadap Allah)”
(QS Al An’aam [6]:116)
Firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12.“Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan
itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu
jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah
kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
“Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan)
namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(Q.S An-Nisaa’ : 1)
Al-Baqarah ayat 286; “Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
"Oleh kerana itu, maka serulah mereka dan tetaplah
engkau sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah kamu menurut hawa
nafsu mereka; Katakanlah: Aku beriman kepada Kitab yang Allah turunkan, dan aku
diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah Tuhan kami dan Tuhan
kamu. Bagi kami amal kami dan bagimu amalmu. Tidak ada pertengkaran antara kami
dengan kamu. Allah akan himpunkan kita bersama pada hari kiamat, dan
kepada-Nyalah tempat kembali semuanya".
Surah Asy-Syura (42) ayat 15
related
http://thethirdstonefromthesun.blogspot.com/2014/08/dapatkanlah-percakapan-dari-orang-yang.html#more
No comments:
Post a Comment