"Saudara, negara akan terus menghadapi ancaman dari masa kesemasa. Kedatangan ancaman yang lebih sosifikated akan lebih rumit untuk dikesan jika kita tidak menghayati sejarah"
"Umat Melayu hidup dikelilingi oleh merbahaya besar-besar di segenap tempat dan merbahaya yang dikatakan akan datang itu telahpun datang"
KIAS TERSIRAT DATO ONN JAAFAR
"you are nobody now (Dato Onn) and people do not want to be associated with you"
"He also very critical of the Alliance's policies and once referred to the Senate as Senget (Crooked)"
Mohamad Abid 2003
------------
Kiasnya yang tersirat menjelaskan apa yang telah tersurat.
Berikut adalah petikan ucapan-ucapan beliau dari tahun 1946-1951 yang dirasakan sesuai diambil perhatian oleh umat Melayu seluruhnya.
ucapan terpilih dato onn jaafar
Fasal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
(matlamat utamanya adalah supaya umat melayu bersatu-hati)
Perjanjian penuh kontrovesi
pada hakikatnya 'ikatan melayu bersatu' yang terlerai setelah peristiwa pembunuhan Duli Yang DiPertuan Siam-Kedah Sultan jaafar Mad Azam Syah 1876 oleh pengkhianat agama dengan bantuan Thai dan Inggeris telahpun secara tersirat disatukan kembali oleh Dato On dalam perjanjian ini
walaupun ada pihak daripada parti siasah yang lain tidak bersetuju dengan perjanjian itu tetapi Dato Onn memberi rasional tindakkannya seperti berikut (matlamat utamanya adalah untuk bersatu)
"Hakikatnya: [jika] Kita berkehendak supaya tanah air dan bangsa ini terselamat dan kuat, dan hanyalah boleh jika kita bersatu-padu"
"Marilah kita tunjukkan kepada dunia iaitu ROH dan SEMANGAT datuk nenek kita itu masih ada lagi dengan kita"
"Marilah kita tunjukkan iaitu kita masih boleh mengangkat kepala kita dan menatap dunia bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya..."
"Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati"
"JIKA DIHALUSI rang perjanjian yang telah sudah itu maka akan nampaklah dengan terang iaitu [ia] mendapat seberapa banyak faedah kepada pihak Melayu..."
[tidak seperti parti siasah yang satu lagi...]
"...bukannya menguatkan pendirian orang Melayu melainkan mencadangkan supaya hilang terus nama Melayu... ada pula pihak yang berhajat orang Melayu itu hendak dimasukkan jadi MALAYAN"
"Rakyat jelata Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini telah mengangkat dan meletakkan balik raja-raja itu keatas takhta kerajaan... Bagi membalas jasa pihak rakyat itu, pada masa yang akan datang hendaklah pihak raja-raja mengambil usaha, mengambil tahu hal rakyat"
Beliau mengulangi ingatannya yang telah disebutkannya beberapa kali iaitu
'Raja Itu Rakyat, Rakyat Itu Raja'
(nasihatnya kepada umat Melayu)
"...jemputlah menjalankan rundingan dengan keadaan berbaik-baik dan berikhlasan hati dan sekiranya hendak mendatangkan teguran maka biarlah teguran-teguran itu barang yang bernas dan memberi faedah"
Fasal Komunis menyerang Bukit Kepong
(Nasihatnya kepada Melayu jika berperang jangan sampai membunuh yang tidak berdosa)
Tidak Berhati Perut Kemanusian
[KOMUNIS]
24-25 Jan 1950
Bandar Maharani, Muar, Johor.
"Perkara yang berlaku itu sesuatu perbuatan yang amat bengis, tidak ada belas kasihan atas orang yang tidak berdosa kerana antara orang yang mati itu ialah dibakar hidup-hidup iaitu perempuan dan kanak-kanak"
"...perbuatan yang dilakukan di Bukit Kepong itu hanyalah datang dari manusia yang tidak beriman dan tidak berhati perut kemanusiaan"
"Syukurlah orang Melayu oleh kerana dengan sebab perbuatan itu maka pemuda-pemuda telah menunjukkan keberanian terhadap memelihara kampung halaman dan negeri"
"Tiap-tiap seorang [pejuang Islam] telah melawan dengan habis pelurunya dan telah mati; yang belum mati keluar membawa pedang menerkam kepada musuh"
[Walaupun begitu]
"Saya berpesan pada tiap-tiap orang Melayu... Jangan membuat apa-apa kepada orang yang barangkali disebelahkita, masa itu hendaklah dilakukan ke atas orang yang kejam itu"
Fasal Membuka Keahlian, Kemerdekaan Malaya dan Meletak Jawatan
"...saya bimbang percakapan saya ini akan dikelrukan apabila keluar daripada majlis ini."
"...iaitu supaya dibukakan pintu UMNO kepada lain-lain orang yang bukannya dari bangsa Melayu"
"...dengan syarat menerima tujuan-tujuan UMNO itu serta menerima undang-undang Tubunhnya..."
"Saya harap [SUARA MELAYU BERSATU} dapat menjadi suara penduduk Tanah Melayu"
[suara tunggal yang menuntut kemerdekaan]
"Saya telah berbelas-belas bulan lamanya meminta kepada ahli-ahli UMNO supaya mendedahkan pintunya sebelum pintunya itu ditutup oleh lain-lain orang..."
"Saya telah berasa dan masih lagi berasa iaitu sekatan itu ialah satu langkah yang kelak dibelakang hari akan mencacatkan pendirian UMNO sendiri..."
"Saya tahu, saya mengerti, iaitu apakala saya sebutkan dengan demikian itu, wakil-wakil sekalian tidak menerima fikiran saya itu."
"Tetapi biarlah kita memandang kepada keadaan yang ada di Tanah Melayu ini dengan menggunakan cermin yang boleh menampakkan barang yang benar ada..."
"...jangan semata-mata menghadapkan pendangannya itu kepada pandangan yang sempit semata-mata [narrow parochialism], iaitu hidup hanyalah di bawah di bawah tempurung sendiri"
"Oleh kerana saya mempunyai
beberapa peluang dapat melihat satu gerak langkah sesuatu perbuatan
atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini"
"...mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri..."
"PETA yang dinampak oleh
kebanyakkan orang Tanah Melayu ini, barangkali ada berlainan sedikit
atau sebanyaknya daripada PETA yang terbentang didepan mata saya
sendiri..."
"Malangnya mulut saya tertutup...
"tidak dapat menzahirkan kepada
umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa
menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggunggan saya itu..."
"malang saya berkata mulut saya ini tertutup.."
"Oleh kerana sekiranya dapat saya zahirkan [apa yang tersirat], saya percaya tiap-tiap orang akan bersama-sama saya berdiri menuntut kemerdekaan Malaya itu"
"inilah kalinya yang terakhir sekali saya bangun bercakap di hadapan wakil-wakil majlis ini sebagai Yang DiPertua UMNO...'
"Perkataan itu saya tidak mengubahnya"
"Dengan ucapan ini maka saya tamatkan pekerjaan saya..."
(26 Ogos 1951)
pesannya:
"umat Melayu jangan sembah sesiapa melainkan Tuhan"
lihat video
a tribute by the Malay Press 2009
No comments:
Post a Comment