Thursday, August 7, 2014

datang dan pergi

sebagaimana ia datang, demikian pula ia pulang. jika baik, baiklah ia. jika kiat, kiatlah ia. datang tak berjemput. pulang tak berhantar.

"sepanjang perjalanan ini, telah aku berselisih dengan pelbagai manusia. aku pasti dari akhlak burukku, setiap orang yang melintas ada juga yang membencinya dan ada antara kebencian itu ditempat yang benar. dan aku terlewat menyedarinya dan menghargainya kerana dia telah sampai di daerah yang di panggil masa lalu."

walaubagaimana pun kita menghuraikan apa-apa jua tentang kejadian itu, hakikatnya Dia jugalah yang mengaturnya, dan yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu adalah saya jua lah yang melakukannya.


"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku"

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...