Sunday, May 31, 2015

Konflik Identiti

Malam ni tinggal aku sorang sahaja di rumah sewa. House-mates semua dah pulang ke rumah masing-masing. Cuti 2 minggu. Esok dan lusa aku ada pekerjaan sedikit di sekolah sebelum pulang hari selepas lusa.

Kira-kira sudah 1 tahun setengah aku bekerja sebagai cikgu sekolah. Kerjaya yang tidak pernah timbul dalam tempoh aku belajar di sekolah rendah, sekolah menengah atau di kolej universiti. Hingga habis pengajian ijazah, cita-cita jiwa aku dalam karier masih tak tetap.

Dalam ekspedisi 'jalan-jalan cari kerja' aku, dapat pula aku jadi cikgu sekolah kontrak pada tahun 2010. Itu pun atas desakkan orang tua supaya pulang berkerja dekat dengan kampung halaman.

Aku malas nak tulis semua cerita aku. Pasal dah ngantuk. Tapi ada satu perkara yang buat aku nak menulis malam ni, aku teringat soalan cikgu Nasir pada tahun 2010 yang aku tak boleh nak jawab dengan puas-jiwa. Soalan itu berseloroh sahaja, tapi aku rasa soalan itu penting. Dan aku tak mahu jawab sembarangan. Bukan jawapan yang retorik yang aku mahu.

Meja aku bersebelahan dengan meja cikgu Nasir. Pada hari dia diberitahu dia akan menerima anugerah APC, aku mengucapkan tahniah kepada dia. Tapi dia menjawab dengan bersahaja dan nampak letih hari itu, mungkin kerana banyak kerja. Respon dia, "Hai la Taufik. Kenapalah engkau jadi cikgu. Kan banyak lagi kerja lain.."

Malam ni aku terngiang soalan itu. Kenapa aku buat apa yang aku buat sekarang ini?

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...