Monday, June 1, 2015

Selamat Hari Lahir En Abdul Aziz bin A Rahman


"Adik beradik jangan bergaduh"

"Kumpul harta"

"Abah tak ada harta, korang kena belajar pandai-pandai kumpul ilmu."

"Jangan jadi grantor orang"

"Kawan dengan orang masjid"

"Pakai baju kemas-kemas"

"Jangan kasi mak kau menangis"

itu adalah pesanan abah yang dapat gua ingat masa ni. Antara yang kerap dia ulang cakap pada gua.

Masa gua kecik gua suka isolated. Melebihkan kawan-kawan dari keluarga. Liar? Tak la liar mana. Cuma priority yang gua letak tu masa gua membesar macam tu. Sampai tahap mak gua menangis la jugak.

Semua yang gua buat dulu bertentangan dengan pesanan ayah gua. Akhirnya gua dapat rasional pesanan-pesanan ini dalam persatuan dengan jalan kasar. Padan muka gua. haha.. Tapi gua bersyukur.

Bapak gua tak la pandai dalam ertikata akademik. Mengaji pun tak pandai. Tapi universiti dia lebih besar dari Universiti Oxford dan Universiti Al Azhar. Universiti Alam. Bapak gua mana ada kerja tetap yang betul-betul. Tapi dia boleh belikan gua basikal racing masa kecik dulu. Tapi lepas bapak gua belikan, gua taknak sebab malu nak bawak sekolah. Unik sangat rasanya masa tu. Haha.. bongok. Kalau gua jadi bapak gua masa tu, gua lempang. Tapi bapak gua tak buat macam tu. Dia ada falsafah dia sendiri dalam mendidik anak-anak.

For next, gua akan jadi bapak juga nanti (entah bila). Jadi dengan ilmu yang gua perolehi (alhamdu lillah, doa bapak gua makbul untuk anak-anak dia walaupun dia tak pandai mengaji quran pun) gua kena mencantikkan falsafah bapak gua. Bukan sebab tak perfect, tapi peranan gua mengambangkan falsafah bapak gua dalam diri gua (orang lain gua tak tau)

Bapak gua menetapkan dalam hubungan adik beradik jangan bermusuh berpanjangan. Kalau kami gaduh besar (adik beradik), gua baru perasan bapak gua tak celah tengah-tengah dengan kasar. Dia diam-diam akan sedih. Gua dapati bapak gua bila sedih atau bengang akan keluar dari rumah gi lepak dengan kawan-kawan dia. Jadi, gua bila dah nak gaduh besar dengan adik beradik, gua akan keluar rumah juga macam bapak gua. Ala, gaduh besar adik beradik gua ni bukan pasal benda-benda pokok pun. Benda remeh-remeh je bila gua fikir balik. Alhamdu lillah, selaras dengan kematangan adik-beradik, kami dapat kawal perselisihan kami.

Bapak gua memang tak kaya. Tapi dia suka benda-benda yang elok dan baik. Suka beli jam mahal. Kasut yang berjenama. Kalau keluar mesti tuck-in. Yang mana bebudak muda rasa tak releven. Terutama kepada peminat metal-underground. Tapi sifat ni macam yang Almarhun Ust Hj Hanafi buat. Alhamdu lillah, gua dah suka dan berani pakai baju melayu lengkap. F**k Off to the old thought.

Megikut testimoni kawan-kawan lama bapak gua, bapak gua dulu bukan orang baik sangat. Kalau tanya bapak gua, kompom tak dapat cerita-cerita rare ni. Tapi ada satu cerita bapak gua pernah jadi tukang buang pistol bos dia punya kat sungai. Itu je la cerita gua dapat. Bapak gua serius tak pandai mengaji. Hahaha.. tapi dia hantar gua dengan mak gua mengaji dengan allahyarham Hj Lek Sharoni. Mak gua sampai dapat approval boleh mengajar mengaji. Pergh. Tapi bapak gua tak segan-segan kawan dengan orang-orang masjid. Yang peliknya, orang-orang masjid ni serious hormat gila kat bapak gua. Oleh kerana ada beberapa perangai orang masjid ni gua masih tak pandai blend-in, gua masih belum praktikkan amanat ni.

Kalau area Pontian, pergi mana-mana pun bapak gua akan ada orang tegur. Dari pangkat dato', majestret, YB, pegawai kerajaan, kerani kerajaan, budak kerja kat pam minyak biasanya akan tegur bapak gua. Oh ya, orang gila kat tepi jalan pun kenal bapak gua. Serius.

Bapak gua tak pandai bercerita 'bed time story' tak macam mak dengan arwah nyai (arwah nenek). Tapi mak gua pernah juga hasut kami adik beradik mintak abah cerita. Akhirnya bapak gua ceritakan satu kisah paling legend pada kami adik beradik. Kisahnya lebihkurang macam ni;

"Pada suatu hari, ada seorang pemuda berjalan di padang pasir. Di kehausan. Dia mencari-cari air untuk diminum. Tiba-tiba dia berjumpa air, dan akhirnya dia meminum air itu."

Itu sahaja cerita bapak gua. Yang gua rasa masa ni, ni bukan cerita sembaragan sampai ke tua gua masih ingat moment cerita ni yang menyebabkan kami adik beradik ketawa besar bila ingat kisah ini.

1 Jun adalah hari lahir bapak gua. Jadi gua mengucapkan selamat hari lahir kepada En Abdul Aziz bin A Rahman. Gua cemburu dengan kawan-kawan gua yang telah berkhidmat sehabis baik kepada bapak diorang samada dalam persatuan atau luar persatuan. I hope I have my chance to done it well.

I have one father, and it is you. I can never been clever so much above you.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...