Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
(Al-Furqaan 25:58)
(Al-Furqaan 25:58)
Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.
(Al-Furqaan 25:61)
(Al-Furqaan 25:61)
Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).
(Al-Furqaan 25:62)
(Al-Furqaan 25:62)
...dah kabor. Jangan over power nak chek dosa orang lain. Pikir sikit brader. Beringat sikit. Quran, sunnah, kias dan ijmak. Jangan main bantai aje semua bid'ah keji dan masuk neraka. Apa lu yang jaga register masuk neraka ke hapa?
Nak belajor agama tu ikutlah sistem sekolah agama yang original bukan ikut sistem sekular barat atau sistem sendiri cipta. Atau kurang-kurang pun, ikut disiplin (adab tradisi sahabat dan alim ulama) mendapatkan ilmu tu.
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
(Al-Furqaan 25:32)
(Al-Furqaan 25:32)
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
(Al-Furqaan 25:43)
(Al-Furqaan 25:43)
Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.
(Al-Furqaan 25:44)
(Al-Furqaan 25:44)
Katakanlah: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah".
(Al-Furqaan 25:57)
(Al-Furqaan 25:57)
Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
(Al-Furqaan 25:58)
(Al-Furqaan 25:58)
NOTA : Susunan tulisan aku ni BUKAN UNTUK RUJUKKAN. Sekadar catatan peribadi dan terserah kepada pembaca untuk memikirkan untuk diri masing-masing. Kau pilih jalan hidup mu.
- Musafir yang fakir -
No comments:
Post a Comment