Saturday, November 15, 2014

Mengenal Diri : Kejadian

Jadi, adakah benar kita benar-benar mengenal diri kita? Yang lebih mengenal diri kita melebihi kita sendiri adalah penciptanya.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Al-Mu'minuun 23:12-15)


Thursday, November 13, 2014

Budaya dan Signifikannya

"Para pendakwah dan mubaligh Islam boleh berceramah dan berkempen dengan berapi-api tetapi tanpa wadah atau wasilah, pelaksanaannya tidak akan berkesan. Hal ini demikian kerana kita perlu membudayakan syariat Islam ini agar ia boleh dilaksanakan secara berkumpulan atau berjemaah (beramai-ramai). Di sinilah peranan persatuan, pertubuhan atau jemaah diperlukan dalam menerapkan dan melaksanakan saranan para pendakwah."

"Pada zaman awal perkembangan Islam di Nusantara, para pendakwah yang memiliki pondok pengajian (pensantren) juga merupakan para pendekar agung yang menggunakan ilmu persilatan dalam berdakwah demi untuk menjaga diri dan agama dari serangan musuh musuh Islam (Hanafi, 1985; Abdul Halim, 1996; Abdul Majid, 2011). Berlandaskan fakta-fakta sejarah, pada zaman moden yang serba mencabar inilah kaedah penerapan dan pelaksanaan syariat Islam perlu dilaksanakan dengan lebih berhikmah dan bersistem terutama menerusi budaya persilatan."

"Metodologi ini perlu diteruskan kerana ramainya bilangan anak muda yang secara semula jadi memang meminati silat atau ilmu bela diri khusus untuk kecergasan fizikal mereka.
Sebenarnya, kepatuhan yang diterapkan secara halus menerusi pantang larang persilatan secara tidak langsung membawa mereka untuk melaksanakan hukum-hukum Islam ini. Oleh itu pernyataan yang mendakwa bahawa ahli silat hanya patuh pada peraturan Islam semata-mata untuk mendapatkan ilmu silat tidak benar dan meleset sama sekali, kerana cara, alat dan saluran berdakwah perlu pada kepelbagaian bukan menerusi satu cara yang telahpun begitu jumud dan mungkin tidak berupaya menjangkaui kumpulan sasaran."


Saturday, November 8, 2014

Wasilah

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah al-wasilah, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat kejayaan."
[Al-Maidah : 35]

Tajuk Khutbah Jumaat 7 Nov 2014 di Masjid Kampung Tanjung Berlipat, Niah;

BERTAQWA DENGAN CARA/WASILAH BERMUHASABAH DIRI.

Secara ringkasnya, mimbar mengingatkan jemaah yang hadir untuk melakukan muhasabah diri untuk memperbaiki diri.


Tuesday, November 4, 2014

Christiaan Snouck Hurgronje

http://prihatin.net.my/v3/wp-content/uploads/2013/08/snouck.jpg
(nak upload gambar, tapi line internet tak laju)

Bermula dari sebuah wallpaper, ia telah menarik minat aku untuk mengetahui siapakah dia Christian Snouck Hurgronje ni.

Wednesday, October 29, 2014

He did not hear what he wanted to hear

Why Did Anakin Skywalker Believe that Turning to the Dark Side of the Force?

Just as the question asks: Why did Anakin come to believe that Padmé could be saved if he embraced the Dark side of the Force? Padmé clearly didn't believe it. Why was Anakin so driven to save Padmé through the dark side?

Sunday, October 26, 2014

Seram

Murah dan mudahnya lidah mungkin kita boleh kata dimasa kini dengan bertapa murah dan mudahnya keyboard.

Friday, October 24, 2014

MERINDUI KAMPUNG HALAMAN



"(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."
Surah At-Taubah 9:20 

Ustazah Yang Tawwadu'

KISAH BENAR WANITA TARIM
YANG PERLU KITA BACA 1000 KALI

Ada Pernah Seorang Pelajar Yang Baru Datang Ke Dar Zahra', Ia Masih Belum Kenal Kesemua Ustazah2 Di Sana..
Sedang Dalam Sesuatu Majlis Pelajar Itu Datang Duduk Sebelah Seorang Ustazah Dan Menepuk Ustazah Dengan Kuat.. [Kurang Adab]
Katanya Dalam B.Arab Dengan Selamba:
"Heyy.. Enti Min Fein (Enti Dari Mana) ?"
Ustazah Itu Menjawab Dengan Lembut Sambil Tersenyum:
"Ana Min (Dari) Tarim.."
Tanya Nya Lagi:
"Ma Ismuki (Apa Namamu) ?"
Jawab Ustazah:
"Ismi (Namaku) 'Ammatillah Binti Abdullah.."
Pelajar Tu Berkata Lagi:
"Urid Ata'allam Tahaddus Bil Lughotul Arabiyah (Ana Nak Belajar Bercakap B.Arab)".. [Bangga..-_-]

=============

Pada Hari Lain…
Pelajar Baru Tu Terlihat Ustazah Itu Lagi, Dia Pun Memanggilnya Dengan Suara Yang Tinggi Sambil Melambai Tangannya:
"HAI 'Ammatillah.."
Nasib Baik Ada Seorang Pelajar Lama Yang Berada Di Sebelah Pelajar Tu Menegurnya:
"Ehh..! Enti Kenal Ke Siapa Tu?" #_#
Jawabnya Selamba: " Ammatillah Dari Tarim.."
"Dia Tu Mudirah Madrasah Ni.."
"Hah??! O.0 Alamak!! Allah..!! Malunya..Malu Malu.." >,<
Ustazah Itu Ada Bagitahu Seorang Ustazah Yang Lain:
"Ana Suka Budak Tu (Maksudnya Pelajar Baru Tadi..)"
Kerana Tawadhu'nya Seorang Guru
Sehinggakan Pelajar Baru Tidak Dapat
Membezakan Antara Guru Dan Anak Murid..


Thursday, October 23, 2014

Hati Di Tempatnya


5 ways adult children hurt their parents without realizing it
1. You don't call them much
2. You ask them for money
3. You forget their birthdays
4. You don't offer them your help
5. You don't include them in your family events

Wednesday, October 22, 2014

Perihal Nasihat

"Unsolicited advice atau nasihat yang tak diminta. Nasihat diberi biarlah kena pada tempat, masa dan orangnya. Nasihat setakat copy paste lebih banyak memberi keburukan dari kebaikan. Ia tidak mendatangkan kebajikan."
Azman Malik, 2014.

Apabila manusia sangat gemar menasihati orang lain lebih dari menasihati diri.

Apakah aturan, prinsip, dan iktikad dalam menasihati? Kita cari sama-sama.

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...