Thursday, February 19, 2015

Ibrah

Menurut penulis asal cerita ini yang memakai nick "Sarip Dol", ia bukan kisah benar, sekadar rekaan untuk menyampaikan maksud, iaitu fasa-fasa perjalanan dalam mengenal tuhan seperti yang telah dilalui oleh penulis. Penulisan ini bertujuan untuk menjadi inspirasi, panduan dan rujukan kepada salik-salik yang dalam perjalanan kembali kepada Allah.

Namun begitu pelajaran yang terkandung di dalamnya amat baik dan bermanfaat. Sama-sama kita muhasabah diri.

mulakan dgn mngenal diri sndiri dahulu sblum mula mngenal Allah..mulakan dgn blajar dan mmahami sifat 20 Allah serta pecahan sifat 20..cara blajar kna plahan2 kayuh tkut akal fikiran tidak bisa mghadam ilmu hakikat :) skadar pkongsian

kopipes jer bang..

Saturday, February 14, 2015

Poser

Orang yang mengamalkan sunnah nabi; berserban, berjubah, etc serta baru-baru hendak mendalami agama melalui internet serta copypaste DAN tidak mempunyai guru yang tetap DAN tidak TAAT kepada gurunya mempunyai ilmu tetapi tak tahu pakainya serta sangat cenderung mendokong sifat sombong.

Banyak dari mereka suka menghukum syurga neraka dan dosa pahala orang lain. Mempunyai kefahaman yang ekstrem tak tentuhala dan tak bertempat. Buat hukum ini halal ini haram, ini boleh ini tak boleh tak pasal. Islamik separuh separuh. Suka nasihat orang lain tanpa diminta. Rasa orang lain jahat. Bila bercakap hal ranting agama semangat tak pasal diumpamakan perkara pokok. 'Mengelak' diri dari kesalahan diri sendiri dengan mempositifkan kesalahannya sendiri. Kalau cerita hukum agama tak pernah firm, banyak pakai kut kut. Cerita bab AlQuran dan Hadith sahaja tapi qias dan ijmak ulama' tak reti. Bila masuk dalam sikit hal agama sentiasa cari jalan mudah. Terlalu banyak cerita bab kumpul pahala. Orang lain salah, dia ja betul. Banyak pakai pendapat sendiri sebab rasa ilmu agama ni fikiran tak perlu berguru TAPI tetap nak menyampai. Bila bertanya persoalan agama yang bercanggah dengan kefahamannya lebih kepada pertikai kerana tidak menepati kehendak sendiri sebab dia hendak jawapan yang dia hendak sahaja. Malas belajar. Nak faham cepat. Senang mengaku bodoh dengan lidah dari perbuatan (behavior). Cenderung kepada penampilan yang saaangat islamik. Kaki cakap belakang dan sembang lebat. Taktahu batas kelakuan, lidah dan fikiran hati.
Dan benda benda tu tersorok dengan penampilan yang nampak baik dan islamik.

Maaf. Mungkin tidak semua. Kita tahu siapa diri kita. Tuhan Maha Mengetahui. Gua bukan tulis untuk orang lain. Ni mark untuk gua.

Gong Xi Fat Chai

Tuesday, January 20, 2015

Falsafah Pendidikan Guru

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

- Falsafah Pendidikan Guru (Guru sebagai kerjaya)

Sunday, January 18, 2015

Social Engineering

Re-engineering. 

Penstrukturan semula masyarakat. Sejarah adalah komponen utama. Bagaimana hendak membinanya semula tanpa memahami bagaimaimana ia pernah dibentuk. The architecture.

Friday, January 16, 2015

Cermin

Di Balik Cermin Mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Friday, January 9, 2015

arif dalam bidang

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat

"Apa yang cuba kami sampaikan ialah, segelintir ustaz harus berhenti bercakap mengenai soal budaya, sejarah, dan antropologi melainkan mereka memang mengetahuinya. Banyak kali budaya dan adat bangsa kita menjadi mangsa mereka."

The Patriots


Monday, January 5, 2015

Selamat Bertugas Cikgu Cikgu

Dririwayatkan dari Abu Barzah ia berkata, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdabda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia namun melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin (الفتيلة) yang menerangi orang lain namun membakar dirinya.” (Riwayat al-Bazzar. Sahih Lighairi.)

Sunday, January 4, 2015

Mengenal Diri : Khianat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam Islam, khianat(Bahasa Arab: خيانة‎) adalah salah satu ciri kekafiran. Ia merupakan lawan amanah, suatu tuntutan Iman.

Friday, January 2, 2015

Yang Menurut Perintah / Yang Menjalankan Tugas

Hari ini akan diadakan mesyuarat wajib di tempat aku bekerja, iaitu Mesyuarat Awal Tahun.

Walaubagaimanapun, mesyuarat ditunda berikutan bencana alam yang sedang melanda Malaysia. Mengapalah masalah manusiawi pun orang berideologi polik hendak politikkan juga. Sebagai aspirasi hari-hari mendatang, aku titipkan penulisan dari seorang brother ni yang aku peroleh dari facebook sebagai ingatan buat aku.

Juga mengucapkan takziah buat keluarga guru yang telah menemui ajal mautnya semasa dalam bencana kali ini. Sesungguhnya sifat amanahmu disanjung tinggi dan memberi aspirasi. Aku entah bagaimana.

Sekian, terima kasih.

"YANG MENURUT PERINTAH"
atau
"YANG MENJALANKAN TUGAS"



Thursday, January 1, 2015

Tanda Diri

Aku tak tahu siapa penulis asal penulisan ini. Tetapi ia baik untuk suplimen aku.
Allahumafirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.

SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...