Thursday, January 1, 2015

Tanda Diri

Aku tak tahu siapa penulis asal penulisan ini. Tetapi ia baik untuk suplimen aku.
Allahumafirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.



BERIMAN DI MULUT, HATI BERLUMUT
BERIMAN DI LIDAH, HATI MENYALAH.

LIDAH BERCABANG, LANGKAH MENYILANG
CAKAP BERLECOH, PERANGAI TAK SENONOH.

TAMAK HARTA, MABUK DUNIA
LOBA PANGKAT, LUPA AKHIRAT
KEMARUK PUJI, LUPA DIRI.

KE TENGAH MEMFITNAH, KE TEPI MENDENGKI
KE LAUT MENGHASUT, KE DARAT MENGUMPAT
KE HULU MENIPU, KE HILIR MENYINDIR
KE ATAS MENGAMPU, KE BAWAH MELAPAH
KE GUNUNG MENYOMBONG, KE LURAH MENISTA.

BERKAWAN DENGAN SETAN, BERGURU PADA NAFSU
BERAJA PADA SELERA, BERSAHABAT PADA MAKSIAT.

BERLABUH PADA YANG TAK SENONOH
BERHENTI PADA YANG KEJI.

BERGANTUNG PADA YANG SERONG
BERPIJAK PADA YANG MEROSAK
BERSANDAR PADA YANG INGKAR
BERUMAH PADA YANG SALAH

ANIAYA KEPADA SAUDARA
KHIANAT KEPAAAAADA SAHABAT
IRI KE ANAK ISTERI
MUAK KE ORNG BANYAK
DERHAKA KE ORANG TUA
MENGHINA PADA YANG MUDA
MENCERCA SAMA SEBAYA

BEKERJA MALAS, MEMIMPIN CULAS
BERSUSAH MALU, BERPAHIT TAK MAU.

BERBUAL MENJUAL, MENOLONG SOMBONG
BERJALAN MELENDAN, BERDIRI MENGEJI
BERJANJI INGKAR, BERSUMPAH MUNGKAR.

DUDUK MENGUTUK, TEGAK MEMBENGAK
BERBUDI MENCACI, BERSEDEKAH MENCERCA.

BERTARING TENGKING-MENENGKING
BERKUKU SETERU-BERSETERU
BERPANGKAT UMPAT-MENGUMPAT
BERHARTA KATA=MENGATA
BERDUIT CUBIT-MENCUBIT.

DIBERI TUAH KERJA MENYALAH
DIBERI DAULAT LUPAKAN UMAT
DIBERI KUASA LUPAKAN BANGSA
DIBERI PETUAH LUPAKAN MARUAH
DIBERI INGAT UMPAT-MENGUMPAT
DIBERI PETUNJUK KUTUK-MENGUTUK
DIBERI BEBAN MENCARI YANG RINGAN
DIBERI TUGAS BERLAKU CULAS
DIBERI TANGGUNGJAWAB LAKU MENYELAP
DIBERI KERJA BERMANJA-MANJA
DIBERI BEKAL SESAL-MENYESAL.

MENDAPAT LABA BERTAMBAH LOBA
MENDAPAT REZEKI TAMBAH MENGIRI
MENDAPAT PANGKAT TAMBAH KHIANAT
MENDAPAT UNTUNG BERTAMBAH SOMBONG.

BILA TINGGI LUPAKAN DIRI
BILA RENDAH BERKELUH KESAH
BILA SENANG LUPAKAN ORANG
BILA KAYA MERAJALELA
BILA MISKIN TAKUT BERLENJIN
BILA SUSAH TAKUT BERLELAH.

BILA SESAK BERTAMBAH KEMAK
BILA SAKIT BERTAMBAH SEMPIT.

KETIKA SENANG TIDAK MEMANDANG
KETIKA SUSAH MENYEMBAH-NYEMBAH
KETIKA KAYA TAK INGAT SAUDARA
KETIKA MELARAT MENCARI KERABAT.

BERCAKAP MENGULUM LIDAH
BERJANJI TIDAK DIISI
BERPESAN TIDAK DITURUTKAN
MENJEMPUT TIDAK DIIKUT.

KERANA SERAKAH LUPAKAN TUAH
KERANA TAMAK LUPA IBU BAPA
KERANA LOBA LUPA SAUDARA
KERANA KEDEKUT LUPA PENGIKUT
KERANA BAKHIL LUPAKAN WAKIL
KERANA DUNIA LUPAKAN USIA
KERANA NAFSU LUPAKAN GURU
KERANA SELERA LUPAKAN AMANAH
KERANA PANGKAT LUPA SAHABAT.

MENGEJAR PANGKAT MAU MENJILAT
MENGEJAR HARTA MAU MELATA
MENGEJAR KEDUDUKAN MAU MELENDAN
MENGEJAR PENGARUH MAU BERGADUH
MENGEJAR DUNIA MAU MENGANIAYA.

KE ATAS MENGAMPU KE BAWAH MEMALU
KE ATAS MEMUJI KE BAWAH MENGEJI
KE ATAS MENJILAT KE BAWAH MENYEBAT
KE ATAS MENYANJUNG KE BAWAH MENYOMBONG
KE ATAS MENYEMBAH KE BAWAH MELAPAH
KE ATAS BERMANIS KE BAWAH MENENGKIS
KE ATAS BERELOK-ELOK , KE BAWAH HARUK-MENGARUK
KE ATAS BERBAIK-BAIK, KE BAWAH CEKIK-MENCEKIK
KE ATAS MEMBERI, KE BAWAH MENCURI
KE ATAS BERSEDAP-SEDAP, KE BAWAH SELAP-MEYELAP.

MENIMBANG TIDAK SEIMBANG
MEYUKAT TIDAK SESUKAT
MENGUKUR TIDAK SEUKUR
MENGHUKUM MEMILH KAUM
MEMAKAI TIDAK SESUAI
MENYURUH TIDAK SENONOH
MEMERINTAH TIDAK SEMENGGAH
MEMINTA DENGAN PAKSA
MENJEMPUT DENGAN BERSUNGUT
MENGANTAR DENGAN KASAR.

DALAM MUSYAWARAH BERBANTAH-BANTAH
DALAM BERUNDING TUDING-MENUDING
DALAM HELAT CACAT-MENCACAT.

SESAMA KELUARGA LAGA-MELAGA
SESAMA KAWAN MAKAN-MEMAKAN
SESAMA SAHABAT SEBAT-MENYEBAT
SESAMA BANGSA PAKSA-MEMAKSA.

SAMA SEDUSUN PULUN-MEMULUN
SAMA SEKAMPUNG HASUNG-MENGHASUNG
SAMA SEDESA CERCA-MENCERCA
SAMA SEGERI IRI-MENGIRI.

HATI GOYANG LIDAH BERCABANG
HATI BERKARAT FIKIRAN TUMPAT
HATI BERBULU TAK TAHU MALU
HATI BERLUMUT KERJA TAK PATUT
HATI BUSUK PERANGAI BURUK
HATI SEMPIT AKAL BERBELIT
HATI LANCUNG FIKIRAN SERONG
HATI GATAL AKAL PUN MAJAL
HATI BEKU FIKIRAN BUNTU
HATI KECIL AKAL PUN KERDIL
HATI ANGKUH AKAL TAK SENONOH
HATI CEMBURU LIDAH BERSEMBILU
HATI IRI LIDAH BERDURI
HATI GELABAH AKAL PUN RENDAH

MAKAN MENYETAN
MINUM MENGERINGKAN.

BANYAK ILMU BERAMAL TAK MAU
BANYAK HARTA BERSEDEKAH TAK SUKA

LUPA HIDUP AKAN MATI
LUPA HARTA AKAN PERGI
LUPA MUSIM AKAN BERGANTI
LUPA ILMU LUPA DIRI.

No comments:

Qasyira Noristiqa

Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...