Sunday, July 12, 2015
between master and an apprentice
Friday, July 3, 2015
Rasa
Ramai orang rasa dirinya faham dan nampaknya menafikan (play good) sehingga dia kena kerjakan tanggungannya..
Kerana itu mulutnya tak berhenti bercakap walau bukan tempatnya..
Ini tanda 'tak lama' atau tanda kesusahan yang bakal diterimanya..
Sekian.
Monday, June 29, 2015
Cinta
Pada batas batas waktu aku mengintai erti cinta. Pada bait bait kata. Pada cerita cerita. Pada kisah kisah. Pada sempadan tauladan. Pada cubaan yang gagal.
Akhirnya kecundang. Hati hancur atas usaha sendiri. Pada nak menafikan kudrat insani. Sehingga ia datang sendiri kepadaku. Tanpa ada daya. Hanya kekuatan redha.
Maka setiap kehancuran adalah satu permulaan. Permulaan satu perjalanan. Menuju penghujung kepada bahagian perjalanan ini. Untuk perjalanan seterusnya.
Cinta itu adalah fitrah kurniaan Ilahi. Menembusi batas masa dan ruang. Yang fana. Yang akan kembali kepada Al Kamil.
Kerana itu aku melafazkan. Aku cinta padamu. Sebagaimana terciptanya aku sebagai aku. Kamu sebagai kamu.
Silenced (2011)
The Crucible (Hangul: 도가니; RR: Dogani; MR:Togani; also known as Silenced) is a 2011South Korean film based on the novel of the same name by Gong Ji-young,[2] starringGong Yoo and Jung Yu-mi. It is based on actual events that took place at Gwangju Inhwa School for the hearing-impaired, where young deaf students were the victims of repeated sexual assaults by faculty members over a period of five years in the early 2000s.[3][4]
Lama juga tak layan movie korea. Malam tadi terlayan juga sikit. Tak dinafikan sesetengah filem korea juga bagus untuk ditonton.
Antara part yang mengecewakan saya adalah keadaan hubungan sosial diakhir filem.
Kenapa mak cikgu tu tak ikut tolong sekali cikgu tu (masa kejadian)?
Kenapa cikgu tu berahsia dengan mak dia?
Kenapa cikgu tu tak duduk je sekali dengan budak2 OKU tu?
Kenapa cikgu tu tak kawin je dengan pempuan tu?
Hahaha..
Against my expected social norm. Filem diorang kan.. lantak la..
Saturday, June 27, 2015
Monday, June 1, 2015
Selamat Hari Lahir En Abdul Aziz bin A Rahman
"Adik beradik jangan bergaduh"
"Kumpul harta"
"Abah tak ada harta, korang kena belajar pandai-pandai kumpul ilmu."
"Jangan jadi grantor orang"
"Kawan dengan orang masjid"
"Pakai baju kemas-kemas"
"Jangan kasi mak kau menangis"
itu adalah pesanan abah yang dapat gua ingat masa ni. Antara yang kerap dia ulang cakap pada gua.
Sunday, May 31, 2015
Konflik Identiti
Malam ni tinggal aku sorang sahaja di rumah sewa. House-mates semua dah pulang ke rumah masing-masing. Cuti 2 minggu. Esok dan lusa aku ada pekerjaan sedikit di sekolah sebelum pulang hari selepas lusa.
Kira-kira sudah 1 tahun setengah aku bekerja sebagai cikgu sekolah. Kerjaya yang tidak pernah timbul dalam tempoh aku belajar di sekolah rendah, sekolah menengah atau di kolej universiti. Hingga habis pengajian ijazah, cita-cita jiwa aku dalam karier masih tak tetap.
Dalam ekspedisi 'jalan-jalan cari kerja' aku, dapat pula aku jadi cikgu sekolah kontrak pada tahun 2010. Itu pun atas desakkan orang tua supaya pulang berkerja dekat dengan kampung halaman.
Aku malas nak tulis semua cerita aku. Pasal dah ngantuk. Tapi ada satu perkara yang buat aku nak menulis malam ni, aku teringat soalan cikgu Nasir pada tahun 2010 yang aku tak boleh nak jawab dengan puas-jiwa. Soalan itu berseloroh sahaja, tapi aku rasa soalan itu penting. Dan aku tak mahu jawab sembarangan. Bukan jawapan yang retorik yang aku mahu.
Meja aku bersebelahan dengan meja cikgu Nasir. Pada hari dia diberitahu dia akan menerima anugerah APC, aku mengucapkan tahniah kepada dia. Tapi dia menjawab dengan bersahaja dan nampak letih hari itu, mungkin kerana banyak kerja. Respon dia, "Hai la Taufik. Kenapalah engkau jadi cikgu. Kan banyak lagi kerja lain.."
Malam ni aku terngiang soalan itu. Kenapa aku buat apa yang aku buat sekarang ini?
Monday, May 4, 2015
kids are fast learner
Sunday, April 19, 2015
Celaru
Mula-mula orang kita dipandang kolot dan memandai-mandai mencipta amalan baru yang tidak menepati sunnah Nabi. Maka keluarlah pendapat-pendapat yang keras menyalahi dan mengkafiri sebahagian yang lain.
Kemudian pada menyalah-nyalahkan amalan dan kerap menyiasat akidah orang terjadi pula pandangan yang menolaknya pula.
Kemudian terjadi pula pembudayaan memalsukan hadith hadith.
Kecelaruannya bukan datang dari permasalahan yang disebut tadi. Tetapi dari kelompok manusia yang mencampuri permasalahan bukan haknya.
Yang jahil akan nampak macam pandai.
Sering melupakan darjat diri duduk di mana.
Wednesday, April 15, 2015
Anger
Something come into my mind when I am about to sleep. Sure tomorrow I'll be late..
Ramai orang berfikiran mengawal marah itu dengan menahan marah, bersabar dan mengelak dari marah.
Its true. Don't under estimate amarah. Either you can't hold it or you'll drown in it. So the easiest way to manage anger is keep it in cage.
Tapi aku ada satu new pre-perspective. Bagaimana mengawal marah itu adalah memperkudakan marah (bukan amarah).
Use the anger but not used by the anger.
As we agreed, you cant learn to ride a wild horse for the first time without a guide from a instructor that have been there..
Kedua duanya betul. Samada memperkudakan marah dan mengurung marah. It's just need to answer one question. Which will you choose?
Self reminder; careful what you choose, if you might regret it. No turning back.
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
***nota peribadi
Ok gua nk tido
SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI
Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...
-
Cover CD di atas dah jelas dah boleh tengok sapa artisnya. Masa aku on the way ke Shah Alam dengan Alip, aku berhenti isi minyak di Petro...
-
nama band ni memang pelik. tapi masa aku beli tu brader kat kaunter tu cakap kalau minat sound sound yang berat, band ni memang menepati cit...
