Monday, November 21, 2016

Ringan & Berat

Duri-duri hidup
Padamu bagaikan rumput
Kekerasan dunia
Padamu kau rasakan lembut

Tatasusila
Kebanggaan semasa
Kinikan pula
Oleh pergolakkan dunia

Pangkat dan nama
Kinikan menjadi rebutan
Hingga terlupa
Dunia hanya pinjaman

Bila kuasa di tangan
Maka lupa daratan
Bila kuasa di tangan
Maka hilanglah pertimbangan

Yang berat
Mengapa kita ringankan
Yang ringan
Mengapa kita beratkan

Di sudut sana
Anak muda lupakan dirinya
Di situ juga
Mereka hilang maruahnya

Siapakah yang sudi
Menyedarkan mereka
Agar mereka kembali
Ke satu jalan yang benar

Yang berat
Mengapa kita ringankan
Yang ringan
Mengapa kita beratkan

------------
Lefthanded - Ringan dan Berat lirik


link youtube di sini

Monday, October 24, 2016

Debat dan Bahas

Sememangnya perlu dijauhi terutama bila ia acara dibuka.

Saorang bicara fakta

Saorang persoal kredibiliti

Saorang bicara isu

Saorang cerita mantiq


Akhirnya menang jadi arang. Kalah jadi abu. Atas bahtera yang sama.

Friday, August 5, 2016

Good who turn to the dark side..

Saya minat betul filem star wars. Ia berkenaan watak Anakin Skywalker yang asalnya seorang yang baik. Berasal dari kelompok hamba. Tetapi setelah diberi ruang dan peluang, watak protagonisnya terpusing menjadi antagonis disebabkan peristiwa tertentu.

Saya kira ramai manusia akan melewati saat ini. Mungkin kerana tidak memahami perdu permasalahan menyebabkan karyawan barat beranggapan, tiada jawapan untuk itu.

Everybody has its breaking point. Mungkin kerana itu Superman mengungkapkan "No one stays good in this world" dalam filem Superman V Batman. Juga Batman mengungkapkan "You either die a hero, or you live long enough to see yourself become the villain." dalam filem The Dark Knight, satu idea yang diambil dari Harvey Dent.


Saya terfikir, kenapa la filem Melayu tak buat filem-filem sebegini.


Rupa-rupanya lagenda genius filem Melayu sudah pun buat plot filem sebegini. Tonton filem P Ramlee - Sumpahan Orang Minyak.


Seorang yang hina. Rupa hina miskin. Tetapi baik budi. Namun diberi peluang untuk merasai sedikit nikmat dunia, ia berubah. Oleh itu nikmatnya ditarik semula.

Ia tidak habis disitu. Oleh kerana tersangkut hatinya dengan nikmat yang telah ditarik balik itu, dia terperangkap dengan perjanjian syaitan. Satu tipu daya.

Akhirnya ia pun kecundang dengan keadaan yang tidak baik. Walaupun asalnya beliau seorang yang baik.

Saturday, July 30, 2016

Filosof Sufism Tasawuf Tarekat Psudo-Salafi

..dan sekalian itu saya melihatnya bukan jawapan yang kita perlukan terlebih dahulu, tetapi soalan yang tepat untuk mendapatkan jawapan yang betul baru ia mengarah kepada kebenaran.

Wednesday, July 20, 2016

INTELLECTUAL BARBARISM

Jika suka kena junjung
Jangan lupa tempat jatuhnya
Jangan kaduk naik junjung
Lebih sudu dari kuahnya


Saturday, July 16, 2016

Faham-fahaman

Sememangnya 2 sumber premier memang tidak disangkal. 

Cuma soalnya kefahaman itu diambil BAGAIMANA dan DARI SIAPA.

Ini general code.

Sunday, June 26, 2016

perihal kecewa

 "JIKA KAU KECEWA, BERARTI TAK PAHAM"



"Hal yang membuatmu kecewa ketika tidak diberi adalah karena engkau tak memahami hikmah Allah di dalamnya."
--Syekh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam

Syekh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahwa jika kau masih merasa kecewa dan sedih karena tidak diberi oleh-Nya, itu bertanda kau tidak memahami hikmah di balik pemberian Allah.

Seandainya Allah memberimu pemahaman, niscaya kau akan menikmati keadaanmu itu. Jika kau paham mengapa kau tidak diberi, tentu kau akan sadar bahwa dengan penolakan-Nya itu, Dia ingin membimbingmu menuju pintu-Nya dan membuatmu bergantung kepada-Nya sehingga kau menjadi salah seorang yang dicintai-Nya.

Jika Allah mencintai seorang hba, Dia akan melindunginya dari perkara-perkara duniawi. Kau juga akan memahi bahwa Allah mendorongmu untuk menempuh jalan para Muqarrabiin.

Syekh Fudhail pernah berdoa: "Ya Rabb, Engkau buat aku dan keluargaku lapar. Engkau buat aku dan keluargaku telanjang, tak memiliki pakaian. Engkau lakukan ini hanya untuk hamba-hamba-Mu yang khusus. Lalu, dengan cara apa lagi aku memohon kebaikan ini dari-Mu?"

Jika kau paham mengapa kau tidak diberi, tentu kau sadar bahwa dunia ini fana dan kenikmatannya akan sirna sehingga kau keluar dari sana dengan membawa bekalmu untuk akhirat kelak. Jika kau paham mengapa kau tidak diberi, tentu kau akan menyadari bahwa penolakan Allah itu adalah karunia dari-Nya.

--Syekh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam, syarah oleh Syekh Abdullah Asy-Syarqawi

c&p

Nota; Sila dapatkan syarah dari guru yang siddiq dan murshid. Kerana dengan hanya membaca ini sahaja memungkinkan kau mengambil faham sekadar-kadar apa yang kau inginkan sahaja.

Monday, June 20, 2016

backing track

Boleh tahan gak kedai ni.

Sejak dibuka bulan 8 2013 hingga sekarang, dah ada 2 customer. Heheheheh

Monday, May 30, 2016

Baik dan Betul

Kadang-kadang, perkara baik belum tentu betul, benda betul belum tentu baik.

Matter of perspective.

Baru tersentap, bahawasanya kawan yang ada Tuhan kurnia ni pun kita tak kenal kenapa dia bagi jumpa kat kita. Kita ingat ada mutual understanding. Bila kita hanya cuba menolong meluaskan fikiran, baru kita teringat kawan kita jenis jumud dan anti-sosial sikit.

Tapi tidak la menjadi alasan aku tekan butang 'unfriend', cuma remove dari sebarang sesi perbualan yang mendatangkan kepeningan buat beliau, sebagai menghormati tahap akalnya itu. Tapi tidaklah pula berasa kita pula ada kelebihan.

Batas-batas kena jaga juga. Kalau dah tahap itu, janganlah kita langkau.

Jadi, setelah sekian 3 kali kejadian yang tak diingini berlaku, eloklah aku berhenti dari beriya-iya berkawan.

Ada kawan sampai tangga rumah aje
Ada kawan sampai berandar aje
Ada kawan sampai ruang tamu aje
Ada kawan sampai dapur aje
Ada kawan sampai bilik tidur pun boleh bawak

Apa-apa pun, semua dari Dia. Kita ambil je la takat mana yang ada.

Wednesday, May 18, 2016

Sembang dengan pelajar semalam

Bila dah hujung waktu, sembang kosong memang dinanti-nantikan pelajar. Sambil itu aku menyuntik sedikit tentang prinsip-prinsip asas kehidupan sejahtera.

"Cikgu, mengapa sesetengah keluarga bermasalah?"

Soal seorang pelajar. Aku sedikit terkedu. Perasaan bercampur baur juga. Tetapi sebagai cikgu lelaki yang maco dan cool, aku cuba beri jawapan terbaik.

Di kawasan luar bandar ini, banyak keluarga yang tidak berapa berfungsi. Penceraian. Anak luar nikah. Malah terdapat beberapa orang pelajar diketahui memang anak luar nikah. Aku tak pasti samada mereka tahu ke tidak.

Ada pula yang ibu ayah bercerai. Ayah kemana tak tahu. Ibu kemana pun tak tahu. Nenek yang menjaganya. Entahlah.

Ada pula yang hidup seorang diri. Makan pakai semua diuruskan sendiri. Mak ayah tak tahu kemana selepas bercerai.

Apa hendak aku tanamkan kepada mereka ini?


SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI

Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...