*
Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Kalau rendah masih jadi intan
Teratak mahligai bak dipayung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya
Chorus
Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya
Berpantun seloka sambil menari canggung
Serentak melangkah rentak timur diarak
Gurau senda sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat
(Utara)
Hang dok pi hang dok mai
Lagu tu lagu mana
Pi sini pi sana depa menghela sakan
Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita
Pakat tarik ramai-ramai
Biar ke timur condongnya
Tu ka?
Ulang *
(Perak)
Ada O ada E
Bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza
Betui yong betui sungguh
Betui ape di kate
Selembut tarian hoi
Nak muda berlotah
Tutur bahasanya
Maghi yop maghilah yong
Maghi kita memikio
Parit dengan Kuala
Cakap tidak serupe
ate'
Dihitung beratus-ratus bilangan
Digali beratus-ratus terpendam
Di lubuk yang mana
Tak terjangkau ingatan
Makin dibongkar
Makin banyak yang terpendam
Di sini ibunya
Tersurat kurik itulah kundi
Tertulis merah itulah saga
Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian
Indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya
(Negeri Sembilan)
Mana usang diperbarui
Mana lapok hai dikajangi
Mana elok dipakai ondeh dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan
Kalau panjang cantik manis
Minta dikerat
Yo lah
Yo sungguh yo bonar
Kato sungguh dikato
Muafakat ya tuan
Ibu adat di ondeh tidak dilupa
Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Pohon tidak berbuah
Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Bagai pohon tidak berbuah
Ulang Chorus
(Terengganu)
Halus manis hai bila berkata
Hai lapik berkias molek sungguh la wei
Santun lakunya wei merendah suara
Bagai berpayung wei rasa teduhnya
(Kelantan)
Teghtek teghning oghe kito
Hok tu keno jago
Jange sapa berlete kale
Luar napok come jange dale
Habih kuca lembe
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe
(Sabah)
Membubutlah bayu
Lalu limpas siring semalu
Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku
(Sarawak)
Selembut madah begitu taghi
Sik ada sakit ghasa di hati
Kamek nyambut madah tuan hulurkan
Kitak nyambut madah kamek hulurkan
Ulang *
Ulang Chorus
Wednesday, September 16, 2015
Selamat Hari Malaysia
Saturday, September 5, 2015
Cukup cukup sudah
(Al-Furqaan 25:58)
(Al-Furqaan 25:61)
(Al-Furqaan 25:62)
Thursday, August 27, 2015
repost Tentang Kepimpinan
Wednesday, July 22, 2015
2087
KUALA LUMPUR: Tanda tanya ke mana perginya kapsul masa yang ditanam oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed di bangunan The Mall Kuala Lumpur pada tahun 1987 mula tersebar.
Pada 12 Jun 1987, sewaktu merasmikan bangunan pusat membeli-belah tersebut, beliau telah menanam sebuah kapsul masa yang dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2087 iaitu 100 tahun akan datang.
Kapsul itu memuatkan coretan serta pesanan mantan perdana menteri itu buat generasi akan datang.
Namun, pusat beli-belah itu tidak bertahan selama yang diharapkan. Selepas 26 tahun beroperasi, The Mall berpindah milik kepada kumpulan syarikat Sunway Berhad berkuatkuasa 1 Mei 2013.
Kerja-kerja menaik taraf bangunan mula dijalankan sejurus termeterai perpindahan milik tersebut.
Pada 28 Mei 2015, Sunway Putra Mall mula diperkenalkan kepada orang ramai.
Hampir tiga dekad berlalu, mungkin ramai yang sudah melupakan kapsul masa tersebut serta persoalan apakah mesej yang terkandung di dalamnya.
Menurut jurucakap pengurusan Sunway Putra Mall, kapsul itu kini selamat tersimpan di pejabat Pengurus Besar bangunan tersebut, lapor portal Berita Daily.
“Kami sedar ia adalah sebahagian daripada sejarah The Mall selain kini bergelar barangan bersejarah. Banyak pihak termasuklah diri saya masih teruja semasa ia mula-mula ditanam dahulu. Pihak kami akan menjaga dan terus memelihara kapsul itu,” ujar jurucakap kumpulan berkenaan.
Daripada perspektif undang-undang dan teknikal, kapsul masa itu kini menjadi hak milik Sunway Putra Mall.
Jurucakap itu turut menambah, pengurusan Sunway Putra Mall tidak mempunyai perancangan untuk mendedahkan kapsul masa itu mahupun kandungannya kepada awam buat masa ini.
Namun begitu, pihak pengurusan memberi jaminan bahawa mesej Tun Mahathir akan tetap disampaikan kepada generasi akan datang menjelang tahun 2087.
Permintaan portal berita itu untuk merakamkan gambar kapsul masa tersebut dan mengetahui lokasinya turut ditolak pihak pengurusan.
Khabarnya terdapat tiga kapsul masa yang ditanam para pemimpin negara 28 tahun dahulu. Selain kapsul masa Tun Mahathir, dua yang lainnya dimuatkan mesej oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (pada ketika itu Menteri Pendidikan Malaysia) dan Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan).
Kedua-duanya ditanam sekitar Bursa Malaysia.
Mahathir juga telah menanam satu lagi kapsul masa di dasar Monumen Millenium di Putrajaya semasa menjawat jawatan Perdana Menteri.
Mesej di dalam kapsul masa itu akan didedahkan kepada umum pada tahun 2020.
Sunday, July 12, 2015
between master and an apprentice
Friday, July 3, 2015
Rasa
Ramai orang rasa dirinya faham dan nampaknya menafikan (play good) sehingga dia kena kerjakan tanggungannya..
Kerana itu mulutnya tak berhenti bercakap walau bukan tempatnya..
Ini tanda 'tak lama' atau tanda kesusahan yang bakal diterimanya..
Sekian.
Monday, June 29, 2015
Cinta
Pada batas batas waktu aku mengintai erti cinta. Pada bait bait kata. Pada cerita cerita. Pada kisah kisah. Pada sempadan tauladan. Pada cubaan yang gagal.
Akhirnya kecundang. Hati hancur atas usaha sendiri. Pada nak menafikan kudrat insani. Sehingga ia datang sendiri kepadaku. Tanpa ada daya. Hanya kekuatan redha.
Maka setiap kehancuran adalah satu permulaan. Permulaan satu perjalanan. Menuju penghujung kepada bahagian perjalanan ini. Untuk perjalanan seterusnya.
Cinta itu adalah fitrah kurniaan Ilahi. Menembusi batas masa dan ruang. Yang fana. Yang akan kembali kepada Al Kamil.
Kerana itu aku melafazkan. Aku cinta padamu. Sebagaimana terciptanya aku sebagai aku. Kamu sebagai kamu.
Silenced (2011)
The Crucible (Hangul: 도가니; RR: Dogani; MR:Togani; also known as Silenced) is a 2011South Korean film based on the novel of the same name by Gong Ji-young,[2] starringGong Yoo and Jung Yu-mi. It is based on actual events that took place at Gwangju Inhwa School for the hearing-impaired, where young deaf students were the victims of repeated sexual assaults by faculty members over a period of five years in the early 2000s.[3][4]
Lama juga tak layan movie korea. Malam tadi terlayan juga sikit. Tak dinafikan sesetengah filem korea juga bagus untuk ditonton.
Antara part yang mengecewakan saya adalah keadaan hubungan sosial diakhir filem.
Kenapa mak cikgu tu tak ikut tolong sekali cikgu tu (masa kejadian)?
Kenapa cikgu tu berahsia dengan mak dia?
Kenapa cikgu tu tak duduk je sekali dengan budak2 OKU tu?
Kenapa cikgu tu tak kawin je dengan pempuan tu?
Hahaha..
Against my expected social norm. Filem diorang kan.. lantak la..
Saturday, June 27, 2015
Monday, June 1, 2015
Selamat Hari Lahir En Abdul Aziz bin A Rahman
"Adik beradik jangan bergaduh"
"Kumpul harta"
"Abah tak ada harta, korang kena belajar pandai-pandai kumpul ilmu."
"Jangan jadi grantor orang"
"Kawan dengan orang masjid"
"Pakai baju kemas-kemas"
"Jangan kasi mak kau menangis"
itu adalah pesanan abah yang dapat gua ingat masa ni. Antara yang kerap dia ulang cakap pada gua.
Sunday, May 31, 2015
Konflik Identiti
Malam ni tinggal aku sorang sahaja di rumah sewa. House-mates semua dah pulang ke rumah masing-masing. Cuti 2 minggu. Esok dan lusa aku ada pekerjaan sedikit di sekolah sebelum pulang hari selepas lusa.
Kira-kira sudah 1 tahun setengah aku bekerja sebagai cikgu sekolah. Kerjaya yang tidak pernah timbul dalam tempoh aku belajar di sekolah rendah, sekolah menengah atau di kolej universiti. Hingga habis pengajian ijazah, cita-cita jiwa aku dalam karier masih tak tetap.
Dalam ekspedisi 'jalan-jalan cari kerja' aku, dapat pula aku jadi cikgu sekolah kontrak pada tahun 2010. Itu pun atas desakkan orang tua supaya pulang berkerja dekat dengan kampung halaman.
Aku malas nak tulis semua cerita aku. Pasal dah ngantuk. Tapi ada satu perkara yang buat aku nak menulis malam ni, aku teringat soalan cikgu Nasir pada tahun 2010 yang aku tak boleh nak jawab dengan puas-jiwa. Soalan itu berseloroh sahaja, tapi aku rasa soalan itu penting. Dan aku tak mahu jawab sembarangan. Bukan jawapan yang retorik yang aku mahu.
Meja aku bersebelahan dengan meja cikgu Nasir. Pada hari dia diberitahu dia akan menerima anugerah APC, aku mengucapkan tahniah kepada dia. Tapi dia menjawab dengan bersahaja dan nampak letih hari itu, mungkin kerana banyak kerja. Respon dia, "Hai la Taufik. Kenapalah engkau jadi cikgu. Kan banyak lagi kerja lain.."
Malam ni aku terngiang soalan itu. Kenapa aku buat apa yang aku buat sekarang ini?
SILAT: ILMU YANG DITEMPUH, BUKAN SEKADAR DIPELAJARI
Adapun belajar silat itu tiadalah serupa dengan belajar di dalam dewan kuliah, yang duduk seseorang di hadapan kitab, dibacanya akan tulisan...
-
Cover CD di atas dah jelas dah boleh tengok sapa artisnya. Masa aku on the way ke Shah Alam dengan Alip, aku berhenti isi minyak di Petro...
-
Malam adalah masa yang telah diciptakan untuk manusia. 1001 hikmah tersembunyi disitu sahaja. Apa yang dapat kita saksikan pada waktu mala...