Mayang terendam di dalam tasik.
Kumbang merindu bunga di taman,
Bintang merindu si Cenderawasih.[c&p]
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Al-Mu'minuun 23:12-15)
"(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."
Surah At-Taubah 9:20
KISAH BENAR WANITA TARIM
YANG PERLU KITA BACA 1000 KALI
Ada Pernah Seorang Pelajar Yang Baru Datang Ke Dar Zahra', Ia Masih Belum Kenal Kesemua Ustazah2 Di Sana..
Sedang Dalam Sesuatu Majlis Pelajar Itu Datang Duduk Sebelah Seorang Ustazah Dan Menepuk Ustazah Dengan Kuat.. [Kurang Adab]
Katanya Dalam B.Arab Dengan Selamba:
"Heyy.. Enti Min Fein (Enti Dari Mana) ?"
Ustazah Itu Menjawab Dengan Lembut Sambil Tersenyum:
"Ana Min (Dari) Tarim.."
Tanya Nya Lagi:
"Ma Ismuki (Apa Namamu) ?"
Jawab Ustazah:
"Ismi (Namaku) 'Ammatillah Binti Abdullah.."
Pelajar Tu Berkata Lagi:
"Urid Ata'allam Tahaddus Bil Lughotul Arabiyah (Ana Nak Belajar Bercakap B.Arab)".. [Bangga..-_-]
=============
Pada Hari Lain…
Pelajar Baru Tu Terlihat Ustazah Itu Lagi, Dia Pun Memanggilnya Dengan Suara Yang Tinggi Sambil Melambai Tangannya:
"HAI 'Ammatillah.."
Nasib Baik Ada Seorang Pelajar Lama Yang Berada Di Sebelah Pelajar Tu Menegurnya:
"Ehh..! Enti Kenal Ke Siapa Tu?" #_#
Jawabnya Selamba: " Ammatillah Dari Tarim.."
"Dia Tu Mudirah Madrasah Ni.."
"Hah??! O.0 Alamak!! Allah..!! Malunya..Malu Malu.." >,<
Ustazah Itu Ada Bagitahu Seorang Ustazah Yang Lain:
"Ana Suka Budak Tu (Maksudnya Pelajar Baru Tadi..)"
Kerana Tawadhu'nya Seorang Guru
Sehinggakan Pelajar Baru Tidak Dapat
Membezakan Antara Guru Dan Anak Murid..
"Unsolicited advice atau nasihat yang tak diminta. Nasihat diberi biarlah kena pada tempat, masa dan orangnya. Nasihat setakat copy paste lebih banyak memberi keburukan dari kebaikan. Ia tidak mendatangkan kebajikan."
Azman Malik, 2014.
Apabila manusia sangat gemar menasihati orang lain lebih dari menasihati diri.
Apakah aturan, prinsip, dan iktikad dalam menasihati? Kita cari sama-sama.
Bercakap mengenai Zaman Kebangkitan Islam, menurut saya selagi ada sikap "play as victim" mind dalam diri kita, selagi kita menyalahkan Yahudi, Syiah, Nasrani, Barat di dalam kejatuhan kita, selagi itu kita akan kekal di tampuk lama.
Ambil pengajaran pada zaman Renaissance di Eropah, kebangkitan mereka tidak bersulamkan sikap menyalahkan Islam, Yunani, Asia yang ketika itu lebih maju daripada mereka. Tiada buku-buku yang terlalu banyak membincangkan konspirasi sesiapa sahaja yang lebih maju daripada mereka. Bahkan ketika itu, ilmu-ilmu dari Yunani, Islam, Timur, Asia semuanya dikaji oleh cendekiawan-cendekiawan barat ketika itu. Mereka tidak bias dalam belajar sesuatu, meski ilmu itu bukan datang daripada mereka.
Ya, tidak salah membincangkan topik ini, tetapi bagi saya kita dah terlalu banyak buku mengenai ini daripada membincangkan perkara lain sampai satu masa, tertanam dalam fikiran kita, umat Islam tak akan maju selagi bangsa lain berkonspirasi.
-HE-
...sesungguhnya kecintaan itu akan mengubah yang pahit
menjadi manis, tanah menjadi emas, yang keruh menjadi
jernih, yang sakit menjadi sembuh, penjara menjadi taman,
kekasaran menjadi kasih sayang,
kecintaanlah yang melunakkan besi, mencairkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan kepadanya...
(Jalaluddin Rumi)
Tanam emas dalam-dalam,
Supaya tidak dijumpa orang,
Perkara amal buat diam-diam,
Biar yang masak diberi orang.
Kalau hendak memancing tuka,
Kena dilihat upan diguna,
Cakap yang benar bukan dusta,
Supaya Nabi Muhammad tidak murka.
"Umat Melayu hidup dikelilingi oleh merbahaya besar-besar di segenap tempat dan merbahaya yang dikatakan akan datang itu telahpun datang"
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Berikut adalah serba sedikit dialog yang ditulis oleh Mana Sikana (1997) :
LAKSAMANA : Kau mati rupanya Anum, kau meninggalkan aku, Anum. Oh! Anakku, Apa kesalahan isteri dan anakku?
TUN ARIA : Simpan rahsia ini Datuk. Kalau tidak, mati hamba dibunuh baginda.
LAKSAMANA : Apa? Dibunuh baginda? Tidak Aria, aku sanggup menggalang leher berdepan dengan keris baginda kerana Anum dan anakku. Aku mesti membela. Aku sanggup hantarkan nyawaku ke hujung mata keris Sultan. Oh Tuanku. Sultan yang ku junjung, sampai hati Tuanku membunuh isteri dan anak patik yang tak berdosa. Alangkah kejam dan zalimnya Tuanku. Mana janji Tuanku akan memberikan perlindungan pada isteriku? Ya, Pepat diluar rencong di dalam, Mulut manis hati beracun.
TUN ARIA : Melayu derhaka kepada raja, Datuk? Tidak, tidak, jangan Datuk. Berfikirlah dua kali sebelum melangkah, melangkah berdepan dengan keris raja. Hamba berharap Datuk beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Carilah jalan lain, Datuk. Lebih baik kita undur dengan teratur daripada mara mendapat bahaya. Ingat Datuk, sumpah Melayu dari zaman-berzaman, berpantang Melayu derhaka kepada Raja.
LAKSAMANA : Tidak! Darah Bentan berpantang maut sebelum ajal. Kali ini tetap Melayu derhaka kepada Raja. Sia-sia peluhku mengalir di Haru dan Jambi. Kalau ku tahu begini rendahnya budi Raja, aku tetap menolak titahnya.
Selepas itu, terjadilah pembunuhan Sultan oleh Laksamana Bentan. Keris Laksamana Bentan membuat riwayat, memutuskan darah keturunan raja-raja Melayu Melaka yang berdaulat. Sebab baginda tidak berputera dan berputeri, Bendahara Abdul Jalil dilantik menjadi Sultan. Hutang Darah dibayar darah, hutang jiwa dibayar dengan jiwa, kerana anak isteri menderhaka.
Rujukan : Mana Sikana (1997). Keris Laksamana Bentan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Isu semasa;
http://my.news.yahoo.com/kangkung-kini-topik-panas-komedi-dan-sindiran-223840367.html?.tsrc=samsungwn
Tinggal berapa sahaja jenis Tun Aria?
Yang mana hendak digadai untuk memuaskan nafsu rakyat? Yang mana hendak digadai untuk nafsu pemerintah?
Yang mana hendak dikorban yang mana akan terkorban? Kemudian yang mana akan menerima akibatnya? Kubur siapa akan dikencingkan?
I wish I mayI wish I might, Have this wish I wish tonight, I want that star, i want it now, I want it all and i don't care how,
Careful what you wish, Careful what you say, Careful what you wish, You may regret it,
Careful what you wish, You just might get it,
Then it all crashes down, And you break your crown, And you point your finger, But there's no one around..
-Metallica, King Nothing.
See the Arab Spring marching to Malaysia?
Board game “Snakes and Ladders” is a household favorite across the world – the straightforward rules and the two-player requirement meaning that even young children can play. The game was popular in Victorian England and later in America, where it was marketed as “Chutes and Ladders” – but surprisingly, the game originated in India, where early versions have been played since the 16th century.What might surprise you even more is the purpose of Snakes and Ladders. The reliance on chance to roll a good number and land on a “ladder”, rather than a “snake”, is designed to highlight the Hindu philosophy of Karma, and the path to one’s destiny. The ladders represent good deeds, which enable you to get closer to your destiny; the snakes represent bad deeds, which cause a person to slide further away from his destiny. The game was designed as a simple way to teach young people about morals – so next time you set up a snakes and ladders game, perhaps you’ll remember to have a good long think about your life.
Star Wars : The Clone Wars (TV series).
Season 5 episode 20.
"Never give up hope, no matter how dark things seem."-quote on last episode.
Thick plot in the story with George Lucas perspective on soul journey. The tricky dark side play is. Journey of Ahsoka Tano and Anakin Skywalker is likely but the ending part is another.
Perjalanan ini terasa amat memedihkan. Sayangnya kau tak duduk disampingku kawan. Banyak cerita yang mestinya kau saksikan. Di tanah kering berbatuan. Tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan. Hati tergetar nampak kering rerumputan. Perjalanan ini seperti jadi saksi. Gembala kecil menangis sedih.
Walaupun tidak khatam secara detail, tetapi melalui siri televisyen Peperangan Bintang (Peperangan Klon) ini telah mewakili satu perspektif dimana menunjukkan bertapa George Lucas memahami selok belok dan permainan Bahagian Gelap itu. Ini menunjukkan bertapa fahamnya Yahudi tentang memecahbelahkan perpaduan tanpa berperang keras, tetapi memanafaatkan semua sumber sekeliling sebagai senjata.
Hari ini, ayat Princess Amidala "So, this is how liberty dies, with under applause" dalam Episode III, kita saksikan ianya sebagai analogi yang lebih nyata dan realistik dan lebih besar daripada filem itu sendiri. Adakah isu semasa ini satu kejatuhan atau permulaan?
Adakah jika kita cuba memahami struktur mereka, kita boleh membuat 'reverse engeenering'? Apakah permainan ini merbahaya? Merbahaya yang bagaimana? Adakah boleh melepasinya? Apa besar sangatkah tuhan George Lucas itu?
Sebesar besar alam semesta ia akan kembali kepada individual. Sekecil kecil individual ia akan kembali kepada sebesar besar alam semesta. Beribu margastua mencari si muraq, yang sampai tiga puluh (Mantiq al-Tayr, Farid ud-Din Attar).
Bersama & Bersatu itu bukan moto sembarangan. Kita sudah lihat dan baca bagaimana empayar empayar sebelum ini.
Sebesar besar bala, bala sampai tak sabar. Kita mintak selamat kepadaNya untuk terus dapat berpegang kepada taliNya.
Sebaik baik rancangan adalah rancanganNya.
Buat saja kerja. Jangan tanya.
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL
"Careful you must be when sensing the future, Anakin. The fear of loss is the path to the dark side."
Master Yoda. Star Wars Episode III.
Train yourself my young padawan learner.
Hari ni ada yang bekerja. Ada yang tidak. Sebab sektor swasta ada yang tidak tertakluk kepada perlaksanaan cuti umum jumaat-sabtu. Pasar pagi kat Taman Sri Pulai pun masih rutin yang sama nampaknya.
Walaumacamanapun, hari ini gua masih penganggur. Layan roti jala dengan saorang bakal profasor yang hebat. En Shamsul. Borak borak gosip. Isu semasa dan sesi kutuk mengutuk.
Quote from his opinion;
"Budaya R&D dalam industri tempatan belum menjadi budaya yang menyeluruh lagi. Kerana itu 'suasana' research di universiti tempatan hambar kerana tidak mendapat perhatian industri"
Kebanyakkan orang yang berkerja di Johor hari ini merasai cuti umum. Gua belum rasa lagi macamana perasaan berkerja dengan cuti umum jumaat & sabtu. Last time rasa pun masa sekolah rendah dulu.
Sama je la kot?
Zaman baru nak up dulu, antara band yang cuba dibuat adalah Qasyira Noristiqa yang berpusatkan vibe ekspresi lirik dari Enal dengan susunan ...